omniture

2024 Saksikan Tahun Kejayaan untuk Pasaran ETF China dengan Pertumbuhan Terulung

E Fund Management
2025-01-12 10:21 1

GUANGZHOU, China, 12 Januari 2025/PRNewswire/ -- Pasaran ETF China menunjukkan prestasi yang luar biasa pada tahun 2024, dengan pulangan yang ketara dan pertumbuhan besar dalam aset di bawah pengurusan. Menurut Wind, purata pulangan ETF saham-A (tidak termasuk ETF yang dilancarkan pada tahun 2024) mencapai 11.36% untuk tahun tersebut menjelang 31 Disember dan jumlah saiz pasaran ETF saham-A mencecah USD 508 bilion, peningkatan bersih sebanyak USD 223 bilion dari awal tahun. Terutamanya, CSI 300 ETF (Kod: 510310), ChiNext ETF (Kod: 159915) dan Star 50 ETF (Kod: 588080) yang diurus oleh E Fund Management ("E Fund"), pengurus dana bersama yang terbesar di China, disenaraikan antara sepuluh teratas dalam pertumbuhan aset, lantas menggariskan kedudukan kukuh syarikat dalam industri ini.

Perjalanan Pertumbuhan Dua Dekad

Sejak pelancaran ETF domestik pertama pada Disember 2004, pasaran ETF China berkembang dengan ketara. Pertumbuhan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui peningkatan aset tetapi juga oleh pecutan dalam penerbitan ETF. Pada tahun 2024, 30 syarikat dana melancarkan 156 ETF baharu, dengan E Fund mendahului pasaran dengan memperkenalkan 14 produk baharu – yang paling banyak antara semua penerbit.

Selama bertahun-tahun, pasaran ETF berkembang daripada memfokuskan terutamanya pada indeks pasaran luas kepada menawarkan pelbagai jenis produk merentas sektor, kelas aset dan tema. Inovasi ini memperluas peluang pelaburan, menyediakan pelabur institusi dan juga pelabur runcit dengan alat berkos rendah, telus dan fleksibel bagi mencapai matlamat kewangan mereka.

Dorongan untuk Pelaburan Berkos Rendah

Pada tahun 2024, syarikat-syarikat dana Cina menggiatkan trend pengurangan fi pengurusan, terutamanya untuk ETF pasaran luas. Mengetuai usaha ini ialah E Fund, yang telah lama menjadi perintis dalam mempromosikan pelaburan cekap kos. Seawal tahun 2015, E Fund menetapkan duluan pasaran dengan menurunkan fi pengurusan CSI 300 ETF (Kod: 510310) utamanya daripada 0.5% kepada 0.2% dan mengurangkannya lagi kepada 0.15% pada tahun 2019.

Kepimpinan E Fund dalam strategi fi rendah ditunjukkan selanjutnya oleh rangkaian produknya yang luas, hampir 50 produk ETF menawarkan fi pengurusan terendah sebanyak 0.15%, menyumbang 60% daripada portfolio ETFnya.

Membentuk Masa Depan Pasaran ETF China

Dengan lebih 80 ETF di bawah pengurusan dan jumlah aset melebihi USD 83.7 bilion, E Fund terus berinovasi dengan menawarkan rangkaian luas penyelesaian pelaburan berkos rendah dan berkecekapan tinggi.

Tatkala pasaran ETF China maju dan berkembang, E Fund kekal berada di barisan hadapan, memacu inovasi dan menetapkan standard baharu untuk kebolehcapaian dan kecekapan. Pertumbuhan pesat pada tahun 2024 bukan sahaja menekankan populariti ETF yang semakin meningkat tetapi juga peranan kritikalnya dalam membentuk masa depan landskap pelaburan China.

Latar Belakang E Fund

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana bersama komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3.5 trilion (USD 505 bilion) di bawah pengurusan.* Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa kajian yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Sumber: E Fund. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 30 September 2024. Kadar FX diperoleh daripada PBoC.

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service