omniture

HONOR Bekerjasama dengan Artis AIGC Kongsi Aura HONOR 90 Akan Datang

HONOR
2023-06-22 21:22 47

Karya Seni Baru Dikeluarkan Diinspirasikan oleh reka bentuk HONOR 90 dengan Berlian dan Zamrud

SHENZHEN, China, 22 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini memperkenalkan satu siri karya seni imej daripada kolaborasi baharu yang menarik bersama artis British AIGC, Christian Venables. Diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk HONOR 90, Venables mengintegrasikan warna dan unsur penutup belakang HONOR 90 ke dalam reka bentuk seni beliau melalui alatan AI. Selepas mengoptimumkan dari perspektif artis, HONOR dan Venables menghasilkan siri karya seni yang dijana oleh AI dengan aura yang baik.


Menggambarkan suasana musim panas yang menggembirakan, karya seni yang menakjubkan ini dihasilkan oleh artis kreatif British Christian Venables, diinspirasikan oleh reka bentuk kombinasi warna Perak Berlian dan Hijau Zamrud HONOR 90 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat di seluruh dunia. Kemudian, Venables menggunakan kuasa AI untuk mencipta karya seni unik yang mengabadikan aura peranti ini dengan sempurna.

"Saya berasa gembira dapat berkongsi karya seni ini bersama dunia," ulas Christian Venables, artis dan pengarah CSV Studio. "Saya telahpun melihat sekilas pada telefon pintar baharu daripada HONOR. Ia memiliki reka bentuk yang cantik, yang memberikan warna-warni yang beraneka untuk dimanfaatkan apabila menggunakan alatan AI kreatif bagi menghasilkan karya seni."

HONOR 90 yang akan datang bakal menjadi telefon pintar yang sempurna untuk generasi muda, dengan reka bentuk dan ciri-ciri kamera yang menjadikannya alat terbaik untuk anda mencipta, menangkap dan Share Your Vibe (Berkongsi Aura Anda). Karya seni yang dijana oleh AI daripada HONOR dan Christian Venables menukar idea ini dengan cara yang baharu, menggunakan kecerdasan buatan untuk mencipta, menangkap dan berkongsi aura peranti yang akan datang dan itulah yang benar-benar ingin diekspresikan oleh HONOR 90: Aura (Vibe) merupakan cap jari peribadi, berbeza dan tidak boleh ditukar ganti. Semua orang memerlukan rakan kongsi untuk mencipta, berkongsi dan memberi inspirasi, menjadikannya amat mudah untuk aura positif menyerlah. HONOR 90 adalah lebih daripada sekadar peranti, ia memperkasa orang ramai untuk mengabadikan keindahan sebenar di sekeliling mereka, mengekspresikan keaslian, keghairahan dan pengalaman mereka yang menjadikan siapa diri mereka.


Dalam trend pembangunan AI yang pesat, tahun ini HONOR Talents Global Design Awards (https://www.hihonor.com/global/honor-talents/global-design-awards) menggalakkan anak muda untuk mencipta hasil seni dengan perisian kecerdasan buatan. Peraduan tersebut merangkumi sehingga 10 AIGC Innovation Awards dan merupakan peraduan reka bentuk pertama dalam industri terminal pintar yang memperkenalkan karya seni AIGC. Ini merupakan satu lagi contoh HONOR memperkasa anak muda untuk meneruskan usaha mereka mengejar kecemerlangan dalam bidang teknologi, kesenian dan kemanusiaan.

Lihat karya seni AIGC di https://www.instagram.com/p/CtgWKINLg3P/. Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam acara akan datang, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 6 Julai.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/

https://twitter.com/Honorglobal

https://www.instagram.com/honorglobal/

http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

 

 

 

Source: HONOR
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications New products/services