omniture

'EXPO Solar 2014', Pameran Fotovolta Global Sasarkan 3 Pasaran Utama Asia, China, Jepun dan Korea, Berlangsung di Korea Pada bulan September

EXPO Solar 2014 Exhibition Bureau
2014-04-30 19:30 149

-Akan menawarkan tempat jualan OEM secara terus kepada pasaran di China, Jepun dan juga Korea

-2,000 pembeli dijangka hadir dari Asia dan Timur Tengah

SEOUL, Korea Selatan, 30 April 2014 /PRNewswire/ -- Tepat pada masanya untuk era bekalan dan permintaan seimbang yang dijangkakan, EXPO Solar 2014 (www.exposolar.org) menyediakan peluang untuk memasuki pasaran fotovolta utama Asia, iaitu China, Jepun serta Korea. Acara ini akan diadakan selama 3 hari bermula pada 17 hingga 19 September di KINTEX, Korea, bersama kira-kira 300 syarikat dari 20 negara yang akan turut serta. Kira-kira 25,000 pengunjung dijangka akan hadir termasuk sejumlah besar pembeli dari luar negara.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140429/81562

EXPO Solar akan menawarkan peluang terbaik untuk jualan dan perundingan, jika dibandingkan dengan beberapa pameran sebegini yang diadakan di Asia pada tahun ini. Tahun lalu, sejumlah jualan yang bernilai $900 juta telah berjaya dilakukan dalam kalangan syarikat fotovolta yang menerajui di dunia yang turut serta seperti STX Solar dan Hanwha Q-Cells dari Korea, Schmid serta RENA dari Jerman, Nisshinbo dari Jepun, Tianwei New Energy Holdings dari China, dan juga Power-One dari A.S. Khususnya, bagi separuh ke-2 tahun ini iaitu ketika industri ini memasuki fasa perkembangan baharu, sejumlah besar panel suria global dan pembuat peralatan pengeluaran serta peneraju Korea akan mempamerkan produk mereka dengan harapan untuk merebut sedikit peluang pasaran fotovolta 10GW di Jepun.

EXPO Solar 2014 menjangkakan ramai pembeli dari negara pasaran baru muncul seperti India, Jordan, Mexico, Arab Saudi dan juga UAE serta dari Asia Tenggara, memandangkan sistem kuasa fotovolta semakin mendapat tempat di situ, berserta para pembeli daripada pasaran yang lebih mantap seperti China dan Amerika.

Seminar dan persidangan akan berlangsung secara serentak dengan Forum Dunia PV 2014. Hampir 30 pakar dari 10 negara akan menyampaikan pembentangan tentang arah aliran/prospek industri ini bagi tahun 2015 yang dijangka akan menjadi tahun cemerlang untuk industri ini.

Latar Belakang EXPO Solar:

EXPO Solar 2014 (www.exposolar.org) merupakan peluang sumber tunggal terbaik bagi capaian kepada pasaran fotovolta Korea & Asia serta perangkaian setara bersama pihak terlibat dari Asia. EXPO Solar 2014 akan diadakan pada 17 hingga 19 September 2014 di Pusat Pameran Antarabangsa Korea (KINTEX), Korea Selatan.

Bagi maklumat lanjut tentang EXPO Solar 2014, sila layari www.exposolar.org.

Source: EXPO Solar 2014 Exhibition Bureau
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news