omniture

Trina Solar dianugerahkan "Pelaksana Terbaik 2023" oleh PVEL, dengan keandalan Vertex N amat diiktiraf

Trina Solar Co., Ltd
2023-06-22 17:00 87

CHANGZHOU, ChinaJune 22, 2023 /PRNewswire/ -- PV Evolution Labs (PVEL), makmal ujian keandalan pihak ketiga yang terkenal di dunia, menerbitkan Kad Skor Keandalan Modul PV 2023 dan Trina Solar sekali lagi diiktiraf sebagai Pelaksana Terbaik antara pengeluar-pengeluar modul PV global atas prestasinya yang cemerlang untuk modul Vertex N, terutamanya modul Vertex N 605W. Ia merupakan tahun kesembilan berturut-turut Trina Solar memenangi anugerah ini, satu kejayaan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat lain.


Menggunakan parameter yang ketat, PVEL menerbitkan Kad Skor Keandalan Modul PV setiap tahun, menyediakan data dan kajian yang banyak kepada industri ini yang membantu membimbing pembangunannya, peranan yang dihargai oleh semua pihak berkepentingan.

Semua modul ujian Trina Solar, termasuk modul jenis-p serta jenis-n, menunjukkan prestasi yang luar biasa baik dalam ujian-ujian seperti LID+LETID dan urutan tegasan mekanikal. Modul Vertex N 605W Trina Solar, yang menggabungkan teknologi i-TOPCon Termaju dan teknologi 210mm, menunjukkan prestasi terbaik dalam ujian DH dan PID. Modul ini amat serasi dengan penjejak, menawarkan kefleksibelan optimum dalam projek-projek berskala-utiliti pada rupa bumi paling rumit dan memaksimumkan nilai pelanggan dengan LCOE yang lebih rendah.

Di Ekspo Kuasa PV SNEC di Shanghai pada bulan Mei, Kevin Gibson, pengarah urusan PVEL, menyampaikan anugerah Pelaksana Terbaik kepada Trina Solar.

Kevin mengucapkan tahniah kepada syarikat ini atas prestasi cemerlang modul Vertex miliknya, terutamanya Vertex N 605W dan kerana kemunculanna dalam senarai Pelaksana Terbaik buat tahun kesembilan berturut-turut. Trina Solar diiktiraf sebagai Pelaksana Terbaik dalam hampir setiap kategori yang modulnya diuji.

Anugerah ini bukan sahaja mencerminkan kualiti modulnya, tetapi juga kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan seluruh dunia kepada mereka. Trina Solar diiktiraf di tempat-tempat lain atas prestasi produknya yang cemerlang, inovasi teknologi dan keupayaan menjana keuntungan (bankability) yang tinggi, diberikan penarafan keupayaan menjana keuntungan 100% selama tujuh tahun berturut-turut oleh BNEF dan diberi penarafan AAA, iaitu penarafan tertinggi dalam laporan Penilaian Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) Teknologi Modul oleh PV-Tech.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards Survey, Polls & Research