omniture

TAGTHAi Lancar "Chiang Mai Pass": Pas Bandar Berbilang-tarikan Pertama-seumpamanya untuk Chiang Mai

Thai Digital Platform Social Enterprise Company Limited
2023-06-27 16:05 104

CHIANG MAI, Thailand, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- TAGTHAi ialah platform pelancongan nasional Thailand yang menghimpunkan perkhidmatan pelancongan yang komprehensif dan tiada tandingan. Platform ini, yang menyasarkan untuk memenuhi keperluan gaya hidup pengembara moden dan meningkatkan pelancongan digital dan gaya hidup, memperkenalkan "Chiang Mai Pass", pas bandar berbilang-tarikan pertama-seumpamanya untuk pelancong yang melawat Chiang Mai. Ia direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelancong, memaksimumkan kemudahan dan membimbing pengembara menuju pengalaman baharu. Pakej ini dibangunkan berdasarkan rangkaian yang terdiri daripada lebih 60 rakan kongsi, termasuk tempat tarikan pelancong & bengkel, restoran dan spa yang terkenal di bandar ini. Rangkaian yang mantap dan komprehensif ini menekankan statusnya sebagai platform pelancongan nasional yang bermatlamat untuk meningkatkan pelancongan dan menyokong perniagaan tempatan.

TAGTHAi Launches "Chiang Mai Pass": The Ultimate All-in-One Card for Unparalleled Travel Experiences
TAGTHAi Launches "Chiang Mai Pass": The Ultimate All-in-One Card for Unparalleled Travel Experiences

En. Kalin Sarasin, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Thai Digital Platform Social Enterprise Company Limited dan pengasas bersama aplikasi TAGTHAi berkata, "Platform pelancongan TAGTHAi telah menikmati kejayaan melalui pelancaran Bangkok Pass, Golf Pass dan ONESIAM Pass. Aplikasi ini menikmati lebih daripada 700,000 muat turun baik daripada pelancong Thai mahupun pelancong antarabangsa, lalu menekankan keupayaan TAGTHAi untuk memenuhi keperluan pelancong. Ini merupakan waktu yang sempurna untuk melancarkan "Chiang Mai Pass", pas bandar yang memudahkan pengalaman pelancongan yang lancar dan tanpa sentuh. Kad semua-dalam-satu untuk menjamu selera dan bersiar-siar ini menawarkan pelbagai pilihan yang disusun atur oleh penduduk tempatan supaya pelancong boleh memilih pengalaman dan destinasi yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Pelancong dijamin dapat menikmati perkhidmatan yang cemerlang, mudah dan memuaskan yang disediakan oleh 60 rakan kongsi kami di seluruh Chiang Mai."

TAGTHAi Launches "Chiang Mai Pass": The Ultimate All-in-One Card for Unparalleled Travel Experiences
TAGTHAi Launches "Chiang Mai Pass": The Ultimate All-in-One Card for Unparalleled Travel Experiences

"Selain daripada TAGTHAi yang memenuhi keperluan pelancong secara komprehensif dengan kad semua-dalam-satu, kami berharap penduduk tempatan dan perniagaan PKS akan menggunakan "Chiang Mai Pass" sebagai saluran pengedaran dan meluaskan kumpulan pelanggan pelancong antarabangsa mereka. Ia akan meningkatkan pendapatan mereka secara digital hasil daripada akses kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas dan pelbagai, yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat," kata En. Sarasin.

Pelancong boleh memuat turun aplikasi TAGTHAi melalui App Store dan Play Store. Chiang Mai TAGTHAi Pass boleh didapati pada harga 1,490 baht (biasa) dan 2,990 baht (premium). Nikmati diskaun sebanyak 100 baht dengan menggunakan kod promo CNX100 (terhad kepada 100 pelanggan pertama). Pelancong dan pengendali perniagaan yang berminat boleh mencari maklumat lanjut di https://www.tagthai.com atau mengikuti perkembangan terkini melalui akaun rasmi tagthai pada Facebook dan Instagram untuk mendapat akses kepada diskaun dan keistimewaan eksklusif.

 

Source: Thai Digital Platform Social Enterprise Company Limited
Keywords: Travel New products/services