SINGAPURA, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tianyu Information (300205.SZ) ("Tianyu" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar kad pintar dan terminal pembayaran yang terbesar di dunia, telahpun mempamerkan rangkaian luas produk kewangan dan produk komunikasi terkini olehnya di Seamless Asia 2023, sebuah pameran industri berprestij yang diadakan di Singapura pada 27 dan 28 Jun.
Dalam usaha untuk meluaskan kehadiran global Syarikat ini terutamanya di Asia, Tianyu mempamerkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan di pameran itu, termasuk kad pintar, terminal Tempat Jualan (POS) dan penyelesaian komunikasi.
Dengan kehadirannya di Seamless Asia, Tianyu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran terhadap produk dan perkhidmatannya antara rakan-rakan kongsi dan pihak-pihak berkepentingan berpotensi di rantau Asia-Pasifik. Hasil daripada ekonomi digital rantau ini berkembang maju, Syarikat ini telahpun bertapak kukuh di pelbagai negara di seluruh Asia.
"Pameran Seamless Asia 2023 membawakan peluang berharga untuk Tianyu mempersembahkan kemajuan teknologi terkini kami dan menjalin perkongsian yang baharu," kata Vincent Wu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Antarabangsa di Tianyu. "Dengan pengalaman selama lebih dua dekad menawarkan perkhidmatan untuk bank, institusi kewangan dan operator telekomunikasi, Tianyu komited untuk menyampaikan produk dan penyelesaian digital terbaik yang dapat memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang."
Tatkala wilayah ini terus menerajui inovasi digital, Tianyu tetap komited untuk memperdalam akar umbinya dan berkembang selanjutnya. Disenaraikan di Shenzhen, Tianyu Information memperoleh reputasi kerana menyampaikan produk dan penyelesaian digital yang canggih. Khususnya, Tianyu menduduki tempat keempat di peringkat global dari segi jumlah penghantaran terminal POS dan memegang kedudukan teratas di rantau Asia-Pasifik. Produk kad pintar daripada Syarikat ini juga tekal tersenarai antara 10 terbaik di peringkat global dari segi penghantaran.
Rekod prestasi Tianyu dalam pasaran Asia-Pasifik sudah cukup jelas. Syarikat ini menjalin perkongsian yang strategik dengan bank-bank nasional dan komersial utama di Indonesia, Laos, Nepal, Sri Lanka, India, Bangladesh dan sebagainya.
Sementara itu, terminal kewangan Tianyu, termasuk peranti POS dan QR, telahpun digunakan di Vietnam, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, India, Bangladesh dan Nepal. Syarikat ini mengekalkan pasukan sokongan tempatan yang berdedikasi di lokasi-lokasi ini bagi menjamin penggunaan dan khidmat pelanggan yang lancar.
Di samping itu, kad USIM Tianyu telah memperoleh daya tarikan, meliputi rangkaian yang luas, seperti Smartfren di Indonesia, U-Mobile di Malaysia, Smart Axiata di Kemboja dan banyak lagi. Syarikat ini turut menjalin perkongsian dengan operator-operator telekomunikasi utama di India dan Bangladesh, menerusi usaha yang berterusan untuk mengembangkan pasukan sokongan tempatan.