omniture

Bui Power Authority tingkatkan liputan operasi menggunakan Penyelesaian eLTE Huawei

Huawei
2023-06-16 22:11 66

ACCRA, Ghana, 16 Jun 2023 /PRNewswire/ -- International Renewable Energy Agency menganggarkan bahawa kapasiti tenaga boleh baharu Afrika boleh mencecah 310GW menjelang tahun 2030, seterusnya melonjakkan benua itu ke kedudukan tertinggi bagi pengeluaran tenaga hijau. Loji janakuasa hibrid hidro-solar Bui Power Authority (BPA) di Ghana menjadi peneraju di Afrika Sub Sahara, dengan perkhidmatan komunikasi serta pengurusan operasi yang penting disediakan merentas Rangkaian Jalur Lebar eLTE Huawei.

Menteri Tenaga Ghana Dr. Matthew Opoku Prempeh menekankan kepentingan sistem ICT dalam menyediakan pengurusan tenaga pintar yang kritikal untuk memastikan penjanaan kuasa, operasi loji janakuasa dan pengagihan kuasa yang cekap. Ia membolehkan tenaga boleh baharu disepadukan ke dalam grid demi akses dan bekalan yang andal, stabil yang diperlukan bagi mencapai matlamat akses elektrik sejagat negara ini menjelang tahun 2025.

Dr. Prempeh membuat kenyataan ini apabila Bui Power Authority memulakan operasi rangkaian persendirian jalur lebar yang dibina oleh Huawei di stesen penjananya di Bui.

"Tatkala Ghana melangkah ke arah mencapai elektrik sejagat menjelang tahun 2025, penting untuk kami menyerlahkan kuasa transformasi ICT bagi mengoptimumkan operasi di loji janakuasa, meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga boleh baharu dan memastikan bekalan elektrik yang stabil adan berkesan kos untuk lebih banyak isi rumah di seluruh negara ini," kata menteri itu.

Bui Authority dan Huawei telah membina rangkaian persendirian jalur lebar eLTE yang menembusi halangan konkrit yang besar dan infrastruktur di Loji Janakuasa Bui, di Ghana. Ini merupakan kali pertama Huawei menggunakan penyelesaian berasaskan eLTE dalam industri hidroelektrik. Rangkaian tersebut, yang membawa perkhidmatan suara, video dan data, membolehkan komunikasi segera antara bilik kawalan dan kakitangan penyelenggaraan yang bergerak di sekitar loji tersebut. Ia meliputi, tanpa perkabelan dan pemasangan yang ekstensif, baik di kedua-dua kawasan kerja dalaman dan luar, termasuk jalan raya di dalam empangan, bilik penjana serta ruang tamu pekerja di dalam kawasan Bui.

Lebih banyak aplikasi digital akan datang

Dengan ciri-ciri seperti "tekan-untuk-cakap" dan panggilan berkumpulan untuk kedua-dua suara dan video, rangkaian persendirian menjadikan penyelenggaraan rutin serta pengendalian situasi kecemasan lebih mudah dan lebih cekap di loji janakuasa.

"Kini, kakitangan boleh berkomunikasi melalui panggilan video untuk mengatasi cabaran penyelenggaraan dalam masa yang singkat," kata seorang jurutera Huawei. "Membina rangkaian moden juga dapat menyediakan kapasiti untuk mencapai pertumbuhan, mengupayakan transformasi digital pintar di tapak pada masa akan datang."

Sistem hibrid hidro-solar

Tenaga bersih menjadi semakin penting dalam campuran tenaga negara Ghana, memandangkan Rancangan Tenaga Negara (National Energy Plan) Ghana menyasarkan untuk mencapai penembusan tenaga boleh baharu sebanyak 10% menjelang tahun 2030. Peranan Stesen Penjana Bui sebagai penyedia kuasa hidroelektrik yang penting di negara ini diperkukuh dan dilengkapkan lagi dengan pemasangan baharu keupayaan penjanaan kuasa solar. 

Pada Oktober 2019, kerja-kerja pembinaan dimulakan bagi fasa pertama projek 250MW menerusi pembangunan Kemudahan PV Solar. Di samping itu, Bui Power Authority (BPA) telah mentauliahkan Loji Solar Terapung 5MW iaitu yang pertama di kawasan Sub-Sahara dan membekalkan kuasa melalui Bui Switchyard ke Sistem Penghantaran Saling Hubung Nasional (National Interconnected Transmission System, NITS).

Memperkasa pembangunan di Ghana Utara

Stesen Penjana Bui menghasilkan 404MW kuasa hidro. 50MW kuasa tambahan dijana daripada pemasangan solar di lapangan, dengan jumlah output kuasa boleh baharu menyumbang sekitar 6-7% daripada jumlah kuasa yang dijana di dalam negara. Ini dijangka dapat mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak lebih daripada 47,000 tan setiap tahun.

Negara ini berminat untuk memanfaatkan takungan yang dicipta oleh Stesen Penjana Bui bagi menggalakkan penangkapan ikan di takungan itu dan pengairan lebih 30,000 hektar tanah untuk tanaman, termasuk jagung, gajus dan tebu.

BPA berkolaborasi dengan pelabur-pelabur persendirian yang strategik bagi pengoperasian kilang pemprosesan gajus tempatan dan kilang guna di dalam kawasan Bui. Intervensi ini bertujuan untuk membangunkan bidang pertanian di Ghana, meningkatkan peluang pekerjaan, seterusnya memperbaiki kehidupan penduduk tempatan.

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Utilities