omniture

MediaMath Menambah Skala, Fungsi serta Analisis Global kepada Tawaran Video Programatik

MediaMath
2014-04-24 00:29 133

-- Penambahan rakan kongsi bekalan video antarabangsa mencipta jangkauan global berbilang saluran yang tiada tandingan untuk para pengguna TerminalOne™

NEW YORK, 23 April 2014 /PRNewswire/ -- Dengan perbelanjaan iklan video dalam talian di A.S. dijangka akan mencecah $5.8 bilion pada tahun ini, mewakili pertumbuhan melebihi 40 peratus, (eMarketer, Mac 2014), MediaMath telah meluaskan tawaran video programatiknya, lalu membolehkan para pengguna TerminalOne Marketing Operating System™ mengakses inventori daripada rakan kongsi pasaran video termasuk LiveRail, BrightRoll, Adap.tv, DoubleClick Ad Exchange, SpotXchange yang baru disepadukan, dan banyak lagi. Penyepaduan dengan StickyADS.tv dan lain-lain akan tiba tidak lama lagi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140422/77010

Melalui inovasi berterusan dan perkongsian strategik, TerminalOne Marketing Operating System™ MediaMath berkhidmat secara tersendiri kepada para pemasar yang mencari platform saluran bersatu bagi mengaktifkan data mereka sendiri serta data pihak ketiga, mengautomasikan pelaksanaan dan turut mengoptimumkan interaksi dengan semua pengguna menerusi semua media boleh alamat.

Bekalan video semasa bukan sahaja memberi pelanggan MediaMath akses kepada skala global menyeluruh yang terdiri daripada lebih 60 bilion cetakan video bulanan, tetapi juga kuasa sistem pengendalian bersepadu serta pandangan berpusat terhadap prestasi pemasaran merentasi semua saluran – paparan, sosial, mudah alih dan juga video. Daripada penyasaran dan pengoptimuman sehingga belanjawan global dan juga penukupan kekerapan serta laporan dan penjejakan, TerminalOne menawarkan aliran kerja lancar dan disatukan untuk semua usaha pemasaran.

"Pengiklanan video programatik bakal bertumbuh dengan hebatnya dalam beberapa tahun akan datang," kata Greg Williams, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Kanan OPEN Partnerships untuk MediaMath. "Dengan memperluas perkongsian video kami, kami membolehkan pelanggan kami memanfaatkan ciri terbaik ekosistem ini bagi meningkatkan prestasi pengiklanan video mereka, sambil turut memperkukuh kemampuan mereka untuk memanfaatkan platform saluran bersatu yang tunggal bagi berkomunikasi dengan para pengguna menerusi berbilang titik sentuh."

Selain inventori video antarabangsa yang luas, dengan menyepadukan usaha video dalam TerminalOne, para pemasar boleh mendapat faedah daripada:

  • Pengurusan data: mendapatkan data CRM tersedia dengan mudahnya serta memanfaatkan kumpulan penyedia data pihak ketiga yang menyeluruh dalam TerminalOne™
  • Penyasaran & pengukuran tentuan video: mengoptimumkan dan menyasarkan berdasarkan matlamat tentuan video termasuk pendedahan, penglibatan, jangkauan, kekerapan dan banyak lagi
  • Penjajaran pelan digital dengan kaedah pembelian TV: menyatakan ukuran penonton dalam bahasa TV dan turut memanfaatkan data rakan kongsi, seperti segmen TV Datalogix DLX, untuk penyasaran
  • Pengoptimuman prestasi berasaskan matlamat: memanfaatkan algoritma pembelajaran mesin milik MediaMath serta kemampuannya untuk menganalisis data dalam jumlah terabit setiap hari untuk mengoptimumkan bersandarkan apa jua matlamat yang boleh diukur
  • Kemampuan perkhidmatan iklan video penuh: menggunakan pelayan iklan T1 atau membawakan tag pihak ketiga, menyokong VPAID dan VAST, dengan penyulitan automatik ke dalam semua format video utama
  • Pelaporan bersepadu: mendapatkan pelaporan T1 standard, serta data prestasi tentuan video telus seperti metrik pelengkapan sukuan dan banyak lagi
  • Persetujuan Pasaran Peribadi: mendapatkan sokongan untuk DealID bagi mengakses inventori premium dan peribadi menerusi bursa utama (akan datang)

Peter Ahl, Pengasas SerenataFlowers.com, sudah pun menikmati faedah video programatik MediaMath. "Sebelum menggunakan kemampuan video MediaMath dalam TerminalOne™, kami tidak mempunyai kawalan penuh terhadap strategi video kami. Penyepaduan dan penambahbaikan video terkini MediaMath telah membolehkan kami untuk melancarkan usaha pemasaran kami menerusi semua saluran yang perlu manakala perkongsian mereka yang semakin membesar pula membenarkan kami untuk memanfaatkan kekuatan pemain berkuasa video dalam pasaran, tetapi masih mendapat manfaat daripada pengoptimuman dalaman dan turut mengekalkan pandangan lengkap terhadap semua aktiviti pemasaran kami."

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang tawaran video MediaMath, sila klik di sini

Latar belakang MediaMath

Berpusat di New York dengan 12 lokasi di lima benua, MediaMath membangunkan teknologi pemasaran digital dan turut menawarkan kepakaran industri yang mendalam, lantas membolehkan pihak pemasar berhubung dengan para pengguna secara individu serta mengikut skala merentasi keseluruhan media digital dunia. TerminalOne Marketing Operating System™ MediaMath membolehkan pihak pemasar menyuai khusus infrastruktur teknologi mereka sendiri dan turut memanfaatkan data mereka serta data industri dalam perancangan, pelaksanaan, pengoptimuman dan juga analisis program pemasaran digital, lalu menghasilkan keputusan lebih bijak yang akan memajukan perniagaan mereka. Memperkasa pengendalian untuk ribuan pemasar, termasuk mereka yang mewakili 55 peratus daripada syarikat dalam senarai Fortune 100, TerminalOne membolehkan para penggunanya memacu hasil perniagaan transformatif merentasi seluruh ekosistem digital.

Maklumat Perhubungan Media
Matt Caldecutt
Blast PR, bagi pihak MediaMath
+1-917-698-0810
matt@blastpr.com

Source: MediaMath
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Web Site