omniture

bioCSL menyokong usaha kesihatan awam di Laos dengan menyumbang lebih 700,000 dos vaksin influenza bermusim

bioCSL Inc.
2014-04-29 00:49 137

-- Penyertaan dalam kolaborasi awam-swasta yang inovatif membantu menambah baik infrastruktur pemvaksinan serta mengembangkan jangkauan pesakit di negara rakan kongsi

KING OF PRUSSIA, Pennsylvania, 29 April 2014 /PRNewswire/ -- bioCSL, dahulunya dikenali sebagai CSL Biotherapies, telah mengumumkan sumbangan lebih 700,000 dos vaksin influenza kepada Perkongsian bagi Pengenalan Vaksin Influenza, program yang inovatif – dipelopori Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) dan juga Pasukan Petugas Kesihatan Global (TFGH) – yang membantu negara berpendapatan rendah dan negara berpendapatan sederhana mengurangkan kadar morbiditi dan kadar kematian akibat influenza. Program ini membantu negara berkelayakan mencipta dan turut mengembangkan infrastruktur program pemvaksinan awam dalam lingkungan sempadan mereka. Tahun ini menandakan tahun kedua berturut-turut bioCSL telah menderma vaksin kepada program itu.

"Influenza ialah jangkitan virus biasa yang kadangkala boleh mengakibatkan komplikasi serius," kata Marie Mazur, Presiden, bioCSL Inc. "Oleh sebab itu, vaksin influenza benar-benar perlu disediakan untuk semua orang – terutamanya di kawasan tanpa sistem penjagaan kesihatan yang mantap bagi membantu pemerolehan dan juga pengedaran vaksin itu. Perkongsian ini dengan aktifnya sedang menangani keperluan ini pada skala yang besar. Kami di bioCSL berbesar hati untuk bekerjasama dalam usaha ini bagi tahun kedua berturut-turut dengan mendermakan vaksin kami dalam jumlah yang signifikan."

Influenza, yang biasa dipanggil "selesema", mengakibatkan lebih 49,000 kematian setiap tahun di AS, dan puluhan ribu lagi kematian di seluruh dunia, kebanyakannya dalam kalangan populasi berisiko tinggi, yang melibatkan warga berusia, mereka dengan penyakit sedia ada seperti lelah dan kencing manis, serta wanita mengandung. Penyakit ini juga sering merupakan punca kemasukan ke hospital akibat pneumonia dan komplikasi kesihatan lain yang mengancam nyawa.

Menurut CDC, kajian telah menunjukkan pemvaksinan ialah cara yang terbaik untuk setiap individu mengurangkan risiko menghidap influenza. Perkongsian bagi Pengenalan Vaksin Influenza bermula sebagai program pengenalan di Laos pada tahun 2011, sebelum memenangi Anugerah Pengarah CDC untuk Inovasi dan telah berkembang setiap tahun sejak itu, dengan menambah rakan kongsi baharu, negara baharu serta populasi pesakit tambahan. Ekoran impak signifikan daripada usaha ini, beberapa negara lain telah memohon untuk menyertainya.

"Kempen pemvaksinan tahun ini di Laos tidak mungkin dapat dijalankan tanpa derma vaksin influenza yang disediakan oleh organisasi swasta," kata Dr. Joseph Bresee, Ketua Cawangan Epidemiologi dan Pencegahan dalam Divisyen Influenza CDC. "Sumbangan penderma swasta membenarkan negara berkelayakan menetapkan dan turut mengembangkan program pemvaksinan influenza tahunan mereka sendiri dengan bimbingan CDC, Pasukan Petugas Kesihatan Global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan juga rakan kongsi kesihatan awam lain. Pendek kata, sumbangan vaksin adalah sangat kritikal terhadap misi itu."

Menurut CDC, wabak influenza cenderung untuk mengikuti corak bermusim tetap, yang berbeza mengikut geografi berlainan. Musim influenza di Laos bermula kira-kira pada bulan Jun, lalu menjadikan sumbangan bioCSL tiba tepat pada masanya. Syarikat itu menyatakan bekalan akan mula dihantar tidak lama lagi.

Latar belakang bioCSL Inc.
bioCSL Inc., yang terletak di King of Prussia, Pennsylvania, ialah ibu pejabat bioCSL di Amerika Syarikat. Syarikat induknya, CSL Limited, telah mengeluarkan vaksin influenza di kemudahannya di Melbourne, Australia, sejak tahun 1968. CSL Limited telah membuat pelaburan sebanyak $60 juta (USD) dalam loji dan peralatan bagi menggandakan kemampuan di kemudahannya di Melbourne, lalu menjadikannya salah satu kemudahan pengeluaran vaksin terbesar di dunia. Vaksin influenza berjenama CSL diperakui di 28 negara. Di bioCSL Inc., menyediakan vaksin ialah misi kami, melindungi nyawa ialah tujuan utama kami. CSL Group, yang turut merangkumi CSL Research & Development, CSL Plasma, serta CSL Behring, mempunyai lebih 11,000 kakitangan pada peringkat global dan beroperasi di 26 negara seluruh dunia.

Maklumat perhubungan media:
Sheila Burke
bioCSL
+1-610-290-7403

Source: bioCSL Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility