GUANGZHOU, China, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-133 ("Pameran Canton" atau "Pameran"), sebuah acara perdagangan antarabangsa yang terkenal, mempamerkan kekayaan warisan budaya China semasa Festival Bot Naga, temasya tradisional yang padat dengan aktiviti yang penuh keseronokan, masakan yang enak serta adat resam lama. Menerusi pelbagai barang pameran termaju, Pameran ini menjurus ke arah memberi pencerahan kepada pembeli global tentang kepentingan acara ini dan menawarkan kepada mereka dengan gambaran sekilas tentang daya tarikan unik pelbagai adat resam rakyat daripada festival ini, termasuk lawatan luar, perlumbaan bot naga dan banyak lagi.
Pameran ini berkolaborasi dengan hampir 3,500 perusahaan yang berkualiti tinggi dalam bidang pakaian termasuk pakaian lelaki dan wanita, aksesori fesyen, pakaian sukan dan santai, kasut dan sebagainya serta mempamerkan pelbagai butik yang bergaya.
Dengan ketibaan Festival Bot Naga pada lewat bulan Jun ini, Hemisfera Utara secara rasminya berada di tengah-tengah musim panas yang terik, waktu yang tepat untuk mengalami pengembaraan di tepi laut dan lawatan pantai mengungguli senarai pelancongan buat ramai orang. Jieyang Shenlubao Shoes Co., Ltd. ("Shenlubao"), seorang penginovasi fesyen, memperkenalkan koleksi terkininya selipar luar dan sandal pantai LUOFU di Pameran Canton. Antaranya, selipar kasual bergaya mempunyai tapak dengan ketahanan dan kelembutan yang sangat baik lantaran bahan EVA yang berkualiti tinggi. Reka bentuk bahagian atasnya yang runcing menjadikan produk ini sebagai item yang harus dimiliki untuk berjalan-jalan di atas pasir, bermain dalam air. Bagi mengalami sensasi fesyen yang terkini daripada Shenlubao, kunjungi halaman Pameran Canton di https://goo.su/mmkUP.
Guangzhou Yongjia Garment Manufacturing Co., Ltd. telah memberi tanggapan yang berkekalan di Pameran ini menerusi koleksi pakaian denim revolusionernya yang membawakan reka bentuk ringkas, selesa dan bergaya yang menawarkan kepada pengguna dengan pandangan segar tentang pakaian bersiar-siar mereka. Seluar jeans kasual wanita memiliki material kapas 70%, reka bentuk muat padan bahagian tengah pinggang dan reka bentuk anyaman tulang sisi - kesemuanya mempertingkatkan susuk tubuh dan gaya peribadi. Bagi meninjau lebih banyak helaian pakaian berkualiti tinggi, kunjungi halaman gedung Yongjia Garment di https://goo.su/BGTQznd.
Fuzhou Rainbowtex Garments Co., Ltd. ("Rainbowtex") membawakan siri pakaian luar yang berkualiti tinggi ke platform dalam talian Pameran Canton ke-133, menyediakan kepada peminat pengembaraan luar global dengan seleksi produk bagus yang menggabungkan antara keselesaan, fesyen dan praktikaliti. Salah satu sorotannya ialah jaket Stylish PU Rain, memiliki reka bentuk warna kontras unik yang kalis air serta lut udara, menjadikannya pilihan yang tepat untuk sebarang aktiviti luar. Koleksi lebih halus boleh ditemui di halaman Pameran Canton: https://goo.su/xossIYs.
Pameran Canton membawakan banyak pakaian luar bergaya bagi mempamerkan dan menyampaikan adat resam rakyat festival Cina kepada rakan-rakan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat terkini berhubung Pameran Canton dan barang pameran, sila daftar di https://invitation.cantonfair.org.cn/BuyerUser/RegisterUser?MediaType=16 atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.