omniture

CGTN: Xi Jinping gesa tindakan untuk stabilkan dan tingkatkan hubungan China-A.S.

CGTN
2023-06-21 14:53 33

BEIJING, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping bertemu dengan Setiausaha Negara A.S. Antony Blinken di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada hari Isnin, hari kedua dan terakhir lawatan diplomat A.S. ke China.

Semasa pertemuan itu, Xi menggesa tindakan untuk menstabilkan dan meningkatkan hubungan China-A.S. serta menekankan bahawa sama ada kedua-dua negara boleh mencari jalan yang sesuai untuk berbaik-baik mempengaruhi masa depan dan nasib umat manusia.

"Planet Bumi cukup besar untuk menampung pembangunan masing-masing dan kemakmuran bersama China dan Amerika Syarikat," kata beliau.

Rakyat Cina, sama seperti rakyat Amerika, merupakan individu yang "bermaruah, yakin dan berdikari" dan kedua-duanya mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik, tegas Xi.

Kepentingan bersama antara kedua-dua negara harus dihargai dan kejayaan masing-masing merupakan satu peluang untuk satu sama lain, bukan ancaman, kata beliau.

'Dunia memerlukan hubungan China-A.S. yang stabil'

Menyedari bahawa komuniti antarabangsa bimbang akan keadaan semasa hubungan berkenaan, Xi berkata ia tidak mahu melihat konflik atau konfrontasi antara China dan A.S. atau memilih untuk berpihak antara kedua-duanya.

"Kedua-dua negara harus bertindak dengan rasa bertanggungjawab untuk sejarah, untuk rakyat dan untuk dunia serta mengendalikan hubungan China-A.S. dengan betul," gesa pemimpin Cina itu.

"Dengan cara ini, mereka boleh menyumbang kepada keamanan dan pembangunan global serta membantu menjadikan dunia, yang sedang berubah dan bergolak, lebih stabil, pasti dan konstruktif," tambah beliau.

Blinken berkata Presiden A.S. Joe Biden percaya bahawa A.S. dan China berkewajipan untuk mengurus hubungan mereka dengan bertanggungjawab, demi kepentingan kedua-dua negara dan dunia.

Menterjemah persefahaman bersama Bali kepada tindakan

Ketika Xi dan Biden mengadakan perbincangan secara peribadi pertama mereka sebagai ketua-ketua negara di luar Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di pulau Indonesia, Bali pada November lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan hubungan China-A.S. ke landasan pembangunan yang stabil.

Semasa mesyuarat pada hari Isnin bersama Blinken, presiden Cina menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu kekal komited terhadap persefahaman bersama yang telah dicapai oleh beliau dan Biden di Bali dan menterjemahkan kenyataan positif itu kepada tindakan agar dapat menstabilkan dan meningkatkan hubungan China-A.S.

Beliau menyatakan bahawa persaingan negara-utama tidak mewakili trend zaman, apatah lagi menyelesaikan masalah Amerika sendiri atau cabaran yang dihadapi oleh dunia.

"China menghormati kepentingan A.S. dan tidak ingin untuk mencabar atau menggantikan Amerika Syarikat," kata Xi. "Dalam rentak nadi yang sama, Amerika Syarikat perlu menghormati China dan tidak boleh menjejaskan hak dan kepentingan sah China."

China sentiasa berharap dapat melihat hubungan China-A.S. yang baik dan mantap serta percaya bahawa kedua-dua negara utama itu dapat menangani pelbagai kesukaran dan mencari jalan yang tepat untuk berbaik-baik berdasarkan rasa hormat-menghormati, kewujudan bersama yang aman dan kerjasama yang saling menguntungkan, tambah beliau.

Blinken berkata A.S. komited untuk kembali kepada agenda yang ditetapkan oleh kedua-dua presiden di Bali.

Amerika Syarikat berpegang pada komitmen yang dibuat oleh Biden, iaitu ia tidak menginginkan Perang Dingin baharu, ia tidak mahu mengubah sistem China, pakatannya tidak ditujukan pada China, ia tidak menyokong "kemerdekaan Taiwan" dan ia tidak mencari konflik dengan China, tegas Blinken.

Beliau menambah, pihak A.S. berharap dapat mencapai penglibatan peringkat tinggi dengan pihak Cina, mengekalkan talian komunikasi yang terbuka, mengurus perbezaan dengan bertanggungjawab serta meneruskan dialog, pertukaran dan kerjasama.

Wang Yiwei, pengarah Institute of International Affairs di Renmin University of China, memberitahu CGTN pada pada hari Isnin bahawa ia merupakan langkah yang penting untuk China dan A.S. menstabilkan hubungan mereka memandangkan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengembalikan perniagaan dan pertukaran sesama rakyat kepada keadaan biasa susulan lawatan Blinken.

Mesyuarat pada hari Isnin merupakan kali pertama setiausaha negara A.S. itu bertemu presiden Cina sejak tahun 2018. Blinken ialah pegawai paling kanan A.S. yang melawat China sejak Biden mengambil alih jawatan pada awal tahun 2021.

https://news.cgtn.com/news/2023-06-19/Xi-Jinping-urges-actions-to-stabilize-and-improve-China-U-S-relations-1kLNJcMwSwE/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service