omniture

University of Technology Sydney (UTS) tersenarai dalam 100 universiti terbaik seluruh dunia

University of Technology Sydney
2023-06-28 08:00 38

UTS terus mendaki kedudukan global QS bagi mengesahkan reputasinya sebagai salah sebuah universiti yang terkemuka di dunia

SYDNEY, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- University of Technology Sydney (UTS) telah memasuki senarai 100 universiti terbaik seluruh dunia, mendaki 47 kedudukan ke tangga ke-90 dalam QS World University Rankings global yang utama.

 

Bagi kedudukannya pada tahun 2024, pada mulanya QS menilai 2963 institusi sebelum menerbitkan 1500 universiti terunggul merentas lebih daripada 100 negara.

Naib Canselor dan Presiden UTS, Profesor Andrew Parfitt, berkata bahawa kedatangan universiti ini dalam senarai 100 teratas menonjolkan reputasinya sebagai salah sebuah universiti yang terkemuka di dunia.

"Kakitangan kami bersemangat untuk membawa perubahan yang positif di dunia melalui penyelidikan dan pengajaran mereka dan keputusan kedudukan ini mengiktiraf hal ini. Bagi mereka yang ingin belajar bersama kami, atau ingin menyertai kami dalam kolaborasi penyelidikan atau pengajaran, boleh berbuat demikian dengan penuh keyakinan bahawa mereka menyertai sebuah institusi akademik yang amat dipandang tinggi dan berprestasi tinggi."

Senarai kedudukan ini mengukur prestasi sesebuah universiti berdasarkan kepada pelbagai kriteria, seperti bilangan fakulti antarabangsa serta reputasi universiti dengan majikan dan dunia akademik.

Dalam bahagian yang terkini, kriteria ini telah dikemas kini untuk merangkumkan hasil pekerjaan untuk siswazah, jaringan antarabangsa serta kemampanan. QS berkata metodologi baharu itu bertindak balas kepada peralihan trend yang lebih luas dalam pendidikan dan masyarakat serta menumpukan perhatian kepada kebimbangan dan harapan pelajar serta institusi moden.

Bagi UTS, salah satu sebab terbesar bagi kenaikan kedudukan antarabangsanya sepanjang dekad yang lalu ialah tumpuannya ke atas kecemerlangan dan impak kajian, seperti yang diukur oleh petikan kajian setiap fakulti. Kini, UTS menduduki tempat ketiga di Australia bagi ukuran ini dan ke-52 di dunia.

"Pakar-pakar kami memimpin lapangan dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, reka bentuk kreatif dan teknologi, menyediakan penyelesaian untuk cabaran global seperti air bersih dan sanitasi, bandar lestari, kesihatan dan kesejahteraan serta tenaga boleh baharu. Usaha mereka telahpun memberi impak yang meluas ke atas masyarakat," kata Profesor Parfitt. 

University of Technology Sydney (UTS) ialah sebuah universiti teknologi terkemuka dan antara 100 universiti terunggul di dunia. UTS mempersiapkan pelajar untuk mendepani cabaran hari ini dan hari esok melalui pendekatannya yang berfokus masa depan terhadap pembelajaran dan penyelidikan. Kunjungi uts.edu.au untuk maklumat lanjut.

 

 

Source: University of Technology Sydney
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)