NEW DELHI, 30 April 2014 /PRNewswire/ --
Alami keindahan India melalui penjimatan luar biasa dan nilai yang tiada tandingan.
Mahukah anda menikmati percutian tanpa perlu menanggung perbelanjaan yang banyak? Itulah yang ditawarkan oleh Percutian Eksotik Oberoi – Istimewa Musim Panas untuk anda. Oberoi Hotels & Resorts melancarkan 'Percutian Eksotik Oberoi' – Istimewa Musim Panas iaitu tawaran untuk para tetamu mengalami hospitaliti lembut mesra yang disediakan oleh salah satu hotel terbaik di dunia ini. Nikmati penjimatan luar biasa sehingga 50 peratus berbanding harga pada musim puncak serta nilai yang tiada tandingan seperti bilik percuma untuk kanak-kanak, penjimatan untuk terapi spa, sesi yoga percuma dan banyak lagi. Di samping itu, kemudahan dan fleksibiliti lengkap untuk menyusun jadual perjalanan anda sendiri semestinya akan menjamin anda dapat menikmati pengalaman yang tidak akan dilupakan!
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140429/684141-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140429/684141-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140429/684141-c )
Bermula dengan keindahan ajaib Taj Mahal sehinggalah kepada kemeriahan suasana di Rajasthan, berserta harimau gagah dari Ranthambore kepada ketenangan pemandangan banjaran Himalaya, dengan bandar metropolis Mumbai yang luas sehinggalah seni bina kolonial di Delhi, para tetamu boleh membuat pilihan daripada pelbagai destinasi dengan jadual perjalanan yang telah dirancang dengan teliti ataupun menghasilkan jadual perjalanan sendiri.
Para tetamu juga dapat meluaskan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di India dengan melanjutkan percutian mereka ke Dubai. Dengan menerokai pusat membeli-belah paling besar di dunia, menikmati keindahan bangunan tertinggi di dunia ataupun mengalami kehidupan malam yang hebat, para tetamu dapat menikmati kehebatan terbaik di bandar emas ini ketika percutian mereka di The Oberoi, Dubai.
Oberoi Hotels & Resorts menawarkan pemandangan terhadap budaya yang hebat, monumen bersejarah serta landskap yang luar biasa. Disertakan dengan nilai keajaiban, setiap hotel Oberoi menawarkan perspektif yang asli dan tersendiri kepada para pengunjung terhadap bandar yang mereka lawati. Bermula dengan merasai hidangan tempatan yang lazat, menerokai tempat bersejarah dan turut menghargai kehebatan sejarah di setiap bandar, setiap hotel Oberoi membantu para tetamunya untuk memulakan perjalanan penerokaan menerusi jadual perjalanan yang disediakan.
'Percutian Eksotik Oberoi' menawarkan:
Boleh didapati di The Oberoi Amarvilas, Agra; The Oberoi Rajvilas, Jaipur; The Oberoi Udaivilas, Udaipur; The Oberoi Vanyavilas, Ranthambhore; Wildflower Hall, Shimla di Banjaran Himalaya; The Oberoi, New Delhi; The Oberoi, Gurgaon; The Oberoi Grand, Kolkata; The Oberoi, Bangalore, The Oberoi, Mumbai serta The Oberoi, Dubai, tawaran ini boleh diperoleh dengan harga istimewa iaitu INR.18, 500 untuk satu malam dengan tambahan cukai berkaitan. Tawaran ini juga adalah untuk penginapan minimum sehingga 6 malam dan adalah sah bermula pada 1 Mei hingga 30 September 2014.
Bagi membuat tempahan atau maklumat lanjut tentang tawaran tersebut, sila hubungi talian bebas tol 1800-11-2030 atau hantarkan e-mel kepada reservations@oberoigroup.com atau layari http://www.oberoihotels.com
Hubungi:
Silki Sehgal
Pengarah – Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Nombor telefon: +91-11-2389-0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com
Sumber: Oberoi Hotels & Resorts