omniture

Fluke Biomedical memperkenalkan penganalisis peranti infusi khusus yang mudah dibawa

Fluke Biomedical
2014-04-23 10:33 129

EVERETT, Washington, 23 April 2014 /PRNewswire/ -- Fluke Biomedical telah mengumumkan penambahan baharu kepada portfolio Penganalisis Peranti Infusi iaitu Penganalisis Peranti Infusi IDA-1S.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140422/76989
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/SF59237LOGO

IDA-1S ini merupakan alat yang mudah dibawa dan menggunakan bateri yang membolehkan pengesahan pantas dilakukan untuk prestasi peranti infusi. Dengan berat yang kurang tiga paun, peranti ini merupakan penganalisis terbaik untuk pengukuran satu saluran yang pantas dan andal ketika sibuk dan aktif.

"IDA-1S ialah pelengkap yang tepat untuk portfolio ujian infusi kami," jelas Dana Ingram, pengurus pemasaran Fluke Biomedical. "Para pelanggan kami akan berpuas hati dengan keandalan serta ketepatan yang sudah diketahui daripada rangkaian penganalisis sedia ada kami, digabungkan dengan reka bentuk yang padat serta mudah dibawa. Inilah kombinasi ujian infusi yang belum pernah kami tawarkan sehingga kini."

IDA-1S mampu membuat pengukuran ujian peranti infusi asas termasuklah kadar aliran dan juga pengukuran kandungan serta boleh mengesahkan tekanan yang terhasil dalam oklusi atau sekatan garis bendalir. IDA-1S turut dilengkapi dengan perisian Hidrograf yang sedia dipasang dan boleh menguji pelbagai pam infusi.

Dihasilkan menerusi teknologi pengukuran yang canggih dan diyakini oleh ahli profesional bioperubatan di seluruh dunia, IDA-1S amat mudah disediakan, mudah dikendalikan serta mempunyai memori tersedia yang boleh menyimpan keputusan ujian dengan serta-merta. Ia dikuasakan oleh bateri dengan operasi berterusan sehingga 10 jam, lalu menjadikannya sesuai untuk pengujian dalam keadaan sibuk dan aktif. Ciri permulaan automatik memudahkan pengujian pam picagari dan lain-lain ujian yang memerlukan tempoh permulaan yang panjang.

IDA-1S merupakan penyelesaian ujian peranti infusi terkini oleh peneraju dunia daripada segi kelengkapan ujian bioperubatan. Fluke Biomedical telah memperkenalkan Penganalisis Peranti Infusi IDA-5, iaitu penganalisis peranti infusi empat saluran secara automatik pada akhir tahun 2013.

Bagi maklumat lanjut tentang Penganalisis Peranti Infusi IDA-1S baharu, sila layari www.flukebiomedical.com/IDA-1S.

Latar Belakang Fluke Biomedical

Fluke Biomedical merupakan penyedia global ulung bagi kelengkapan ujian dan pengukuran serta perkhidmatan untuk industri penjagaan kesihatan. Kami berusaha untuk menghasilkan yang terbaik dalam usaha menyediakan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kualiti kesihatan global. Kami turut membantu jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, ahli fizik perubatan, pakar onkologi serta ahli profesional keselamatan radiasi. Kami turut mengembangkan kepelbagaian penyelesaian kami secara berterusan agar dapat mencapai lebih ramai ahli profesional kesihatan dan keselamatan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Fluke Biomedical, sila layari www.flukebiomedical.com.

Bagi Maklumat Lanjut
Shannon Deveny
Pengurus Komunikasi Pemasaran
+1-425-446-4600
shannon.deveny@flukebiomedical.com

Source: Fluke Biomedical
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services