omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Yubei Chongqing, Barat Daya China komited bina hab baharu untuk penerbangan antarabangsa

Xinhua Silk Road
2023-06-27 16:56 98

BEIJING, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Menetapkan kedudukan untuk membina saluran udara, darat-laut baharu serta hab pintu masuk penerbangan antarabangsa, Daerah Yubei, Perbandaran Chongqing, barat daya China, menggiatkan usaha untuk memajukan pembangunan industri lapangan terbang dan perdagangan asing, menggalakkan yang berpandukan inovasi serta pembinaan kluster lapangan terbang bertaraf dunia yang meliputi Chengdu dan Chongqing, menjadikan Chongqing sebagai pusat keempat bagi pembangunan penerbangan awam China.

The aerial photo shows a view of Chongqing Airport Economic Demonstration Zone in Yubei District in southwest China's Chongqing Municipality.
The aerial photo shows a view of Chongqing Airport Economic Demonstration Zone in Yubei District in southwest China's Chongqing Municipality.

Terletak di Daerah Yubei, Zon Demonstrasi Ekonomi Lapangan Terbang Chongqing telahpun diluluskan pada Oktober 2016 sebagai salah satu daripada dua zon demonstrasi ekonomi lapangan terbang negara pertama, dengan seluruh kawasan berkeluasan 147.48 kilometer persegi.

Daerah Yubei, sebagai wilayah ekonomi dan perindustrian utama Chongqing, merupakan perbatasan bagi keterbukaan dan pembangunan inovatif serta kawasan yang terkenal untuk pelaburan di Chongqing. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berpandukan strategi pembinaan bandar pembuatan dan bandar pintar, Yubei bersedia untuk mengoptimumkan selanjutnya dan menambah baik inovasinya dalam usaha untuk memberi jaminan kukuh kepada perusahaan dan meningkatkan persekitaran perniagaan.

Selain itu, industri pembuatan tempatan di Daerah Yubei telah membentuk rangkaian lengkap dan asas kukuh sementara penunjuk ekonomi utama seperti nilai keluaran industri melebihi-skala dan KDNK serantau telah disenaraikan di tempat pertama di Chongqing selama beberapa tahun berturut-turut.

Pada tahun 2022, industri-industri automobil dan elektronik di Daerah Yubei masing-masing telah mencapai nilai keluaran sebanyak 109.2 bilion yuan dan 176.4 bilion yuan, kedua-duanya menyumbang sebanyak satu perempat daripada Chongqing, lalu menjadikan Yubei sebagai pangkalan pembuatan automobil, pangkalan pengeluaran terminal pintar dan pangkalan eksport yang penting di Chongqing. Dalam tahun yang sama, jumlah volum import dan eksport di Daerah Yubei mencecah 192.34 bilion yuan dan pelaburan langsung asing (FDI) terpakai sebenar mencecah 281 juta dolar A.S.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334730.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Construction/Building Publishing/Information Service New products/services