omniture

CCTV+: Pengaruh bapa ke atas Xi dalam falsafah bertumpukan rakyat

CCTV+
2023-06-21 15:13 31

BEIJING, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sepucuk surat peribadi yang ditulis oleh Presiden Cina Xi Jinping kepada bapa beliau Xi Zhongxun (1913-2002) pada tahun 2001 mendedahkan bagaimana kata-kata dan perbuatan bapa beliau banyak mempengaruhi pandangan Xi Jinping terhadap kehidupan yang berjimat-cermat, kerja keras dan tadbir urus negara, terutamanya falsafah beliau yang bertumpukan rakyat.

Pada 15 Oktober 2001, ulang tahun kelahiran ke-88 Xi Zhongxun, keluarga Xi mengadakan sebuah pertemuan semula yang jarang berlaku. Xi Jinping, ketika itu merupakan gabenor Wilayah Fujian, timur China, tidak dapat menghadiri acara keluarga itu ekoran komitmen kerja. Anak lelaki yang meminta maaf itu menulis sepucuk surat ucapan terima kasih kepada bapa beliau.

Dalam surat itu, beliau menyebut dengan penuh mesra tentang kasih sayang beliau yang abadi untuk ibu bapa beliau dan tentang banyak sifat mulia yang dipelajari oleh beliau daripada bapa beliau.

Xi Zhongxun merupakan salah seorang pemimpin pusat generasi pertama daripada Parti Komunis China (CPC). Beliau sentiasa menjadi pemimpin untuk rakyat.

Apabila beliau menjadi ketua Parti Daerah Suide, Wilayah Shaanxi, barat laut China, pada tahun 1943, Xi Zhongxun serta merta meminta pegawai tempatan untuk menjauhkan diri daripada rasa berpuas hati dan berkhidmat dengan teguh kepada 520,000 orang penduduk tempatan.

Apabila Xi Zhongxun tiba di Guangdong, selatan China untuk menjadi ketua Parti wilayah pada tahun 1978, beliau bekerja siang dan malam serta melawat 23 daerah di bawah matahari terik.

Pada 1 Oktober 1999, Xi Zhongxun, ketika itu berusia 86 tahun, menyaksikan perarakan tentera yang besar dan upacara gilang-gemilang di Tian'anmen Rostrum menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan Republik Rakyat China. Beliau berbual mesra dengan pimpinan pusat dan berkata "Kita tidak seharusnya lupa bahawa negara adalah rakyat dan rakyat adalah negara."

"Seperti seekor lembu yang rela, anda bekerja keras dalam diam untuk rakyat Cina. Perbuatan anda memberi inspirasi kepada saya untuk mengabdikan hidup saya kepada perjuangan untuk berkhidmat kepada rakyat dan mencurah bakti kepada tanah air saya yang indah dan juga rakyat jelata," tulis Xi Jinping dalam surat tersebut.

Xi Zhongxun berkhidmat kepada negara ini sepanjang hayat beliau dan tradisi keluarga beliau yang baik umpama cermin, penanda aras dan buku teks. Seperti yang dikatakan oleh beliau kepada anak-anak, "Saya tidak meninggalkan sebarang kekayaan kepada kamu, melainkan reputasi yang baik."

Pautan: https://youtu.be/ISHmbsWfma4

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Public Interest