omniture

The Marini's Group - sedekad dalam perniagaan

The Marini's Group
2023-06-23 15:21 194

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Cavaliere Modesto Marini, pengasas The Marini's Group, telah melalui perjalanan kulinari yang luar biasa selama hampir tiga dekad lamanya. Kecintaan pengusaha restoran ini terhadap makanan dan masakan menyaksikan beliau mencipta jenama-jenama mewah pemenang anugerah dalam industri makan dan hiburan Malaysia.

Marini's on 57 Restaurant
Marini's on 57 Restaurant

Salah seorang usahawan makanan dan minuman (F&B) utama Asia, Cav. Marini baru-baru ini memenangi anugerah "Usahawan Elit Terbaik Tahunan" HAPA® sementara restoran-restoran beliau memperoleh 11 anugerah industri.

"The Marini's Group meletakkan kepentingan yang tinggi untuk memahami keperluan pelanggan kami dan kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan tetamu kami menikmati pengalaman menjamu selera, hiburan dan perkhidmatan yang berkualiti di restoran kami," kata Cav. Marini.

"Kami percaya dalam usaha meningkatkan jenama-jenama kami melalui inovasi yang berterusan dan kreativiti dalam segenap aspek. Kami tetap komited untuk menyajikan makanan lazat untuk dinikmati oleh tetamu dan tahap hospitaliti yang tiada tandingan bagi menjamin pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan," tambah beliau.

The Marini's Group berbangga dengan jenama-jenama F&B serta hiburannya untuk khalayak yang berbeza – Marini's on 57, Marble 8, M Marini Grand Caffè & Terrazza, MariGin Gin Bar dan Maristar. Setiap outlet menawarkan pengalaman menjamu selera dan sensori yang unik.

Marini's on 57 pemenang pelbagai anugerah ialah sebuah destinasi atas bumbung ikonik dengan bar atas bumbung, ruang istirahat wiski dan restoran Itali kontemporari. Terletak di Tingkat 57, Menara Petronas 3, ia memiliki pemandangan dari dekat Menara Berkembar Petronas dan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur. Baru-baru ini, Marini's on 57 meraikan sedekad yang tidak dapat dilupakan dengan makanan yang enak, wain mewah serta peneman yang menghiburkan, menganjurkan syif dan parti tetamu pelayan bar serta pertandingan pelayan bar yang akan kembali lewat tahun ini.

Marble 8 ialah restoran stik unggul Kuala Lumpur yang pakar dalam daging lembu kering, terletak satu tingkat di bawah Marini's on 57. Restoran Michelin Select ini menyajikan potongan khas Wagyu dan Angus premium yang dikendalikan di bilik penuaan kering (dry-aging) yang dibina khas milik mereka sendiri. Marble 8 menyambut ulang tahun ke-10 pada tahun hadapan.

Maristar di The Starhill, Jalan Bukit Bintang, ialah bar makanan laut kaviar dan ruang rehat fesyen yang menawarkan hidangan kaviar dekaden serta makanan laut yang lazat dan sebuah kelab dengan hiburan malam bertema harian.

M Marini Grand Caffè & Terrazza yang elegan di One KL ialah sebuah perniagaan champagne, kaviar dan kopi yang turut menyajikan makanan tempatan dan Itali yang lazat serta minuman yang menyegarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang The Marini's Group, kunjungi www.marinisgroup.com.

 

Marble 8
Marble 8

 

M Marini Grand Caffè & Terrazza
M Marini Grand Caffè & Terrazza

 

Source: The Marini's Group
Keywords: Beverages Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Travel Awards