omniture

Toshiba TV X9900L, Direka Bentuk untuk Bawakan Keseronokan Audio-visual Mempesonakan

Toshiba TV
2023-06-23 18:27 54

HONG KONG, 23 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, pelancaran televisyen OLED Toshiba TV X9900L yang canggih menunjukkan bukti kepada kedua-dua ketukangannya tegar dan reka bentuk yang estetik. Sejajar dengan hal itu, Toshiba TV mengumumkan perjalanan menarik kembali ke masa lalu menerusi kempen #theMemories yang membangkitkan daya tarikan berskala global yang mengagumkan.


Kempen berkenaan bertujuan untuk menggabungjalinkan kesederhanaan dan pesona era dahulu dengan inovasi televisyen moden yang dinamik. Semasa pelancarannya, musim kempen berkenaan menggabungkan gelombang nostalgia dengan siri kuiz bertema 90-an pada platform media sosial Toshiba TV.

Sejak itu, kempen #theMemories dan Toshiba TV X9900L mendapat pujian daripada pengikut dan pelanggan yang menyifatkan gabungan tersebut sebagai inisiatif Toshiba TV yang hebat dan terbaik. Ini sesuai untuk Toshiba TV X9900L sebagai sorotan penting kempen berkenaan dan satu inovasi yang direkayasa dengan pemahaman terhadap psikoakustik; menjanjikan pengalaman audio-visual yang tiada tandingan menerusi ciri-ciri termajunya yang mengagumkan. Kesemua ini telah dipuji oleh pelanggan kerana "menjadikan warna-warna terang lebih cerah" dan "kualiti audio paling jelas."

Teknologi bunyi keliling REGZA 3.1.2 daripada Toshiba TV menawarkan pengalaman sonik yang mengasyikkan kepada model X9900L, meletakkan penonton di tengah-tengah aksi bunyi, sama ada filem, permainan video atau muzik.

Disokong oleh teknologi pemetaan Tru Color yang menyampaikan imej pada-skrin dengan kecerahan warna dan kedalaman yang dipertingkat, bagi memastikan perincian yang mengagumkan. Turut disertakan dalam tawaran luar biasa X9900L ialah REGZA Engine OLED yang membolehkan setiap piksel memancarkan cahayanya secara bebas, bagi menyediakan kontras dan ketepatan warna yang tiada tandingan.

X9900L OLED TV merupakan satu lagi bukti komitmen berterusan Toshiba TV untuk mengintegrasikan reka bentuk, teknologi dan prestasi bagi menawarkan pengalaman tontonan yang tiada tandingan. Secara signifikan, Toshiba TV X9900L menonjolkan semangat kempen #theMemories dengan menetapkan standard baharu untuk sistem hiburan rumah.

Latar Belakang Toshiba TV 

Toshiba TV memiliki sejarah selama 71 tahun dalam pengeluaran TV. Dengan DNA yang kukuh dalam ciptaan dan idea inovatif, Toshiba TV telah menghasilkan banyak TV dengan ciri-ciri yang pertama di dunia. Toshiba TV menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan gaya tontonan baharu kepada ramai orang di seluruh dunia melalui kualiti imejnya yang tinggi.

Untuk butiran lanjut, nantikan perkembangan melalui Toshiba TV pada Facebook, Instagram, Twitter, YouTube.

Source: Toshiba TV
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Retail Television New products/services