- Abstrak kini sedang diterima untuk sesi pendidikan yang mengetengahkan arah aliran dan maklumat perniagaan untuk sektor kimia tersuai khas dan sektor kimia khusus
HAMILTON, New Jersey, 24 April 2014 /PRNewswire/ -- InformEx, acara perkongsian perniagaan yang menerajui di Amerika Utara serta sumber pendidikan untuk para pembeli dan penjual kimia bernilai tinggi, menjemput para penceramah supaya menghantar usul untuk sesi pendidikan yang akan diadakan semasa InformEx edisi ke-31, pada 3 hingga 6 Februari 2015 di Pusat Konvensyen Morial di New Orleans.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140423/77723
InformEx menggalakkan kemajuan berterusan industri bahan kimia halus, bahan kimia khusus dan juga bahan kimia tersuai khas dengan menyediakan alatan perangkaian, peluang pendidikan berterusan serta forum kolaborasi masyarakat – semuanya direka khas agar dapat memecut pertumbuhan peribadi serta profesional dalam landskap syarikat bahan kimia yang kian berubah.
"Melalui pendidikan berterusan, InformEx menyediakan alatan yang diperlukan oleh peneraju industri untuk menyesuaikan diri dengan landskap industri yang kian berubah dan turut memajukan perniagaan mereka," kata Lauren Belmont, pengurus pemasaran jenama InformEx. "Kami menjangkakan satu lagi barisan penceramah yang unggul serta beberapa topik sesi yang hebat bagi acara tahun 2015 kami. Kami teruja untuk membawakan acara ini kembali ke New Orleans."
Para penceramah di InformEx 2014 di Pantai Miami, Florida, merangkumi pelbagai isu dan arah aliran baharu yang berkaitan dengan industri kimia, termasuk perubatan tersuai khusus, amalan kimia mesra alam, gas syal dan juga pencetakan 3D, serta banyak lagi topik lain. Acara tahun hadapan dijangka akan menarik kehadiran lebih 3,500 pengunjung dan ratusan pempamer daripada beberapa syarikat farmaseutikal, bahan kimia halus serta bahan kimia khusus yang terkenal. Pendaftaran untuk InformEx 2015 akan dibuka pada pertengahan bulan Ogos.
Tarikh tutup untuk abstrak penceramah adalah pada hari Jumaat, 27 Jun. Mereka yang berminat untuk menghantar usul bagi InformEx 2015 mesti mengikut garis panduan berikut:
Hantarkan usul pembentangan anda melalui pautan ini: www.informex.com/call-for-speakers.
Selain penghantaran abstrak penceramah, InformEx berminat untuk mendengar cadangan bagi topik yang benar-benar akan menarik minat ataupun para penceramah yang bukan sebahagian daripada organisasi anda. Bagi membuat saranan penceramah atau topik, sila hubungi penganjur sesi pendidikan melalui informex@chempetitive.com.
InformEx berhak untuk menerima abstrak mengikut budi bicara mereka agar dapat menghimpunkan program yang sebaik mungkin. InformEx ialah acara tumpuan untuk para pengeluar, pengedar dan juga penyedia perkhidmatan untuk industri kimia halus, kimia khusus serta kimia tersuai khas. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.informex.com.
Latar belakang InformEx
InformEx dianjurkan oleh UBM dan komited terhadap kemajuan berterusan industri kimia halus, kimia khusus dan juga kimia tersuai khas dengan menyediakan alatan perangkaian, peluang pendidikan serta forum kolaborasi masyarakat – semuanya direka khas agar dapat memecut pertumbuhan dalam landskap syarikat kimia yang kian berubah. Acara tahunan InformEx ialah eksposisi unggul yang wajib dihadiri untuk industri bahan kimia sejak 30 tahun lepas, kerana menyediakan platform untuk perangkaian secara bersemuka dan kemajuan perniagaan. Setiap tahun acara itu menghimpunkan khalayak antarabangsa yang terdiri daripada lebih 3,500 ahli profesional bahan kimia halus dan bahan kimia khusus serta ratusan pempamer. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila lawati www.informex.com.