omniture

Infinitus Diiktiraf "Syarikat Bersaiz Besar Penting" bagi Menyemarakkan Inovasinya

LKK Health Products Group
2014-04-24 20:50 87

GUANGZHOU, China, 24 April 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Infinitus (China) Company Ltd telah dimahkotakan sebagai "Syarikat Bersaiz Besar Penting" oleh Kerajaan Rakyat Guangdong, China. Ia merupakan ahli LKK Health Products Group (LKKHPG).

Syarikat berkaitan hanya boleh melayakkan diri sebagai calon dengan jumlah jualan tahunan melebihi RMB 10 bilion (kira-kira USD 1.61 bilion), dan syarikat tersebut boleh menikmati layanan istimewa daripada segi kawal selia serta sokongan berkaitan daripada pihak kerajaan bagi pembangunan jangka panjan g mereka.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan jurucakap Infinitus (China) berkata, "Penghormatan sebegini mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap inovasi dan pembangunan Infinitus yang berterusan. Galakan ini akan merangsang kami supaya merebut peluang yang ada dan terus menghasilkan inovasi serta pembangunan, agar dapat menyediakan lebih produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk orang ramai dengan matlamat untuk mencapai kehidupan yang sihat bersama."

Infinitus komited terhadap inovasi serta penyelidikan & pembangunan dengan pelaburan tahunan melebihi RMB 100 juta dalam semua aspek ini. Infinitus telah menetapkan sistem penyelidikan & pembangunan yang tersendiri, dan telah bekerjasama rapat dengan beberapa institusi saintifik serta institusi pendidikan yang terkemuka dan berwibawa, termasuk Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, Institut Materia Medica Shanghai, Akademi Sains China dan sebagainya. Pada masa ini, Infinitus memegang 93 paten dan beberapa teknologi saintifik bebas yang berkaitan dengan Polisakarida Herba, Schizandrin B, Faktor Pemutihan Majmuk, Peptida Aktif, Pati Herba dan sebagainya.

Selain penyelidikan & pembangunan, Infinitus turut mementingkan kawalan kualiti semasa proses penghasilan. Oleh itu, ia telah membuat pelaburan yang besar sejak sekian lama bagi menjamin tahap pemodenan proses serta kemudahan penghasilan agar sejajar dengan standard dunia. Setakat ini, Infinitus telah menerima perakuan ISO9001:2008, GB/T 22000-2006/ISO 22000:2005, HACCP serta GMP (bagi makanan kesihatan).

Sebagai ahli Lee Kum Kee Group, LKKHPG telah mengusahakan misi korporatnya untuk "menyokong rejim kesihatan Cina unggul dan turut menyemai kehidupan lebih sihat dengan keseimbangan, kemewahan serta harmoni" sejak penubuhannya dengan "Infinitus" sebagai jenama terasnya. Oleh itu, ia telah mengetengahkan dan turut menggalakkan falsafah kesihatannya yang tersendiri iaitu "menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemeliharaan hidup dan jaminan tenaga". "Pemeliharaan Hidup dan Jaminan Tenaga" menekankan "Tiga Cara Memelihara serta Mengawal Atur Kehidupan" dan juga "Empat Jenis Rasional". "Tiga Cara Memelihara serta Mengawal Atur Kehidupan" merujuk kepada pemeliharaan dan kawal atur tenaga Qi, Yin & Yang serta Zang-Fu, manakala "Empat Jenis Rasional" pula membayangkan amalan pemakanan, kehidupan, senaman serta emosi yang rasional.

(Foto: http://www.infinitus-int.com/news-detaile-139771809433445.html?l=en )

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Awards