omniture

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ RAIKAN SAINS KECERDASAN KULIT

Clé de Peau Beauté
2023-06-28 10:00 56

Sains penjagaan kulit revolusioner Clé de Peau Beauté, dialami dalam acara tiga-hari global yang turut mempersembahkan seni pemasangan AI imersif "Unseen Intelligence" oleh Refik Anadol

TOKYO, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan solekan mewah global SHISEIDO Group menganjurkan sebuah acara global di Tokyo, Jepun mulai 26-28 Jun 2023. Meraikan dan memperkenalkan pendekatan sains penjagaan kulit revolusionernya, "Kecerdasan Kulit" ("Skin Intelligence"), acara selama tiga hari itu melibatkan tetamu menerusi komitmen jenama ini yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan pendekatan berasaskan sains kepada kecantikan. Tetamu dari lebih 18 negara menyertai dua Duta Jenama Global Clé de Peau Beauté, Ella Balinska dan Diana Silvers. Shiseido Global Innovation Center di Yokohama menganjurkan pelancaran global yang eksklusif rangkaian gen kulit – divisualisasikan buat julung kalinya. Rangkaian ini terdiri daripada kolektif dalaman yang beroperasi secara bebas daripada rangkaian neuron yang memberi kuasa kepada otak. Acara berkenaan turut mempersembahkan buat julung kalinya kolaborasi berwawasan bersama artis media ternama Refik Anadol. Pemasangan imersif Anadol "Unseen Intelligence" ditempatkan di Tokyo Midtown, yang terletak di daerah Roppongi. Anadol membawakan pendekatan perintis beliau kepada naratif data untuk membayangkan dunia Kulit yang tersembunyi.

Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, disertai oleh Duta-duta Jenama Global Diana Silvers dan Ella Balinska serta artis media yang terkenal di peringkat antarabangsa Refik Anadol semasa pelancaran seni pemasangan beliau yang ditempah khas di Tokyo: Unseen Intelligence, diilhamkan daripada Sains Clé de Peau Beauté: Kecerdasan Kulit
Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, disertai oleh Duta-duta Jenama Global Diana Silvers dan Ella Balinska serta artis media yang terkenal di peringkat antarabangsa Refik Anadol semasa pelancaran seni pemasangan beliau yang ditempah khas di Tokyo: Unseen Intelligence, diilhamkan daripada Sains Clé de Peau Beauté: Kecerdasan Kulit

Sejak pelancaran jenama ini pada tahun 1982, Clé de Peau Beauté komited untuk meneruskan pemahaman yang lebih mendalam tentang Kecerdasan Kulit: keupayaan semula jadi kulit untuk membezakan antara rangsangan positif dan negatif bagi mengekalkan keadaan optimum pada peringkat epidermis. Clé de Peau Beauté membangunkan teknologi baharu yang menyokong kulit sebagai organ 'pemikir', meningkatkan keupayaan reparatif dan pertahanannya bagi memperkasa keupayaan semula jadinya terhadap penjagaan kendiri, pemangkin paling berkuasa untuk mencapai keserian kulit yang optimum.

Koleksi Key Radiance Care Clé de Peau Beauté, dirumuskan dengan Skin Empowering Illuminator untuk meningkatkan Kecerdasan Kulit: keupayaan semula jadi kulit untuk mengenali antara rangsangan positif dan negatif serta mencapai keserian optimum
Koleksi Key Radiance Care Clé de Peau Beauté, dirumuskan dengan Skin Empowering Illuminator untuk meningkatkan Kecerdasan Kulit: keupayaan semula jadi kulit untuk mengenali antara rangsangan positif dan negatif serta mencapai keserian optimum

Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté berkongsi: "Saya berbangga dapat menunjukkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi melalui Kecerdasan Kulit kepada pakar kecantikan di seluruh dunia. Dengan pendekatan penjagaan kulit unik kami, kami telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai perintis industri, lalu mentakrifkan semula masa depan penjagaan kulit. Saya teruja dengan kemungkinan tanpa had yang menanti di hadapan demi masa depan yang lebih cerah."

Kiyoshi Sato, Ketua Pegawai Teknologi Clé de Peau Beauté berkongsi: "Ia merupakan satu keistimewaan buat kami untuk mengalu-alukan begitu ramai pakar kecantikan dari serata dunia ke makmal kami, di mana buat julung kalinya, kami mendedahkan visualisasi rangkaian gen kulit yang berjaya, yang meningkatkan pemahaman kami terhadap kecerdasan bawaan kulit dengan ketara. Bagi meraikan pencapaian yang saintifik ini, kami kemudiannya menyediakan kluster data kepada Refik Anadol, yang menghidupkannya dengan kesenian beliau. Kami bersama-sama berupaya memperkenalkan sebuah dunia yang kami tahu wujud dan telah mencari bayangan sekilasnya setelah sekian lama."

Kiyoshi Sato,Ketua Pegawai Teknologi Clé de Peau Beauté dan Dr. Shinobu Nakanishi, Saintis Penyelidik di Clé de Peau Beauté Laboratory mempersembahkan visualisasi pertama rangkaian gen kulit, memaparkan kulit sebagai 'organ pemikir' yang beroperasi secara bebas daripada otak
Kiyoshi Sato,Ketua Pegawai Teknologi Clé de Peau Beauté dan Dr. Shinobu Nakanishi, Saintis Penyelidik di Clé de Peau Beauté Laboratory mempersembahkan visualisasi pertama rangkaian gen kulit, memaparkan kulit sebagai 'organ pemikir' yang beroperasi secara bebas daripada otak

Kolaborasi antara Refik Anadol dan Clé de Peau Beauté terhasil daripada cita-cita jenama ini untuk menghidupkan sistem autonomi tidak kelihatan bagi Kecerdasan Kulit dan mencipta pengalaman tidak boleh dilupakan yang mendidik dan memberi inspirasi kepada khalayak di serata dunia.

Artis Refik Anadol yang berkolaborasi mengulas: "Kolaborasi Refik Anadol Studio dengan Clé de Peau Beauté adalah berdasarkan kepada analogi unik antara kecerdasan kulit dan kecerdasan buatan dari perspektif untuk 'menjadikan yang ghaib dapat dilihat' – visi yang diusahakan oleh kami sejak penubuhan kami. Para saintis Clé de Peau Beauté mengkaji daya hidup yang tidak kelihatan - rangkaian ghaib daripada organ pemikir kita – kulit."

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul kemewahan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud 'kunci kepada kecantikan kulit'. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian seseorang dengan memanfaatkan teknologi solekan dan sains penjagaan kulit perintis. Selamanya dibimbing oleh kepekaan estetik yang hebat dan komitmen kepada inovasi, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, sains termaju dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri. Ia membantu menyampaikan keserian yang begitu luar biasa, ia terpancar dari dalam. Boleh didapati di 23 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Web Rasmi Clé de Peau Beauté : www.cledepeau-beaute.com
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: instagram.com/cledepeaubeaute

Latar Belakang Refik Anadol

Hasil kerja Refik Anadol menggunakan data sebagai material utama dan menggalakkan kita untuk memikirkan semula penglibatan kita dengan dunia fizikal, rangkaian terpencar, pengalaman kolektif dan potensi kreatif mesin. Arca data AI tapak tertentu, persembahan audiovisual secara langsung dan pemasangan persekitaran Anadol adalah tiada tandingan dalam bidang mereka dan telah dipamerkan di tempat-tempat berprestij di seluruh dunia, termasuk Centre Pompidou-Metz, Venice Architecture Biennale dan The Museum of Modern Art, New York.

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services