YIWU, China, 29 April 2014 /PRNewswire/ -- Persidangan dan Pesta Teknologi Perusahaan Kecil & Sederhana APEC ke-8 (APEC-SMETC) akan diadakan bermula pada 19 hingga 22 Jun di Yiwu, China. APEC-SMETC merupakan salah satu acara utama yang diasaskan dan disokong oleh APEC, khusus untuk menyediakan platform bagi ahli APEC mempamerkan teknologi dan produk baharu. Acara tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama komunikasi teknologi dan ekonomi dalam kalangan Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) bagi membantu mereka mencapai kemajuan pada peringkat antarabangsa.
APEC-SMETC ke-8 ini akan terus mendukung tema "teknologi menggalakkan ekonomi, kerjasama membentuk masa depan" bagi mempamerkan produk dan teknologi baharu oleh SME di rantau itu serta kejayaan dalam pembangunan platform perkhidmatan awam dalam kalangan negara ahli ekonomi APEC. Pihak jawatankuasa penganjur persidangan ini merancang untuk menyediakan 1,200 gerai pameran dengan paparan yang bertumpu terhadap peralatan elektronik, kelengkapan teknologi canggih, reka bentuk perindustrian, e-dagang, logistik pintar, platform perkhidmatan awam serta beberapa produk dan inovasi terbaharu yang terbaik hasil ciptaan SME yang terlibat.
Berbanding sesi sebelum ini, APEC-SMETC semasa akan lebih memberikan penekanan terhadap keperluan SME dan isu yang dihadapi oleh mereka dalam negara ahli ekonomi, serta inovasi teknologi dan pertukaran teknologi, dengan tujuan melakukan proses pengkomersilan, perindustrian dan juga globalisasi terhadap penemuan saintifik serta penemuan teknologi. Kesemua 1,200 gerai pameran itu telah pun ditempah -- lebih 400 gerai tersebut telah pun ditempah oleh organisasi bukan APEC.
APEC-SMETC ke-8 turut melibatkan mesyuarat pertukaran teknologi SME bertemakan "Memacu Transformasi Perindustrian menerusi Inovasi Teknologi." Mesyuarat berkenaan akan membincangkan isu semasa yang dihadapi oleh SME, memadankan sumber teknologi yang boleh didapati di negara APEC serta pada peringkat global dengan sumber teknologi SME APEC dan turut meningkatkan kehadiran pasaran serta menggalakkan kemajuan mereka dalam APEC. Bagi menggalakkan inovasi teknologi dalam kalangan SME di rantau Asia Pasifik pula, ahli jawatankuasa penganjur APEC-SMETC ke-8 akan menyampaikan "Anugerah Inovasi Teknologi SME APEC."
Yiwu merupakan lokasi bagi APEC-SMETC ke-8 ini. Sebagai pusat membeli barangan pengguna terbesar di dunia, bandar ini menempatkan kelompok industri besar yang terdiri daripada perniagaan kecil yang berurusan dengan pelbagai komoditi bagi memupuk rangkaian industri berskala besar. Yiwu telah menjalin hubungan dagangan bersama lebih 219 negara dan juga wilayah. Lebih 500,000 ahli perniagaan dari seluruh dunia akan singgah ke Yiwu pada setiap tahun.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Peserta Pameran
En. Kong
+86-571-8800-2833 SAMB 815
gda2006@126.com
Pembeli
En. Zhao
+86-571-8800-2833 SAMB 816
gda2006@126.com