omniture

Yili Hadiri Kongres Asia Organik ke-6 sebagai Satu-satunya Jenama Tenusu Diundang

Yili Group
2023-06-20 18:42 80

KAUSWAGAN, Filipina, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 6 -9 Jun, Kongres Asia Organik ke-6 – sidang kemuncak industri organik yang terkemuka di dunia - telahpun diadakan di Filipina. Syarikat gergasi tenusu Asia Yili diundang sebagai satu-satunya wakil industri tenusu untuk berkongsi amalan organiknya. Satine, jenama susu berkualiti tinggi Yili, dilantik sebagai penyedia susu eksklusif untuk sidang kemuncak itu, membawakan pemakanan organik kepada para delegasi global di acara berkenaan. Dr. Philip Wescombe, Ketua Yili Innovation Centre Oceania, dijemput untuk menyampaikan ucapan di majlis pembukaan. Beliau turut berkongsi inovasi termaju Yili di sesi selari yang bertemakan "Inovasi dalam Pertanian Organik".

Satine was the exclusive milk provider for the 6th Organic Asia Congress
Satine was the exclusive milk provider for the 6th Organic Asia Congress

Dihoskan oleh IFOAM-Organics Asia, Kongres tersebut dihadiri oleh lebih 2,000 wakil kerajaan dan institusi serta pakar industri organik daripada lebih 30 negara.

Yili menyertai IFOAM sebagai pengeluar produk tenusu pertama dari China seawal tahun 2011. "Satine tekal berusaha mencapai kecemerlangan dengan melancarkan produk organik terbaik dan membangunkan rantaian industri yang paling hijau. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan penerimaan konsep organik secara meluas di serata dunia," kata Dr. Philip Wescombe.

Dr. Philip Wescombe shared Satine’s experience in organic milk production
Dr. Philip Wescombe shared Satine’s experience in organic milk production

Sebagai jenama utama Yili yang menyokong falsafah organik, Satine mempelopori sistem boleh dikesan sepenuhnya dalam seluruh proses pengeluaran, mengupayakan kebolehkesanan setiap botol susu dengan kodnya sendiri. Melalui pengukuhan inovasi secara berterusan dalam pemakanan, rasa dan teknik pengeluaran, Satine memperoleh pensijilan organik yang utama daripada China dan juga EU.

Mathew John, Presiden IFOAM Organics Asia berkata: "Sebagai satu pergerakan organik, bukan sahaja produk, tetapi ekosistem di sekitarnya yang perlu kita bina dan untuk menghantar mesej kepada pelanggan."

Yili turut berdedikasi untuk melabur dalam kemampanan bagi menyokong industri organik. Satine telahpun melaksanakan langkah-langkah pengurangan karbon dalam seluruh rantaian nilainya, termasuk pengeluaran, logistik dan penggunaan serta mencapai liputan 100% jejak karbon bagi produk organiknya. Satine diiktiraf sebagai "Jenama Susu Organik No.1 Dunia" oleh Euromonitor International. Setakat akhir tahun 2022, Yili telah menyampaikan lebih 5 bilion botol susu organik Satine kepada pengguna global.

Pada sesi selari, Dr. Philip Wescombe menjelaskan tentang teknologi perintis Yili untuk perlindungan bersasar ke atas laktoferin pada suhu bilik. Dengan memanfaatkan teknologi ini, Satine mencipta kategori produk organik baharu dan meningkatkan kadar pengekalan laktoferin aktif dalam susu mentah daripada kurang 10% kepada lebih 90%, meningkatkan manfaat susu yang merangsang sistem imun.

"Pasaran global untuk produk organik sedang mengalami pertumbuhan pesat, dengan industri tenusu organik memainkan peranan yang penting. Terdapat jangkaan yang besar untuk inovasi selanjutnya dan kejayaan dalam bidang ini," kata Karen Mapusua, Presiden IFOAM Organics International.

Yili berdedikasi untuk menggunakan teknologi bagi memajukan industri tenusu organik global dan menggalakkan pembangunan mampan. Syarikat ini sedang berusaha untuk mewujudkan rantaian bekalan lebih hijau, lebih rendah karbon dan memberi sumbangan penting kepada pergerakan organik di Asia dan seluruh dunia.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages