omniture

Huawei Mobile Services dan Alipay+ Tandatangani Perjanjian Pemasaran Pembayaran Tahunan untuk Tingkatkan Pengalaman Pembayaran Mudah Alih kepada Pengguna E-Dompet

Huawei Mobile Services
2023-06-19 16:30 8

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun 2023  /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services, pemacu bagi ekosistem Huawei yang menyediakan fungsi dan aplikasi teras untuk pengalaman mudah alih yang lancar, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah menandatangani satu Perjanjian Pemasaran Pembayaran Tahunan dengan Alipay+ bagi memperkukuhkan kerjasama strategik mereka dalam pemasaran pembayaran.

Alipay+ ialah rangkaian penyelesaian pembayaran digital dan pemasaran rentas sempadan yang menghubungkan peniaga dengan pelbagai e-dompet dan kaedah pembayaran dari negara-negara dan wilayah-wilayah berbeza dengan berkolaborasi bersama rakan-rakan kongsi global. Dengan matlamat yang sama untuk memperkayakan pengalaman pengguna dan meninjau laluan baharu untuk perkhidmatan pembayaran pengguna bernilai tinggi, perjanjian ini akan meningkatkan dan meluaskan kerjasama kedua-dua pihak.

"Penandatanganan kerjasama pemasaran pembayaran ini merupakan satu lagi pencapaian untuk kedua-dua pihak selepas bertahun-tahun menjalin perkongsian. Ia memperlihatkan pengembangan kaedah-kaedah kolaborasi baharu dalam bidang pembayaran yang mana kami mempermudah transaksi kewangan dan menyampaikan kemudahan sambil mendukung langkah-langkah keselamatan dalam landskap pembayaran mudah alih," kata Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Huawei APAC.

"Alipay+ komited untuk menghubungkan perniagaan global kepada komuniti luas pengguna natif-digital di Asia dan selanjutnya dengan pengalaman pembayaran yang lancar serta pilihan pemasaran yang beraneka. Kami teruja melihat kolaborasi pemasaran yang diperluaskan membantu rangkaian peranti mudah alih Huawei yang kukuh menjangkau kumpulan pengguna e-dompet yang lebih luas di seluruh rantau ini," kata Jerry Li, Pengarah Perkongsian Strategik, Alipay+.

Menjelang akhir tahun 2022, Huawei telah mendayakan enam e-dompet sebagai pilihan pembayaran untuk penggunanya: GCash (Filipina), Touch 'n Go eWallet (Malaysia), TrueMoney (Thailand), DANA (Indonesia), AlipayHK (Hong Kong SAR, China) dan Boost (Malaysia) melalui Alipay+, dengan tiga lagi e-dompet dijangka akan tersedia pada tahun ini. Sejak pelancaran dompet pertama, kedua-dua pihak berkolaborasi untuk kempen pemasaran pembayaran, dengan promosi dan faedah yang menarik untuk pengguna di negara-negara dan wilayah-wilayah berbeza.

Tahun ini, Huawei dan Alipay+ telah mengusahakan 11 kempen secara keseluruhan, menawarkan tawaran dan diskaun eksklusif kepada pengguna untuk setiap transaksi yang dibuat dengan dompet yang mengambil bahagian dalam setiap pasaran (GCash, Touch 'n Go eWallet, TrueMoney, DANA, AlipayHK dan Boost).

Kempen Pengguna Sedang Berlangsung dalam Jun 2023 yang boleh dinantikan oleh pengguna:

·  AlipayHK (HK SAR, CN): Dapatkan potongan sebanyak 8HKD apabila pengguna membelanjakan 10HKD.
*Terhad kepada 50 transaksi pertama sehari untuk pengguna baharu dan 150 transaksi sehari untuk pengguna sedia ada. Tertakluk kepada T&S.

·  GCash (PH): Dapatkan potongan sebanyak 35PHP apabila pengguna membelanjakan 36PHP.
*Terhad kepada 300 transaksi pertama sehari untuk pengguna baharu dan 300 transaksi sehari untuk pengguna sedia ada. Tawaran terhad, tertakluk kepada T&S.

·  Touch 'n Go eWallet (MY): Dapatkan potongan sebanyak RM3 apabila pengguna membelanjakan RM4.
*Terhad kepada 100 transaksi pertama sehari untuk pengguna baharu dan 200 transaksi sehari untuk pengguna sedia ada. Tertakluk kepada T&S.

·  TrueMoney (TH): Dapatkan potongan sebanyak 15THB off* apabila pengguna membelanjakan 16THB.
*Terhad kepada 100 transaksi pertama sehari untuk pengguna baharu dan 100 transaksi sehari untuk pengguna sedia ada. Tertakluk kepada T&S.

Latar Belakang Huawei Mobile Services

Huawei Mobile Services menawarkan pengalaman digital semua-senario dan berkualiti untuk pengguna mudah alih Huawei. Perkhidmatan kami merangkumi HUAWEI AppGallery, HUAWEI Themes, Petal Search, Petal Maps dan banyak lagi. Huawei Mobile Services meliputi 570 juta pengguna di lebih 170 negara dan mengupayakan pengalaman kehidupan pintar untuk setiap pengguna peranti Huawei.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://consumer.huawei.com/sg/mobileservices/

Latar Belakang Alipay+

Alipay+ menawarkan penyelesaian pembayaran mudah alih dan pemasaran global disatukan yang menghubungkan peniaga dengan pelbagai e-dompet dan kaedah pembayaran dari negara-negara serta wilayah-wilayah berbeza dengan berkolaborasi bersama rakan-rakan kongsi global. Pengguna boleh menggunakan kaedah pembayaran tempatan pilihan mereka dengan mudah sambil berurus niaga dengan lancar dalam pasaran berbeza dan berpeluang menikmati penyelesaian pemasaran yang ditawarkan oleh peniaga melalui Alipay+.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.alipayplus.com/

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts Financial Technology