omniture

Wanhua Chemical Hadiri Persidangan EUROPUR & EURO-MOULDERS 2023, Berkongsi Penyelesaian Mampan untuk Industri Automotif

Wanhua Chemical
2023-06-19 14:00 56

BEIJING, 19 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 14-15 Jun, Persidangan EUROPUR & EURO-MOULDERS 2023 tahunan telahpun diadakan di Budapest, Hungary. Wanhua Chemical dijemput untuk berkongsi penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk industri automotif.


Produk inovatif terajui penaiktarafan industri

Ringan dan selesa

Dengan aktiviti tinggi, pengawetan pantas dan kekerasan tinggi, WANOL® F3180 dapat menjamin pengeluaran cekap dengan berkesan. Ia juga membantu mengurangkan berat kenderaan dengan ketumpatan busa yang dikurangkan sehingga 10%.

Busa berdaya tahan tinggi yang diperbuat daripada WANOL® F3170A, dengan kebingkasan yang sangat baik, ciri-ciri CST dan bebatan, meningkatkan keselesaan produk akhir dengan berkesan.

Mesra alam dan kurang berbau

Bagi membantu pembangunan industri-industri, Wanhua Chemical terus mengoptimumkan proses pengeluaran bermula daripada pemilihan bahan mentah berkualiti tinggi kepada kawalan suhu halus, kandungan pemangkin dan kawalan antioksidan dalam tindak balas, serta dilengkapi dengan peralatan selepas rawatan khusus bagi memastikan produk akhir mempunyai VOC rendah dan ciri-ciri bau yang rendah.

Penyelesaian hijau menggalakkan pembangunan rendah karbon

Boleh baharu

Kandungan berasaskan bio daripada siri produk WANOL® FB340/FB350/FB390 ini melebihi 50% yang dapat mengurangkan jejak karbon sebanyak 30%-50% berbanding dengan produk tradisional. Ia memiliki prestasi cemerlang dan memenuhi keperluan perabot mewah, automotif dan kasut serta bidang-bidang lain, menyediakan penyelesaian bahan yang mampan untuk kehidupan manusia.

Boleh kitar semula

Teknologi pemulihan busa tegar poliuretana menggabungkan semula bahan-bahan poliuretana sisa melalui kaedah-kaedah bahan kimia bagi menyediakan bahan-bahan kitar semula berkualiti tinggi yang setanding dengan bahan-bahan asli serta membuka saluran baharu untuk industri-industri seperti penyejukan, tilam atau penyahpasangan automobil bagi menangani busa PU sisa dan memperkasa rantaian nilai baik dalam aspek ekonomi mahupun alam sekitar.

Bersama-sama lebih ramai pihak yang berkaitan, Wanhua Chemical akan memberi sumbangan positif kepada penjimatan tenaga dan pengurangan karbon dalam seluruh rantaian industri dan melaksanakan usaha yang berterusan bagi mencapai pembangunan yang sihat dan mampan dalam seluruh industri ini!

Source: Wanhua Chemical
Keywords: Auto Chemical Environmental Products & Services Green Technology Transportation Environmental Issues Trade show news