MADRID, 25 April 2014 /PRNewswire/ -- Berapakah jumlah kedai yang dikunjungi oleh seseorang yang baru bergelar ibu buat kali pertama bagi mendapatkan kereta sorong terbaik untuk bayinya? Berapa lamakah tempoh yang diperlukan oleh sekumpulan rakan agar dapat membuat pilihan restoran terbaik untuk menikmati makan malam mereka? Berapakah jumlah tempat pelancongan maya yang dilawati oleh seorang pengantin perempuan bagi memilih pantai terbaik untuk bulan madunya?
Pada masa kini, sejumlah besar pengguna mula bergantung pada rangkaian sosial bagi mendapatkan keperluan mereka. Forum, kumpulan Facebook, dan juga gambar di Pinterest dapat membantu kita memilih sesuatu produk, perkhidmatan, tempat. Walau bagaimanapun, selain beberapa pendapat terpencil, biasanya kita lebih memilih pandangan yang samar-samar dan subjektif.
Baru-baru ini, TheRanking.com, rangkaian sosial yang turut berkembang bersama pengguna, telah memperkenalkan "Preferential user Map". Maklumat paling berkaitan dengan seseorang pengguna bukanlah sama ada beliau menggemari permainan bola sepak, menonton TV atau membeli pakaian berjenama. Apa yang lebih menarik ialah mengetahui siapakah pemain kegemaran beliau, apakah siri TV kegemaran beliau dan adakah beliau membeli pakaian daripada Abercrombie atau GAP. TheRanking.com mendapatkan maklumat penting ini bukan menerusi soalan kaji selidik membosankan yang akhirnya akan menjadi tidak relevan, tetapi dengan mendorong pengguna untuk melibatkan diri dalam permainan mengundi supaya mereka menjadikan dunia peribadi suatu platform ekspresi diri yang membolehkan mereka berkongsi minat menerusi rangkaian sosial.
Di TheRanking.com, para pengguna dapat menemui komuniti yang saling berhubung menerusi kandungan yang dihasilkan oleh pengguna lain: kedudukan berguna, kedudukan jenaka, kedudukan politik… kerana segala-galanya dalam kehidupan seseorang boleh disenaraikan. Undian boleh bertukar manakala setiap individu pula kian berubah, lalu membolehkan penghasilan Preferential user Map yang turut berubah bersama-sama kehidupan dan cita rasa setiap pengguna.
Apakah kepentingan pengiklanan pada ketika ini? Pengiklanan ialah pilihan utama bagi kesemua rangkaian sosial yang telah berjaya mengimplementasikan model perniagaan. Kelangsungan ekonomi bergantung pada kejayaan kempen sebegini. Inilah faktor yang menyebabkan rangkaian sosial sentiasa mahu mengetahui lebih lanjut tentang para pengguna dengan membahagikan mereka daripada segi sosiologi dan geografi, terutamanya dengan mengetahui cita rasa serta minat mereka.
Matlamatnya bukan sahaja untuk menyediakan profil yang membolehkan jenama tertentu menggiatkan kempen mereka, malah juga untuk menambah baik pendedahan kandungan yang dapat memupuk kesetiaan pengguna dan turut memberi pendedahan kepada pengguna tentang produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan corak penggunaan mereka.
Dalam persaingan untuk mendapatkan maklumat pengguna, usaha yang giat sedang dijalankan dan TheRanking.com bersedia untuk memenanginya.
Bagi maklumat lanjut:
http://www.theranking.com/preferentialgraph
Atala Martin, +34 630 45 90 41, atala@theranking.com
SUMBER TheRanking.com