omniture

Toshiba dan Tenaga Nasional Berhad, akan Mempercepatkan Penggunaan Teknologi Penangkapan CO2 pada Loji Janakuasa Terma

Toshiba Energy Systems Solutions Corporation
2023-06-27 10:00 11

~ Menggalakkan Pembangunan Sumber Manusia untuk pengenalan CCS ~

KAWASAKI, Jepun, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation (selepas ini "Toshiba ESS") dan TNB Power Generation Sdn Bhd (selepas ini "TNB Genco"), subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti negara di Malaysia, bersetuju untuk terus berkolaborasi bagi pelaksanaan teknologi penangkapan CO2 pada  loji janakuasa terma di Malaysia. Kedua-dua syarikat akan mengadakan perbincangan dan memulakan pengenalan berskala-penuh tentang teknologi CCS pada loji janakuasa terma di Malaysia mulai September 2023, termasuk penerimaan jurutera-jurutera TNB Genco ke kemudahan-kemudahan Toshiba ESS.

Dengan peningkatan kesedaran alam sekitar di seluruh dunia, langkah-langkah pencegahan pemanasan global turut menjadi isu yang penting di Malaysia.

Perjanjian berkenaan akan menggalakkan pengenalan kepada peralatan penangkapan CO2 untuk unit yang menggunakan arang batu seperti Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East Power yang agak baru atau mana-mana loji janakuasa lain yang dimiliki oleh TNB Genco. Khususnya, mulai September tahun ini,  jurutera-jurutera TNB Genco akan mendapat latihan dan sokongan pembangunan kakitangan yang berkaitan dengan penyerahan dan operasi peralatan CCS di lokasi-lokasi yang berkaitan dalam kumpulan Toshiba ESS.

Sejak tahun 1968, Toshiba ESS telah menyerahkan 28 turbin wap berjumlah 6,752 MW kepada loji-loji janakuasa terma di Malaysia dan 4 turbin hidro berjumlah 108 MW kepada loji-loji janakuasa hidro. Daripada kesemua ini, 19 turbin wap yang berjumlah 4,461MW telahpun diserahkan kepada 4 loji janakuasa yang dimiliki oleh TNB dan TNB Genco.

Shinya Fujitsuka, Pengarah dan Naib Presiden Kanan Bahagian Sistem Kuasa di Toshiba ESS berkata, "Saya berasa gembira kerana kami telah menandatangani memorandum persefahaman ini yang akan membolehkan kami menyumbang kepada matlamat penyahkarbonan Malaysia dengan memanfaatkan kepakaran operasi TNB Genco dalam operasi loji janakuasa terma dan kepakaran Toshiba ESS dalam teknologi penangkapan CO2 yang telah diusahakan melalui projek-projek demonstrasi dan jaringan yang telah dibina olehnya di Malaysia. Kedua-dua syarikat ini bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan bagi pemasangan kemudahan penangkapan CO2 di loji-loji janakuasa terma di Malaysia dan seterusnya menyumbang kepada sasaran  penyahkarbonan negara ini."

*CCS: Penangkapan dan Penyimpanan Karbon Dioksida: Teknologi untuk menangkap dan menyimpan CO2 yang dilepaskan  daripada loji janakuasa terma, kilang, dsb.

<Foto daripada lawatan TNB Genco>

-Dato’ Indera Baharin, President and CEO of Tenaga Nasional Berhad, (Second from right)
-Dato’ Nor Azman, Managing Director of TNB Genco (Third from left) 
-Tadasu Yotsuyanagi, President and CEO of Toshiba Energy Systems and Solutions Corporation (Seated in the center)
-Dato’ Indera Baharin, President and CEO of Tenaga Nasional Berhad, (Second from right) -Dato’ Nor Azman, Managing Director of TNB Genco (Third from left) -Tadasu Yotsuyanagi, President and CEO of Toshiba Energy Systems and Solutions Corporation (Seated in the center)

<Contoh kemudahan CCS yang dibuat oleh Toshiba ESS> 

Ministry of the Environment - Omuta Mikawa CO2 capture Demonstration Plant
Ministry of the Environment - Omuta Mikawa CO2 capture Demonstration Plant

 

 

Source: Toshiba Energy Systems Solutions Corporation
Related Stocks:
OTC:TOSYY Tokyo:6502
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Utilities