omniture

Yidan Prize Foundation hubungkan pandangan global dan kepakaran tempatan di Sidang Kemuncak andalan tahunan

Yidan Prize Foundation
2025-12-06 23:34 1

500 pencetus perubahan dari lebih 50 negara berdiri teguh bersolidariti bersama Hong Kong dan mewujudkan bersama laluan ke hadapan melalui pendidikan

HONG KONG, 6 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Yidan Prize Foundation, iaitu yayasan bersifat dermawan bertaraf global yang berpangkalan di Hong Kong menghimpunkan lebih 500 pendidik, belia dan pemimpin NGO dari lebih 50 negara merentas enam benua sempena Sidang Kemuncak Yidan Prize andalan tahunannya. Bagi memperingati mereka yang telahpun terkorban dalam kebakaran Tai Po, komuniti pendidikan antarabangsa bertafakur sejenak sebelum pembukaan Sidang Kemuncak Yidan Prize. Wakil-wakil tempatan dan antarabangsa daripada sektor awam, swasta dan dermawan turut serta dalam dialog pendidikan yang berlangsung selama seminggu. Siri acara sampingan diadakan dengan kolaborasi bersama rakan kongsi, termasuk Hong Kong Foundation Exchange, Lirvana Labs, Our Hong Kong Foundation, Fakulti Pendidikan University of Hong Kong dan UNHCR – Agensi Pelarian PBB.

Dr Charles CHEN Yidan, Founder of the Yidan Prize, shared his vision at the 2025 Yidan Prize Summit
Dr Charles CHEN Yidan, Founder of the Yidan Prize, shared his vision at the 2025 Yidan Prize Summit

Di Sidang Kemuncak Yidan Prize, Dr Charles CHEN Yidan, Pengasas Yidan Prize menegaskan komitmen yayasan ini dalam menyatukan orang ramai sebagai sebuah komuniti yang mendengar dan saling belajar antara satu sama lain. Beliau berkata: "Kami melaksanakan tujuan ini dengan mengetahui bahawa apa yang boleh kami capai secara bersama jauh lebih penting daripada apa sahaja yang kami lakukan secara bersendirian. Kami turut mencipta laluan ke hadapan demi masa depan yang lebih cerah sebagai sebuah komuniti pembelajaran global."

Sidang Kemuncak Yidan Prize 2025 dan siri dialog pendidikan

Bertemakan "Pendidikan di persimpangan jalan: Bersama-sama mencipta laluan ke hadapan demi masa depan yang lebih cerah," Sidang Kemuncak Yidan Prize 2025 menghimpunkan lebih 200 pendidik, 100 belia, selain pemimpin NGO dan wakil daripada lebih 40 yayasan, 30 universiti dan 100 sekolah dan rangkaian K–12 sepanjang dua hari. Hari pertama Sidang Kemuncak ini memfokuskan pada topik-topik yang kritikal, termasuk: Kekal berjiwa insan dalam era AI, mentakrifkan peluang dan cabaran berkisarkan teknologi pendidikan (edtech), bagaimana sinergi dan kolaborasi memacu dan mengekalkan perubahan, serta memupuk kepimpinan pada setiap peringkat. Para penceramah melibatkan Profesor Ju-Ho Lee, bekas Pemangku Presiden dan Menteri Pendidikan Republik Korea, Dr Fengchun Miao, Ketua bagi AI dan Masa Depan Pendidikan UNESCO, Andreas Schleicher daripada OECD, TYT Serigne Mbaye Thiam daripada GPE dan bekas Menteri Pendidikan Negara Senegal, dan Profesor Yongxin Zhu, Pengasas New Education Initiative.

Hari kedua Sidang Kemuncak ini memberi inspirasi kepada ramai orang dengan kisah-kisah transformasi. Tiga pemenang Yidan Prize, Dr Rukmini Banerji, Profesor Usha Goswami dan Angeline Murimirwa berkongsi titik perubahan mereka dalam perjalanan mereka bagi menjadi pencetus perubahan pendidikan global bersama atlet Olimpik yang kini menjadi pendidik Yvette Kong dan pemimpin belia Anna Yao.

Sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ini, Yidan Prize Foundation menganjurkan secara bersama siri acara pertukaran ilmu pengetahuan. Melalui perkongsian bersama Our Hong Kong Foundation, sebuah forum pandangan yang berjudul "Daripada Peluang Global kepada Tindakan Tempatan: Merangka Hala Tuju Hong Kong ke Hadapan sebagai Hab Pendidikan Antarabangsa" menghimpunkan pakar-pakar antarabangsa daripada komuniti Yidan Prize untuk berkongsi pandangan mereka mengenai potensi dan cara Hong Kong memupuk kolaborasi dan inovasi silang budaya dalam bidang pendidikan. Dr Jane Lee, Presiden Our Hong Kong Foundation, menyampaikan ucapan pembukaan bersama Bruce Au, Setiausaha Agung Yidan Prize Foundation.

Memperjuangkan pencetus perubahan dalam bidang pendidikan

Para pemenang Yidan Prize 2025 menerima pingat mereka secara rasminya pada 6 Disember. Ini merupakan bahagian terakhir dalam siri acara pendidikan di Hong Kong yang memberi penghormatan kepada pencapaian para pemenang dan komuniti pendidikan yang lebih luas. Pemenang Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan 2025, Profesor Uri Wilensky, berkongsi visinya untuk mendemokrasikan pemikiran komputasional — bukan sebagai kemahiran khusus, tetapi sebagai literasi asas untuk setiap pelajar di mana-mana sahaja. Pemenang Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan 2025, Mamadou Amadou Ly, berkongsi hasil usahanya di Afrika Barat, menunjukkan bagaimana pendidikan berbilang bahasa dapat menyerlahkan potensi, memelihara budaya dan membentuk masa depan yang lebih saksama.

Nota kepada editor

Muat turun imej Sidang Kemuncak Yidan Prize 2025 dan acara sampingan di sini [https://yidanprize.canto.global/b/MUGQG].

Latar Belakang Yidan Prize Foundation:

Yidan Prize Foundation ialah sebuah yayasan bersifat dermawan yang bertaraf global, dengan misi untuk mewujudkan dunia yang lebih baik melalui pendidikan. Melalui hadiah dan jaringan penginovasinya, Yidan Prize Foundation menyokong idea dan amalan dalam bidang pendidikan — terutamanya, idea dan amalan yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan masyarakat secara positif.

Yidan Prize ialah anugerah pendidikan tertinggi di dunia yang mengiktiraf individu-individu atau pasukan-pasukan yang menyumbang dengan ketara kepada teori dan amalan dalam bidang pendidikan. Ia terdiri daripada dua hadiah yang saling melengkapi: Yidan Prize untuk Penyelidikan Pendidikan dan Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan. Hadiah-hadiah ini direka bagi mencetuskan impak: para pemenang bagi setiap hadiah menerima dana projek tanpa had sebanyak HK$15 juta sepanjang tempoh tiga tahun, membantu mereka memperluas usaha mereka, serta pingat emas dan hadiah wang tunai sebanyak HK$15 juta. Dana projek dan hadiah wang tunai dikongsi secara sama rata untuk pasukan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi yidanprize.org atau hubungi media@yidanprize.org.
Cari kami @yidanprize di FacebookInstagramX dan LinkedIn.

Yvette Kong and Anna Yao from Project Melo moderated a panel with Yidan Prize laureates, Dr Rukmini Banerji, Professor Usha Goswami, and Angeline Murimirwa, about their turning points as educators.
Yvette Kong and Anna Yao from Project Melo moderated a panel with Yidan Prize laureates, Dr Rukmini Banerji, Professor Usha Goswami, and Angeline Murimirwa, about their turning points as educators.

The Yidan Prize community at the Insight Forum “From Global Opportunities to Local Action: Charting Hong Kong’s Way Forward as an International Education Hub.”
The Yidan Prize community at the Insight Forum “From Global Opportunities to Local Action: Charting Hong Kong’s Way Forward as an International Education Hub.”

Source: Yidan Prize Foundation
Keywords: Education Higher Education Awards Not for profit Trade show news Artificial Intelligence