Tonton perlawanan mendebarkan seperti separuh akhir Liga Negara-negara antara dua pasukan kebangsaan tajaan TCL, Sepanyol dan Itali, dipersembahkan dengan perincian menakjubkan oleh teknologi paparan cemerlang TCL
HONG KONG, 19 Jun 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama TV dua terbaik di dunia dan jenama TV 98-inci nombor satu, merendahkan halangan kemasukan untuk tontonan sukan kelas pertama menjelang sukan musim panas menerusi tawaran TV QLEDnya yang boleh diakses. Pilihan terbaik-dalam-kelas untuk menonton acara sukan TV, inovasi paparan dan bunyi unggul QLED TCL membuatkan penonton berasa seperti mereka menonton perlawanan pada waktu sebenar dari tepi.
Semua Orang Boleh Merasai Keseronokan Sukan Musim Panas Melalui Teknologi Inklusif TCL
TCL menyedari pengaruh mendalam sukan ke atas pelanggannya di seluruh dunia. Melalui teknologi inovatif dan IP sukan global premium, TCL meningkatkan pengalaman menonton sukan untuk berjuta-juta orang, menjadikannya lebih menyeronokkan dan menghiburkan berbanding sebelum ini.
Sebagai jenama yang komited untuk menginspirasikan kehebatan, TCL memahami impak yang boleh diberikan oleh sukan untuk memberi inspirasi kepada pelanggannya di seluruh dunia. Bulan Jun dipenuhi dengan acara-acara sukan berprofil tinggi termasuk separuh akhir Liga Negara-negara yang mengujakan baru-baru ini antara Sepanyol dan Itali - dua pasukan bola sepak kebangsaan yang ditaja dengan bangganya oleh TCL - yang menyaksikan Sepanyol meraih kemenangan dengan keputusan 2 – 1. Peminat di seluruh dunia kini boleh menonton perlawanan menarik yang penuh gilang-gemilang, tidak akan terlepas satu detik aksi hasil daripada teknologi paparan canggih TCL. Sebagai peneraju bagi inovasi inklusif, TCL percaya bahawa detik-detik ajaib ini harus tersedia untuk semua orang, lantas berusaha untuk mencipta set TV LED Mini dan QLED yang terbaik-dalam-kelas dengan nilai yang tiada tandingan.
Barisan TV QLED 4K TCL–Tontonan Sukan Premium pada Titik Harga Kompetitif
Tiada contoh yang lebih baik bagi teknologi canggih yang dijadikan boleh dicapai berbanding Siri C645 TV QLED 4K TCL (siri model yang berbeza-beza antara pasaran). Dilengkapi dengan teknologi QLED TCL demi ekspresi warna yang cemerlang, TCL C645 mengatasi pesaing dengan mudah dalam julat harga yang sama apabila ia berkaitan dengan menonton sukan, menonton filem dan permainan yang terbaik.
TCL memahami kepentingan untuk meningkatkan kecerahan TV bagi menyampaikan prestasi QLED yang terbaik. Pengguna boleh menikmati rangkaian berbilion warna, hasil daripada output kecerahan tinggi TCL C645 yang menjurus kepada kontras yang lebih ekstrem dan kualiti gambar yang dipertingkat. Tidak kira pada pukul berapa perlawanan itu berlangsung, TCL C645 memastikan tiada butiran tertinggal – dengan paparan amat jelas dijamin dengan keadaan cahaya terang atau malap.
Dengan Dolby Vision dan HDR 10+, setiap bingkai dipelihara dengan set warna, kecerahan dan parameter kontrasnya yang tersendiri, menjadikan imej pada skrin kelihatan seakan-akan hidup sebaik mungkin, seolah-olah pengguna menonton permainan secara langsung dari stadium dan bukannya dari ruang tamu mereka.
Dalam bidang audio, Dolby Atmos dan DTS memastikan pengalaman yang benar-benar imersif dengan bunyi keliling sinematik mengagumkan yang menanti setiap kali pengguna menghidupkan set TV mereka.
Lebih bagus lagi, nilai hebat ini turut didatangkan bersama FreeSync dan Pemecut Permainan 120 Hz, bermakna tiada terputus-putus atau tercarik antara permainan aksi pantas dan menjanjikan permainan lancar tanpa artifak pada kadar bingkai yang tinggi.
Boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz, termasuk skrin 43'', 50'', 55'', 65'', 75'', 85", TCL C645 merupakan pesaing sebenar dalam pasaran TV kelas pertengahan – mewah serta TV pilihan bagi mereka yang mencari hiburan rumah interaktif yang berkualiti tinggi demi nilai yang luar biasa.
*Fungsi dan spesifikasi produk berbeza-beza antara negara/wilayah.
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.