omniture

Adler Membuat Penampilan Sulung Perintis: Iklan Waktu-Sebenar 3D Pertama Dunia Jadi Tumpuan pada Papan Iklan New York Times Square Ikonik

Adler
2023-06-16 14:14 94

SEOUL, Korea Selatan, 16 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula 3D perintis, Adler Inc., memaparkan iklan 3D waktu sebenar mereka di New York Times Square mulai 8 hingga 14 Mei.

Galeri 3D Adler di NYC Times Square memaparkan mesej yang ditaip pada telefon bimbit.
Galeri 3D Adler di NYC Times Square memaparkan mesej yang ditaip pada telefon bimbit.

Di Times Square, pengunjung mengimbas kod QR pada papan iklan untuk menayangkan mesej peribadi mereka pada ruang 3D waktu-sebenar. Lebih 67,000 mesej dipaparkan, termasuk nama peribadi dan salam penghormatan yang tulus Ikhlas kepada ikon-ikon kesayangan. Penyelesaian pengiklanan percuma Adler membolehkan pengguna berkongsi mesej mereka dengan bebas, tanpa perlu membelanjakan kos berjuta-juta dolar.

Adler, peneraju bagi pembangunan enjin 3D proprietari, telah merevolusikan pengiklanan 3D waktu-sebenar. Tidak seperti enjin sedia ada yang memerlukan sehingga satu minit untuk dimuatkan bagi iklan pada papan iklan berasaskan web, enjin 3D berasaskan web Adler dimuatkan dalam masa kurang sesaat. Kejayaan penting ini mengupayakan pengiklanan papan iklan 3D waktu-sebenar yang pertama seumpamanya di dunia di Times Square. Tertarik dengan teknologi ini, pengendali papan iklan tempatan memberi kebenaran luar biasa untuk dua ujian di lapangan secara percuma.

Adler mengkhusus dalam 3D Web, menawarkan enjin 3Dnya sendiri dan bahasa pengaturcaraan yang dikenali sebagai "Adler XRML." Dibangunkan berdasarkan HTML5 Canvas, enjin ini menjamin keserasian yang lancar dengan komputer peribadi (PC), peranti mudah alih, Meta Quest dan Apple Vision Pro, tanpa bersusah payah memasang aplikasi berasingan.

Pada tahun 2022, Adler memperoleh pelaburan signifikan sebanyak 2.1 juta USD daripada pelabur-pelabur institusi ternama termasuk Korea Investment Partners, firma pelaburan berkedudukan tertinggi di Korea berdasarkan kepada kedudukan AUM, lalu mengesahkan lagi kehebatan teknologinya. Pada September lalu, Adler menjadi tumpuan sebagai rakan kongsi teknologi rasmi di Carrousel du Louvre yang berprestij di Paris, Perancis semasa Focus Art Fair.

Yurica Ovaerenu, Ketua Pegawai Eksekutif Adler, memulakan perjalanan keusahawanan beliau ketika berumur 16 tahun semasa sedang belajar dalam tahun kedua di Seoul Science High School. Beliau memilih untuk berhenti daripada Seoul National University, universiti berkedudukan tertinggi di Korea. Pada usia 27 tahun, beliau menjadi seorang usahawan bersiri yang melakukan pertukaran jantina. Diilhamkan oleh pengalaman luas beliau bermain permainan 3D seperti Overwatch dan Mabinogi sebelum menukar jantina, beliau mempunyai visi untuk mencipta realiti maya yang mana individu-individu benar-benar boleh menjadi diri mereka sendiri. Berdasarkan visi ini, baru-baru ini Adler melancarkan platform media sosial berpandukan teknologinya sendiri.

Yurica mengisytiharkan, "Dengan enjin 3D Adler yang ringan dan pantas, kita akan melangkah ke era yang mana realiti maya menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, boleh diakses dari mana-mana sahaja di dunia." Beliau menyatakan selanjutnya kesungguhan beliau untuk mentakrifkan semula konsep "3DWeb."

 

 

 

 

Source: Adler
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment