omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights™ untuk Tembok Api Rangkaian buat Tahun Ketiga Berturut-turut

Huawei
2023-06-28 19:08 116

SHENZHEN, China, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Huawei dinamakan Pilihan Pelanggan dalam "Suara Pelanggan untuk Tembok Api Rangkaian" ("Voice of the Customer for Network Firewalls") Gartner Peer Insights 2023, menandakan tahun ketiga berturut-turut ia menerima pengiktirafan ini. Dalam laporan berkenaan, Huawei menerima penarafan keseluruhan 5.0/5.0 bintang dan 99% kadar pengesyoran berdasarkan kepada 213 pengulas. Tambahan pula, Huawei menerima pengiktirafan untuk tembok apinya sebagai Pilihan Pelanggan dalam 7 segmen pasaran: Perusahaan Global (10B+ USD)/ Perusahaan Besar (1B - 10B USD)/ Perusahaan Bersaiz Sederhana (50M - 1B USD), industri pembuatan/perkhidmatan dan Asia Pasifik/Eropah, rantau Timur Tengah dan Afrika.  

Huawei Recognized as a Gartner Peer Insights™ Customers' Choice for Network Firewalls for Third Consecutive Years
Huawei Recognized as a Gartner Peer Insights™ Customers' Choice for Network Firewalls for Third Consecutive Years

"Ia merupakan satu penghormatan besar untuk Huawei dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan daripada Gartner Peer Insights pada tahun ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dari seluruh dunia atas ulasan dan cadangan mereka untuk tembok api Huawei. Setiap VOC mendorong kami untuk terus berinovasi dan melakar kejayaan. Pada masa akan datang, kami akan terus mendapat pandangan yang lebih mendalam tentang masalah utama dan keperluan pengguna, meningkatkan keupayaan produk dengan lebih banyak pelaburan dan menawarkan kepada pengguna dengan produk yang lebih terjamin dan pintar," kata Mike Ma, Presiden Domain Produk Sekuriti Huawei.

Sumber :

Gartner®, Voice of the Customer for Network Firewalls, Peer Contributors, 31 Mei 2023

Penafian:

1. Gartner® dan Peer Insights™ ialah tanda dagangan Gartner, Inc. dan/atau rakan-rakan sekutunya. Hak cipta terpelihara. Kandungan Gartner® Peer Insights™ merangkumi pendapat daripada pengguna akhir individu berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta, juga tidak mewakili pendapat Gartner atau rakan sekutunya. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam kandungan ini dan tidak memberi apa-apa jaminan, yang tersurat atau tersirat, berhubung kandungan ini, mengenai ketepatan atau kesempurnaannya, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu

2. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan kajian ini dan tidak menyarankan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan kajian Gartner merangkumi pendapat daripada organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan kajian ini termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

hwebgcomms@huawei. com

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards