omniture

DAHON Perkenal Rangkaian Kenderaan Elektrik Terkini Di Eurobike

DAHON
2023-06-23 18:37 22

Peneraju teknologi basikal lipat memperkenalkan barisan blokbuster dengan basikal enjin elektrik & moped baharu

FRANKFURT, Jerman, 23 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pelopor basikal lipat, DAHON, mencetuskan gelombang di Eurobike, salah sebuah acara yang paling penting dalam kalender berbasikal. Tahun ini, DAHON melanjutkan rangkaian produk semasanya dengan moped, motosikal dan basikal elektrik mesra alam untuk memacu lebih ramai orang menuju mobiliti hijau. Mulai 21-25 Jun di Dewan 9, A15, Messe Frankfurt, para hadirin Eurobike boleh melihat inovasi terbaru daripada DAHON dan menunggang e-basikal bagi mengujinya di kawasan Demo Terbuka F10, E.08.

DAHON Booth @ Hall 9, A15
DAHON Booth @ Hall 9, A15

Barisan Blokbuster DAHON di Reruai dan Trek Ujian

DAHON melancarkan barisan global kategori moped elektrik tak berlipatnya menerusi E-F9 dan EG-1. Basikal terkenal pecutan E-F9 dapat mencapai kelajuan maksimum 80km/j, dengan jarak 50-100 km bagi cas penuh. EG-1 ialah model yang lebih kecil dan lebih kompak, yang menempuh perjalanan dengan kualiti, ia dapat mencapai jarak maksimum 45km dan menggunakan kurang kuasa bagi setiap pengecasan, iaitu hanya menggunakan 1.42kw.

DAHON E-mopeds
DAHON E-mopeds

Berserta portfolio e-moped baharunya, DAHON mempamerkan aksesorinya yang terkni dan alat ganti dengan basikal lipat elektrik dan bukan elektriknya. Sorotan penting termasuk Cargoe T5, basikal kargo elektrik lancar yang dapat menampung berat sehingga 250 kg dan mengurangkan volumnya sebanyak 35% sebaik sahaja dilipat, serta Archer Pro yang tak terkalahkan, dilengkapi dengan kabel DELTEC yang revolusioner.

Evolusi reka bentuk terkini yang dipamerkan di reruai termasuk CURL D9, edisi khas berprestasi tinggi yang mempunyai lebih daripada 10 teknologi DAHON berpaten dan D-Alpha berinspirasi-retro yang memiliki rangka berbentuk berlian yang klasik dan tegap dengan rak berodanya sendiri bagi penyimpanan yang mudah.

Peminat boleh berkunjung ke kawasan Demo Terbuka F10 di Dewan 10, E.08 untuk mencuba Cargoe T5 dan produk-produk unggulan e-lipat yang lain seperti Unio E20 yang pantas, CURL Ei4 ultra-kompak, K-ONE Hub Drive berkuasa dan skuter bergaya ES-2.

Teknologi Perintis untuk Diterokai oleh Pengunjung

Dipaparkan pada modul Archer Pro yang diketengahkan, pasukan DAHON teruja untuk mendemonstrasikan kabel DELTEC revolusioner, teknologi berpaten yang menambah baik basikal lipat rasuk tunggal dengan mengubah rangka basikal menjadi struktur segi tiga yang stabil. DELTEC dapat menampung berat maksimum bingkai, meningkatkan ketegaran bingkai sehingga 35%, lalu menghasilkan kecekapan mengayuh yang lebih baik dan kelajuan yang lebih pantas. DAHON akan melancarkan satu siri artikel saintifik yang menjelaskan bagaimana teknologi unik ini dapat meningkatkan prestasi basikal kemudiannya pada tahun 2023.

Pertemuan untuk Membincangkan Produk DAHON, Teknologi dan Peluang Perniagaan 

Pengunjung boleh singgah di reruai Dewan 9, A15 bagi menyaksikan inovasi terkini DAHON atau secara alternatifnya, emelkan kepada pasukan kami samantha@dahon.com dengan masa pilihan mereka untuk menempah pertemuan terlebih dahulu.

DAHON Product Line
DAHON Product Line

Memandang ke arah Masa Depan 

Penampilan Eurobike DAHON merupakan peluang terkini untuk jenama ini mengetengahkan komitmen padunya untuk terus mencipta kenderaan mesra alam untuk rangkaian pelanggan yang semakin luas di seluruh dunia. Menerusi penerokaannya baru-baru ini ke dalam pasaran baharu untuk memperkukuh era e-mobiliti, DAHON akan terus membina pencapaian perintisnya selama lebih 40 tahun, membantu lebih ramai penunggang menikmati perjalanan hijau demi sebuah planet yang lebih lestari.

Source: DAHON
Keywords: Retail Sports Sports Equipment & Accessories Transportation New products/services