omniture

Kraton Memperhebat Tawaran Polimer

Kraton Performance Polymers, Inc.
2014-04-24 14:05 196

- Teknologi Membawakan Ciri Prestasi dan Kemampuan Proses yang Revolusioner

HOUSTON, 24 April 2014 /PRNewswire/ -- Kraton Performance Polymers, Inc. (NYSE: KRA), pengeluar dan penginovasi global yang menerajui bagi Kopolimer Blok Stirenik (SBC) serta polimer tereka bentuk lain, hari ini mengumumkan pengenalan dua kopolimer blok stirenik berprestasi tinggi (HSBC) yang baharu. MD6951 dan MD1648 Kraton™ menyediakan keseimbangan tersendiri antara keanjalan tinggi, kekuatan tegangan luar biasa serta takat kelikatan lebur yang sangat rendah. Ini membenarkan begitu banyak aplikasi proses baharu dapat diterokai. Kedua-dua polimer tersebut adalah lanjutan daripada keluarga versatil HSBC – polimer Kraton A serta polimer ERS – dan akan membolehkan para penginovasi mengusahakan proses tiupan lebur, pembentukan suntikan, pembentukan pusingan, pembentukan mampatan, atau proses tekstil, sementara mengekalkan kelembutan, kekuatan dan juga kelenturan produk mereka.

KratonMD6951
MD6951 ialah HSBC terbaharu dalam keluarga Kraton A, dan mempunyai kemampuan aliran dipertingkat yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam pasaran. Ia turut mempunyai beberapa aplikasi berpotensi, termasuklah pembentukan sentuhan lembut, yang boleh menghasilkan produk seperti pelindung telefon bimbit dan juga alas genggam alatan berkuasa tinggi, filem lekat untuk perlindungan dan juga bahan peredam bunyi. MD6951 mengandungi keandalan dan ciri pengenalan keluarga Kraton A, seperti kelembutan, kemudahan penggunaan serta keserasian. Tambahan lagi, kekutubannya yang telah ditingkatkan membuatkannya serasi dengan poliuretana termoplastik, polistirena, polifenilin oksida, dan lain-lain. MD6951 mematuhi FDA, mempunyai kekenyalan luar biasa, dan turut menjadikan produk harian lebih tahan lasak, lebih bingkas serta selesa – lalu menambahkan nilai bagi penginovasi produk, sambil memperluas teknik aplikasi proses.

KratonMD1648
MD1648 ialah kopolimer blok stirenik segmen getah yang dipertingkat (ERS). Polimer ERS adalah serasi dengan poliolefin seperti polipropilena dan juga polietilena – plastik yang digunakan dalam bahan seperti bahan bukan tenun yang anjal bagi aplikasi seperti pakaian pembedahan dan pakaian perlindungan, lampin pakai buang serta tekstil perindustrian. Sebelum ini, SBC mempunyai beberapa pengehadan kerana kelikatan yang tinggi membuatkannya tidak sesuai untuk pemprosesan serat halus. Namun begitu, memandangkan MD1648 mempunyai keanjalan dan kekuatan yang tinggi bersama takat kelikatan yang sangat rendah, ia boleh digunakan dengan peralatan proses tiup lebur yang sedia ada. Ini membuka peluang untuk para pengeluar mencipta produk yang lebih mudah lentur, lebih lembut dan boleh menghasilkan pembinaan fabrik yang lebih antap. Selain itu, kelebihan MD1648 boleh digunakan bagi memperbaiki barangan kediaman ubah suai polipropilena, alat ganti kenderaan, pelekat cair panas seperti pita pelekat, pelekat semburan dan juga pelekat aerosol, serta bahan penebat.

Menurut Lothar Freund, Naib Presiden Teknologi Kraton, "Kami teruja dengan apa yang dibawakan oleh dua kemajuan teknikal ini kepada para pelanggan kami, serta masa hadapan industri polimer. MD6951 dan MD1648 membenarkan banyak industri berbeza menerokai pasaran baharu dan turut menemui aplikasi proses baharu yang tidak tersedia sebelum ini. Kami berbangga dapat merapatkan jurang ini yang akan membenarkan para penginovasi seluruh dunia menghasilkan produk baharu dan lebih baik yang akan meningkatkan taraf kehidupan seharian kita."

Latar belakang Kraton Polymers
Kraton Performance Polymers, Inc., melalui syarikat subsidiari beroperasinya Kraton Polymers LLC serta syarikat subsidiarinya, ialah pengeluar global yang menerajui untuk polimer tereka bentuk dan kopolimer blok stirenik ("SBC"), rangkaian produk yang ciri kimianya dipelopori oleh kami hampir lima puluh tahun lalu. SBC ialah elastomer termoplastik tereka bentuk tinggi yang meningkatkan prestasi pelbagai produk dengan menyediakan pelbagai ciri bagus, termasuk kelenturan lebih tinggi, ketahanan, kekuatan, kelasakan dan juga kebolehprosesan. Polimer kami digunakan dalam pelbagai aplikasi, termasuk pelekat, penyalut, produk pengguna dan produk penjagaan peribadi, bahan kedap serta pelincir, dan juga produk perubatan, pembungkusan, automotif, penurapan, pemasangan bumbung serta produk kasut. Buat masa kini kami menawarkan produk kami kepada kumpulan berkepelbagaian tinggi yang terdiri daripada 800 pelanggan di lebih 60 negara seluruh dunia, dan merupakan satu-satunya pengeluar SBC dengan kemampuan pengeluaran dan perkhidmatan di empat benua. Kami mengeluarkan produk di lima loji seluruh dunia, termasuk loji utama kami di Belpre, Ohio serta loji di Jerman, Perancis serta Brazil, dan juga loji usaha sama yang dikendalikan di Jepun.

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan" yang merupakan kenyataan selain kenyataan fakta sejarah dan sering dikenali dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "menganggar", "mengunjurkan", "mungkin", "akan", "berniat", "merancang" atau "menduga" atau dengan perbincangan tentang strategi, prestasi yang diduga, rancangan atau keinginan. Semua kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini dibuat berdasarkan jangkaan dan anggaran semasa pihak pengurusan, yang melibatkan risiko, ketidakpastian dan juga faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan. Semua risiko dan ketidakpastian ini digambarkan dengan lebih terperinci dalam "Bahagian I. Perkara 1A. Faktor Risiko" yang terkandung dalam Laporan Tahunan kami dalam borang 10-K, seperti yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan seperti yang dikemas kini seterusnya dalam Laporan Suku Tahun kami dalam Borang 10-Q. Dengan ini kami merujuk kepada semua pemfailan sebegitu untuk semua tujuan. Para pembaca diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan tidak berasas terhadap kenyataan pandang ke hadapan. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat sebegitu.

Kraton, logo dan reka bentuk Kraton, Cariflex, Nexar serta slogan iklan "Giving Innovators their Edge" semuanya merupakan tanda dagang Kraton Polymers LLC. © Kraton Performance Polymers, Inc. 2014. Semua hak terpelihara.

Maklumat Perhubungan Media:
Michelle Mason, Pengarah Pemasaran, Kraton Performance Polymers, Inc.
T: +1-281-504-4754 | F: +1-281-504-4755 | E: Michelle.Mason@Kraton.com

Molly LeCronier atau Shanta Mauney, Ward Creative Communications
T: +1-713-869-0707 | E: mlecronier@wardcc.com | E: smauney@wardcc.com

Maklumat Perhubungan Pelabur:
Gene Shiels, Pengarah Perhubungan Pelabur, Kraton Performance Polymers, Inc.
T: +1-281-504-4886 | E: Gene.Shiels@Kraton.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20100728/DA42514LOGO

Source: Kraton Performance Polymers, Inc.
Related Stocks:
NYSE:KRA
Related Links:
Keywords: Chemical New products/services