omniture

MetaQuotes Akan Bentang Inovasi Teknologi di FX WORLD ISTANBUL

MetaQuotes Software Corp.
2014-04-25 01:00 85

ISTANBUL, 25 April 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, pembangun platform Tukaran Asing MetaTrader yang menerajui, MetaQuotes Software telah mengumumkan penyertaannya dalam FX WORLD ISTANBUL sebagai rakan kongsi teknologi. Acara itu akan dikhususkan kepada pembangunan industri Tukaran Asing di Turki dan diadakan mulai 25 hingga 28 September di Istanbul.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323)

Bagi menonton Siaran Berita Multimedia sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/71400523-metaquotes-innovation-fx-world-istanbul 

Persidangan itu akan dirancang dengan bantuan TSPAKB (Persatuan Institusi Perantara Pasaran Modal Turki), TABA (Persatuan Perniagaan Turki-Amerika), AmCham Turkey (Dewan Perniagaan Turki Amerika), TIM (Majlis Pengeksport Turki), BIST (Borsa Istanbul), GYIAD (Persatuan Usahawan Muda), serta pertubuhan bukan kerajaan lain.

Topik utama ialah pembangunan Tukaran Asing di Turki. Dalam ucapan beliau semasa acara FX ASIA itu, penganjur Persidangan FX WORLD, Ceylan Pirinçcioğlu, telah menggariskan beberapa perkara penting: "Dalam dunia Tukaran Asing, jumlah perdagangan harian global sudah mencecah 5.3 trilion dolar sementara jumlah Turki pula adalah 30 bilion dolar, mewakili 0.6 peratus daripada jumlah global. Secara khususnya, bagi menarik pelabur asing serantau ke dalam negara kita, beberapa perubahan penting perlu dipertimbangkan dalam sistem percukaian serta kawal selia kita. Jika kita boleh menarik pelabur asing untuk FX (tukaran asing), saya pasti mereka akan turut melabur dalam Turki."

Pirinçcioğlu juga telah menekankan kepentingan penjelasan terperinci tentang "Sistem Keumpilan" bagi pihak pelabur. Keumpilan maksimum yang dibenarkan dalam negara itu kini ditetapkan sebanyak 1:100 dan nisbah ini tentunya mewujudkan peluang serta risiko hebat bagi para pelabur.

Selain itu, kira-kira 50 wakil daripada organisasi kewangan berbeza dijangka akan bercakap semasa acara itu. MetaQuotes Software akan membentangkan penyelesaian perisian serta teknologi terkininya yang mampu menyelesaikan beberapa isu Tukaran Asing Turki serta membantu pembangunan pasaran.

Format pertemuan FX WORLD ISTANBUL EXPO yang akan diadakan pada 25 hingga 28 September 2014 disusun atur agar dapat diadakan di tingkat yang sama di dalam dua seksyen berbeza yang dinamakan sebagai B2B dan B2C. Ruang B2B dikhaskan untuk para profesional sahaja dan akan mempunyai ruang eksklusif untuk sebarang mesyuarat yang dijadualkan terlebih dahulu antara penyedia kecairan, orang tengah, pemberi pinjaman sementara, penyedia teknologi serta penyedia perkhidmatan lain kepada orang tengah terbitan dan juga orang tengah Tukaran Asing. Ekspo B2C pula bakal menjadi acara penuh aksi dengan pertandingan harian, mesyuarat secara muka ke muka, sesi santai, acara muzik di ruang rehat dan kejutan lain bagi Gaya Hidup FX.

Latar belakang MetaQuotes

Syarikat itu mempunyai pengalaman selama 14 tahun membangunkan platform MetaTrader untuk pasaran Tukaran Asing serta pasaran Saham. Buat masa kini, syarikat itu merupakan penyedia penyelesaian yang menerajui dalam pasaran Tukaran Asing, sambil turut menerokai pasaran saham secara aktif. Syarikat itu menawarkan beberapa penyelesaian teknologi yang akan dibentangkan semasa FX WORLD ISTANBUL.

SUMBER  MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Trade show news