omniture

Airbiquity Menyertai AWS Partner Network

Airbiquity
2023-06-28 00:00 0

Peneraju dalam Kemas Kini Perisian Melalui Udara untuk Kereta Terhubung Menyertai Inisiatif Jualan dan Pemasaran Strategik yang Memberi Tumpuan kepada OEM Kenderaan 2 Roda dan Peranti Lain yang Terhubung 

SEATTLE, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai Amazon Web Services (AWS) Partner Network (APN) untuk menjadikan perisian OTAmatic® Airbiquity tersedia kepada para pelanggan AWS. Dikenali kerana menyediakan sistem yang bergantung kepada perisian dan kemas kini komponen untuk kereta terhubung, inisiatif ini memperluaskan ketersediaan perisian Melalui Udara (OTA) Airbiquity kepada segmen peranti terhubung tambahan seperti motosikal dan skuter 2 roda, robot industri, peralatan perubatan dan lain-lain produk yang bernilai tinggi. Sebagai ahli APN, Airbiquity kini menyertai komuniti global AWS Partners yang memanfaatkan program, kepakaran dan sumber untuk membangun, memasar dan menjual tawaran pelanggan.

Airbiquity OTAmatic memanfaatkan kuasa AWS untuk menyampaikan kemas kini perisian OTA yang selamat di seluruh dunia dengan ketersediaan perkhidmatan yang dipertingkatkan dan kebolehskalaan. Airbiquity menggunakan model pengendalian awan berbilang penyewa untuk meningkatkan penghantaran perkhidmatan kepada berjuta-juta peranti di seluruh dunia sambil menguruskan kerumitan kemas kini perisian tunggal dan berbilang sasaran. Pengeluar peralatan asal (OEM) di seluruh dunia boleh mendapat manfaat daripada pendekatan ini dengan mengurangkan perbelanjaan penarikan balik, meningkatkan tindak balas keselamatan siber dan menyampaikan prestasi produk selepas jualan dan penambahbaikan ciri. Dengan lebih 25 tahun berinovasi, menyepadu, mengguna dan mengendalikan rangka kerja produk yang diedarkan di seluruh dunia, inisiatif ini mewujudkan suatu peluang yang menarik untuk industri mobiliti yang semakin meningkat dan berkembang. 

"Airbiquity mengetahui cara untuk membangun dan menggunakan OTAmatic pada AWS setelah melakukankannya syarikat kami dan para pelanggan kami," kata David Jumpa, Ketua Pegawai Hasil Airbiquity. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan AWS untuk menjangkau kumpulan pelanggan OEM yang lebih luas lagi yang ingin melaksanakan penyelesaian yang cekap, boleh dipercayai dan selamat untuk memastikan produk mereka sentiasa terkini dengan versi perisian terbaharu."

OTAmatic secara khusus memanfaatkan Elastic Load Balancing (ELB), Amazon Elastic Compute Cloud (Amazon EC2), Amazon Managed Streaming untuk Apache Kafka (Amazon MSK), Amazon Relational Database Service (Amazon RDS) dan Amazon CloudFront.

Sebagai ahli APN, Airbiquity menyertai rangkaian global yang terdiri daripada 100,000 rakan kongsi dari lebih 150 buah negara yang bekerjasama dengan AWS untuk menyediakan penyelesaian inovatif, menyelesaikan cabaran teknikal, memenangi perjanjian dan menyampaikan nilai kepada pelanggan bersama.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic, sila pergi ke sini.

Tentang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung dan perintis dalam pembangunan dan kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi automotif, Airbiquity membangunkan teknologi perisian kenderaan terhubung dan perkhidmatan awan yang paling maju dalam industri. Melalui kerjasama dengan Airbiquity, pembuat kereta dan pembekal automotif telah menggunakan program perkhidmatan kenderaan terhubung yang amat boleh diskala, boleh diurus dan selamat untuk berjuta-juta kenderaan di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbincangan di @Airbiquity.

Hubungan Media:
Frances Bigley
airbiquity@finnpartners.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/4137253/airbiquity_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements