-- Pengambilalihan Tactads adalah sebahagian daripada strategi besar MediaMath untuk membolehkan pihak pemasar berhubung dengan para pengguna merentasi kesemua peranti
NEW YORK, 24 April 2014 /PRNewswire/ -- MediaMath, pencipta TerminalOne Marketing Operating System™ untuk pemasar digital, hari ini mengumumkan pengambilalihan Tactads iaitu penyedia teknologi sasaran silang peranti tanpa kuki. Teknologi ini diintegrasikan kepada TerminalOne serta menyediakan keupayaan kepada para pengiklan untuk berkomunikasi dengan para pengguna dan turut menyepadukan usaha pemasaran yang melibatkan telefon pintar, tablet, komputer riba, komputer meja dan pelbagai peranti lain.
"Penggunaan pelbagai peranti yang dibolehkan web telah mencapai jumlah yang amat tinggi, maka cabaran untuk menyasarkan pengguna yang sentiasa terhubung menerusi skrin mereka pula menjadi semakin sukar," kata Joe Zawadzki, ketua pegawai eksekutif MediaMath. "Pengambilalihan Tactads ini hanyalah salah satu daripada pelbagai kaedah yang akan kami laksanakan untuk membantu para pelanggan kami mengatasi cabaran ini, meningkatkan kecekapan pemasaran dan juga memacu ROI (pulangan pelaburan)."
Tactads ialah syarikat yang berpusat di Perancis dan telah membangunkan perisian proprietari yang menggunakan algoritma canggih bagi mengenal pasti serta menghubungkan sejumlah peranti dengan menggunakan teknik statistik. Teknologi yang mematuhi piawaian privasi industri ini tidak bergantung pada kuki dan tidak memerlukan maklumat peribadi pengguna.
"Industri teknologi pengiklanan telah mengalami transformasi besar-besaran yang telah memaksa perubahan cara pihak pengiklan berhubung dengan pengguna dilakukan," kata Romain Gauthier, ketua pegawai eksekutif Tactads. "Kami telah menumpukan usaha terhadap pembangunan penyelesaian yang mematuhi privasi bagi menghadapi segala cabaran proses sasaran dan bagi meningkatkan prestasi pemasaran, iaitu matlamat kami yang turut dikongsi oleh MediaMath. Pengambilalihan ini akan membantu memperkenalkan penyelesaian yang kami tawarkan kepada sejumlah besar pengguna pada peringkat global. Kami amat teruja dapat menjadi sebahagian daripada keluarga MediaMath."
Penyelesaian Tactads merupakan satu komponen dalam teknologi ConnectedID proprietari MediaMath yang dibangunkan untuk membolehkan para pengiklan berhubung dengan pengguna melalui saluran dan peranti pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. "Selain mengintegrasikan teknologi tanpa kuki dan silang peranti yang canggih oleh Tactads, ConnectedID yang kami hasilkan ini juga akan menghubungkan isyarat sasaran daripada beberapa syarikat media, penerbit serta pengiklan, di samping mengekalkan pematuhan privasi yang ketat dan turut membolehkan langkah pilih keluar pengguna yang lebih berkesan berbanding penyelesaian berasaskan kuki dalam pasaran pada masa kini," kata Ari Buchalter, ketua pegawai operasi, MediaMath. "ConnectedID akan turut memperkasa pengukuran dan pemasaran silang saluran yang belum pernah dilakukan sebelum ini."
ConnectedID dijangka akan dipasarkan dalam format beta pada suku ketiga tahun 2014 sebagai sebahagian daripada TerminalOne Marketing Operating System™ oleh MediaMath.
Latar Belakang MediaMath
MediaMath yang berpusat di New York dengan 12 lokasi di sekitar lima benua, membangunkan teknologi pemasaran digital serta menawarkan kepakaran tinggi berkaitan industri, lalu membolehkan pihak pemasar berhubung dengan para pengguna secara individu serta pada skala yang melibatkan keseluruhan media digital dunia. TerminalOne Marketing Operating System™ oleh MediaMath membolehkan pihak pemasar untuk menyesuaikan infrastruktur teknologi mereka sendiri dan turut memanfaatkan data mereka dan juga data industri dalam perancangan, pelaksanaan, pengoptimuman serta analisis program pemasaran digital. Ini akhirnya menghasilkan keputusan lebih baik yang akan memajukan perniagaan mereka. TerminalOne memperkasa operasi bagi sejumlah besar pemasar, termasuk 55 peratus daripada senarai Fortune 100, dan turut memacu keputusan perniagaan yang transformatif merentasi keseluruhan ekosistem digital.
Maklumat Perhubungan Media:
Matt Caldecutt
Blast PR, bagi pihak MediaMath
+1-917-698-0810
matt@blastpr.com