omniture

Pantos Logistics Tandatangani Usaha Sama dengan Seino Transportation, Jepun

Pantos Logistics
2014-04-24 17:26 119

SEOUL, Korea Selatan, 24 April 2014 /PRNewswire/ -- Pantos Logistics, penyedia perkhidmatan logistik menyeluruh yang mengendalikan lebih 180 rangkaian logistik di serata dunia, kini sedang mengembangkan perniagaan penghantaran bungkusan kecil pada peringkat antarabangsa menerusi kerjasama dengan Seino Transportation Co., Ltd., iaitu syarikat pengangkutan darat terbesar di Jepun.

Baru-baru ini, Pantos Logistics telah mengadakan majlis tandatangan bagi menubuhkan SP EXPRESS Co., Ltd., yang akan beroperasi sepenuhnya di Jepun mulai penghujung bulan April ini. Syarikat baharu ini akan bertanggungjawab terhadap pengimportan, pelepasan kastam dan juga penghantaran bungkusan kecil yang akan dihantar dari China ke Jepun.

Walaupun kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang jualan dan pemasaran, Pantos Logistics akan memanfaatkan persaingannya di China bagi mengumpulkan dan turut menyimpan kargo serta pelepasan kastam untuk kargo yang dieksport dari China ke Jepun, sebelum penghantaran dibuat dengan menggunakan lori menerusi SP EXPRESS di seluruh Jepun.

SP EXPRESS juga akan memanfaatkan rangkaian serta infrastruktur kedua-dua syarikat tersebut di Jepun serta China.

Bermulanya usaha sama ini dapat memantapkan tempat bertapak bagi perniagaan baharu yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat tersebut, lalu membolehkan Pantos Logistics untuk meningkatkan daya saingnya daripada segi pengalaman menjalankan perniagaan di Jepun dan juga kos penghantaran tempatan, di samping menyediakan peluang yang lebih hebat untuk Seino Transportation menjalankan perniagaan logistik pada peringkat antarabangsa.

Usaha sama ini diharapkan dapat memasarkan perniagaan masing-masing kepada beberapa syarikat bungkusan kecil utama yang beroperasi di China dan seterusnya dapat mengembangkan perniagaan itu kepada bungkusan kecil keluar dari Jepun menerusi rangkaian kedua-dua rakan kongsi tersebut.

Dong-min Sin, presiden Pantos Logistics Japan Inc. amat yakin dengan usaha sama baharu ini: "Menerusi syarikat gabungan baharu ini, Pantos dengan kelebihan globalnya serta Seino yang mempunyai kapasiti pengangkutan terbesar di Jepun akan memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi mencipta kejayaan baharu serta mewujudkan sinergi menerusi perniagaan masing-masing."

Seino Transportation telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan penghantaran berasaskan lori yang utama di Jepun, dan turut memiliki enam puluh enam syarikat subsidiari termasuklah empat puluh dua syarikat logistik yang mampu menjana hasil sebanyak 516.1 bilion JPY pada tahun 2012.

SUMBER: Pantos Logistics

Source: Pantos Logistics
Keywords: Air Freight Transportation Trucking and Road Transportation Contracts Joint ventures