omniture

Cloud4C Umum Bernard L'Allier, Bekas Pengarah Urusan Rackspace ASEAN dan India sebagai Presiden Jualan Baharu

Cloud4C
2023-06-27 21:35 36

SINGAPURA, 27 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Cloud4C, penyedia perkhidmatan terurus awan bertumpukan aplikasi yang terkemuka di dunia, mengumumkan pelantikan Bernard L'Allier sebagai Presiden Jualan baharu untuk Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Australia dan Vietnam. Seorang veteran dalam membina perniagaan awan dan teknologi di seluruh APAC, pelantikan beliau memberi penambahan kepada kehadiran kukuh dan kepercayaan jenama Cloud4C dalam kalangan perusahaan dan rakan kongsi di rantau ini.

Bernard L’Allier, President of Sales - ASEAN,Cloud4C
Bernard L’Allier, President of Sales - ASEAN,Cloud4C

Sridhar Pinnapureddy, Pengerusi & Pengarah Urusan, CtrlS & Cloud4C menyebut, ASEAN ialah kawasan tumpuan yang penting untuk Cloud4C. Rantau ini telahpun menjadi kawasan panas inovasi teknologi dan hal berkenaan hanya akan dipercepatkan dalam tahun-tahun akan datang. Penambahan Bernard kepada pasukan ini memperkukuh cita-cita pertumbuhan agresif kami dan visi untuk menyampaikan nilai perniagaan kalis risiko, tanpa gangguan kepada mana-mana perusahaan yang menggunakan awan, tanpa mengira saiz dan kerumitan operasi."

Deb Deep Sengupta, Presiden dan Ketua Pegawai Hasil Cloud4C menambah, "Bernard merupakan penambahan yang dialu-alukan kepada kehadiran yang telahpun kukuh yang kami miliki di rantau ASEAN. Dengan pengalaman dan pengetahuan beliau yang mendalam tentang rantau ini, kami percaya Bernard akan memacu fasa pertumbuhan yang seterusnya untuk Cloud4C sambil menyampaikan nilai transformasi kepada pelanggan kami.

Bernard menyertai Cloud4C daripada Rackspace, di mana beliau memimpin pertumbuhan Asia Tenggara dan India syarikat berkenaan, mengembangkan sebuah pasukan yang terdiri daripada 5 orang yang berpangkalan di Singapura kepada pasukan kukuh dengan 200 orang tatkala Rackspace mengambil kesempatan daripada pertumbuhan transformasi awan dan digital yang pesat di Asia.

Bernard berkata, saya teruja untuk menyertai Cloud4C, penyedia transformasi awan terkemuka dan rakan kongsi yang dipercayai oleh syarikat Fortune 500 dan pelanggan perusahaan merentas 26 negara. Keinginan terhadap inovasi yang berterusan dan hasil pelanggan yang luar biasa telah mewujudkan budaya yang hebat di sini dan ia memberikan kepada kami asas kukuh untuk membangun menuju fasa pertumbuhan kami yang seterusnya sebagai peneraju industri yang diiktiraf. Saya percaya bahawa AI, automasi dan transformasi digital akan memacu gelombang pertumbuhan seterusnya yang kukuh serta perubahan dalam industri awan dan Cloud4C berkedudukan amat baik untuk membantu pelanggan perusahaan serta rakan kongsi kami menjadi pemimpin perubahan.

Latar Belakang Cloud4C 

Cloud4C ialah penyedia perkhidmatan terurus awan bertumpukan aplikasi dan berpandukan automasi yang terkemuka dalam ekonomi yang mencapai pertumbuhan tinggi dan sektor yang berkembang pesat, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4000 perusahaan termasuk 60 syarikat multinasional Fortune 500 di 26 negara. Dilengkapi dengan 25 Pusat Kecemerlangan, lebih 2000 pakar berkemahiran dan pakar awan bertauliah, Cloud4C membantu dalam memindahkan, memodenkan dan mengurus landskap IT perusahaan misi kritikal secara hujung-ke-hujung merentas persekitaran awam, persendirian, hibrid dan berbilang awam patuh dalam-negara dalam SLA 99.95% tunggal hingga lapisan log masuk aplikasi. Cloud4C ialah Rakan Kongsi Perkhidmatan Tahap Termaju AWS, MSP Pakar Azure dan Rakan Kongsi Emas Microsoft, Rakan Kongsi Google Cloud Premium serta Rakan Kongsi Berdaftar Oracle Cloud dengan Kepakaran Penyedia Penjualan Awan dan Perkhidmatan Awan. Cloud4C juga merupakan pembekal global premium terkemuka di dunia untuk penyelesaian SAP S/4HANA, berjaya melaksanakan beratus-ratus transformasi SAP berskala besar, kompleks dan disesuaikan hingga kini.

 

 

 

Source: Cloud4C
Keywords: Computer/Electronics