omniture

DaVita Memperluaskan Khidmat Penjagaan Ginjal di Malaysia

DaVita Inc.
2014-04-23 06:12 268

-- Memperoleh klinik Sinar Identiti di Seremban

SEREMBAN, Malaysia, April 23, 2014 /PRNewswire/ -- DaVita Kidney Care, suatu bahagian di bawah DaVita HealthCare Partners Inc (Bursa Saham New York: DVA) dan pembekal terkemuka khidmat penjagaan ginjal, hari ini mengumumkan ia telah memperoleh tiga pusat hemodialisis daripada pembekal dialisis Malaysia, Sinar Identiti Sdn. Bhd., sekaligus memperluaskan khidmatnya dalam penjagaan pesakit ginjal di negara ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140318/DC85712LOGO 

"DaVita komited terhadap meningkatkan taraf penjagaan bagi pesakit penyakit ginjal kronik di Malaysia," menurut Atul Mathur, presiden DaVita Kidney Care di rantau Asia-Pasifik. "Kami sentiasa mencari peluang membawa hasil peneraju industri kepada populasi penyakit ginjal kronik di negara ini dan kami percaya, pesakit ginjal di Malaysia akan menerima manfaatnya."

Pemerolehan ini menambah tiga buah klinik kepada 21 buah pusat DaVita yang sedia ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Di Malaysia, penyakit ginjal merupakan masalah kesihatan yang semakin meningkat. Menurut Persatuan Nefrologi Malaysia, lebih daripada 30,000 orang pesakit menerima rawatan dialisis bagi kelangsungan hidup, suatu populasi yang telah bertambah hampir 12 peratus tahun demi tahun.

"Populasi Asia Tenggara yang semakin bertambah membawa kepada peningkatan jumlah pesakit yang mengidap penyakit ginjal kronik," kata Dr. Gan Wee Hin, pakar nefrologi Sinar Identiti yang akan kekal bersama DaVita sebagai pengarah perubatan klinik. "Saya amat yakin, dengan menyertai DaVita – sebuah organisasi yang mempunyai pengalaman luas dan rekod yang cukup bagus di seluruh dunia – kami boleh mempertingkatkan hasil klinikal bagi kumpulan pesakit kami".

DaVita telah mempertingkatkan hasil klinikal setiap tahun sejak 2000 di Amerika Syarikat dan telah mempamerkan hasil klinikal yang terbaik atau antara yang terbaik di dalam hampir setiap kategori dalam industri penjagaan ginjal secara konsisten. Hasil-hasil ini membantu untuk mengurangkan kadar mortaliti dan kemasukan ke hospital, hasil yang dibawa DaVita ke klinik-klinik di serata dunia bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan pesakit.

DaVita dan DaVita HealthCare Partners merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar DaVita HealthCare Partners Inc.

Tentang DaVita Kidney Care

DaVita Kidney Care merupakan suatu bahagian daripada DaVita HealthCare Partners Inc., sebuah syarikat Fortune 500® yang membekalkan pelbagai khidmat penjagaan kesihatan kepada populasi pesakit di seluruh Amerika Syarikat dan di luar negara melalui bahagian operasinya. Sebagai pembekal terkemuka khidmat dialisis di Amerika Syarikat, DaVita Kidney Care merawat pesakit yang mengalami kegagalan ginjal kronik dan penyakit renal terminal. DaVita Kidney Care berusaha meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dengan membuat pembaharuan dalam penjagaan klinikal dan dengan menawarkan rancangan rawatan bersepadu, pasukan penjagaan yang mesra dan khidmat pengurusan kesihatan yang memudahkan. Sehingga 31 Disember 2013, DaVIta Kidney Care mengendalikan atau menyediakan khidmat pentadbiran di 2,074 pusat dialisis pesakit luar di Amerika Syarikat bagi lebih kurang 163,000 orang pesakit. Syarikat ini juga mengendalikan 73 buah pusat dialisis pesakit luar di sepuluh buah negara di luar Amerika Syarikat. DaVita Kidney Care menyokong beberapa buah program khusus bagi menghasilkan perubahan yang positif dan mampan di dalam komuniti di seluruh dunia. Inisiatif kemajuan kepimpinan dan usaha tanggungjawab sosial syarikat ini telah diiktiraf oleh Fortune, Modern Healthcare, Newsweek dan WorldBlu. Bagi maklumat yang lebih lanjut, sila layari DaVita.com.

Sila hubungi
Media:
David Tauchen
+1 (303) 876-2802
David.Tauchen@DaVita.com

Source: DaVita Inc.
Related Stocks:
NYSE:DVA
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers