omniture

Kempen 'Climate x' 2023 Dinaik Taraf untuk COP28

Global Alliance of Universities on Climate
2023-06-23 18:31 70

DUBAI, UAE, 23 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Global Alliance of Universities on Climate (GAUC), dengan perkongsian strategik bersama UNESCO dan Asian Universities Alliance (AUA), menaik taraf Kempen 'Climate x' yang dimulakan olehnya tahun lalu untuk menyumbang kepada kemajuan tadbir urus iklim global dan kejayaan Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) 2023.

The ‘Climate x’ Campaign 2023
The ‘Climate x’ Campaign 2023

Kempen tersebut bertujuan untuk menggerakkan pelbagai pihak berkepentingan global untuk memupuk pemimpin iklim masa depan, dengan tumpuan khusus pada perspektif sinergistik antara perubahan iklim dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB yang lain. Program Latihan Kepimpinan 'Climate x' (Latihan 'Climate x') yang merupakan program utama yang pertama dalam Kempen itu, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia global. Hanya dalam tempoh seminggu, lebih 1,000 pelajar kolej dari lebih 70 negara dan wilayah telah memohon. Portal permohonan akan kekal dibuka di http://climatexleadership.gauc.net/ hingga 30 Jun.

"Tindakan dan sumbangan yang inovatif daripada anak muda untuk menggalakkan keneutralan karbon, menangani perubahan iklim dan mencapai SDG adalah luar biasa," kata Shahbaz Khan, Pengarah Pejabat Serantau Berbilang-sektor UNESCO untuk Asia Timur dan Wakil ke China, DPRK, Jepun, Mongolia dan ROK di majlis pelancaran Latihan 'Climate x'. "Organisasi antarabangsa, pakatan institusi pendidikan, penggubal dasar dan sektor swasta harus saling bekerjasama untuk menyediakan platform global buat mereka agar bakat mereka dapat diserlahkan, suara mereka dapat didengari dan tindakan mereka dapat dilihat."

Anjakan paradigma

Sebagai cabaran yang wujud, perubahan iklim saling berkait rapat dengan semua Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB yang lain dan memberi impak yang membawa perubahan merentas sektor-sektor sosial dan ekonomi. Peralihan ke arah ekonomi neutral-karbon merupakan satu anjakan paradigma yang akan melahirkan model pembangunan baharu.

Seperti yang ditunjukkan oleh temanya, Kempen 'Climate x' menekankan sinergi antara perubahan iklim dan SDG lain serta membawakan struktur tiga dimensi untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan yang paling luas. Di peringkat kebangsaan, Latihan itu bertujuan untuk memupuk pemimpin iklim masa depan. Pada skala serantau, Forum Perubahan Iklim Serantau bertujuan untuk menggalakkan kolaborasi akademik yang lebih luas. Di peringkat antarabangsa pula, Minggu Iklim Belia Global, satu mekanisme serba baharu yang dimulakan secara bersama oleh GAUC dan rakan-rakan kongsi globalnya, adalah untuk memperkukuh tindakan iklim belia di seluruh dunia.

Hasil daripada kekuatan kolektif universiti-universiti anggota GAUC dan sokongan padu daripada rakan-rakan kongsi globalnya, Kempen 'Climate x' yang pertama meraih kejayaan yang signifikan. Ia memupuk 100 orang pelajar muda daripada universiti-universiti anggota GAUC untuk memimpin tindakan iklim, menggerakkan lebih 40 universiti di seluruh Afrika menjelang COP27 di Mesir dan menarik minat lebih 100 pihak berkepentingan yang pelbagai di 6 benua untuk menyokong tindakan iklim belia. Di Persidangan Perubahan Iklim PBB 2022 (COP27), wakil-wakil pelajar yang dipilih daripada latihan menulis sepucuk surat terbuka kepada pemimpin-pemimpin iklim global di Sharm el Sheikh dan menyerahkannya sendiri kepada 5 ketua negara kebangsaan, 14 menteri dari 11 negara dan dua belas delegasi kerajaan.

Membangun berdasarkan kejayaan tahun lalu, Kempen 2023 akan berpegang kepada misi dan strukturnya di samping meningkatkan lagi keterangkuman dan impak.

U28 untuk COP28

Memandangkan COP28 akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE), GAUC telah menjalin perkongsian yang strategik dengan Asian Universities Alliance (AUA), yang terdiri daripada 15 universiti anggota di seluruh Asia.

Dengan University of Tokyo dan Tsinghua University menjadi ahli kedua-dua pakatan, perkongsian ini menghimpunkan sumber pendidikan dan akademik daripada 28 universiti di seluruh dunia, dengan tumpuan khas kepada Asia. Semasa berlangsungnya Kempen itu, universiti-universiti anggota daripada kedua-dua pakatan akan berkolaborasi untuk menyediakan kursus-kursus dalam talian antara disiplin untuk Latihan 'Climate x'. Tambahan pula, mereka akan bekerjasama erat untuk meningkatkan kesedaran global terhadap cabaran iklim Asia dan untuk menggerakkan jaringan institusi pengajian tinggi di seluruh benua ini untuk melaksanakan usaha iklim penentu menjelang dan selepas COP28.

Selain daripada kolaborasi yang diperluaskan dalam sektor pengajian tinggi, Kempen berkenaan turut menyaksikan sokongan yang lebih padu daripada rakan-rakan kongsi global merentas pelbagai industri, termasuk UNESCO, UNITAR dan Arab Youth Council on Climate Change, antara lain.

Latih Pelatih

Bagi memperkasa lebih ramai individu muda dan membolehkan mereka menerima peluang yang dibawakan oleh anjakan paradigma dan memimpin inisiatif iklim masa depan, Latihan 'Climate x' 2023 dibuka kepada pelajar kolej seluruh dunia.

"Belia merupakan tulang belakang masa depan sifar-bersih. Latihan 'Climate x' diwujudkan untuk membantu mereka menggalas tanggungjawab yang bersejarah ini," kata Dr. WANG Binbin, Setiausaha Agung Eksekutif GAUC. "Ia akan menyampaikan pengetahuan akademik, meluaskan perspektif global mereka dan memperdalam pemahaman mereka tentang tadbir urus iklim global. Tambahan pula, kami berharap ia dapat menjadi cahaya panduan, memudahkan perjalanan mereka menuju pencapaian hasrat sendiri."

Menampilkan pendekatan 'Latih Pelatih' dalam modul "1+3", program latihan itu dikhususkan untuk memperkasa pelajar untuk beralih daripada menjadi pelajar ilmu pengetahuan iklim kepada menjadi pemimpin tindakan iklim. Modul tersebut dibahagikan kepada dua bahagian: "1" mewakili kerja kursus dalam talian yang berlangsung selama sebulan pada Julai, manakala "3" melambangkan tiga acara hibrid yang harus dianjurkan oleh pelajar berdaftar dari Ogos hingga November.

Sebagai bahagian penting dalam Kempen 'Climate x', Minggu Iklim Belia Global 2023, dijadualkan berlangsung mulai 20 hingga 24 November tahun ini, akan menyediakan platform untuk semua peserta latihan mempersembahkan acara ketiga mereka dan membawa tindakan iklim pelajar kolej ke arena antarabangsa.

Source: Global Alliance of Universities on Climate
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Environmental Issues