omniture

Pharmadule Morimatsu dan WuXi Biologics Menjalin Perkongsian Strategik Global

Morimatsu LifeSciences
2023-06-28 20:35 41

SHANGHAI, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tanggal 26 Jun 2023, Pharmadule Morimatsu dan WuXi Biologics secara rasmi menjalin kerjasama strategik global untuk projek Singapore CRDMO Center WuXi Biologics.


Sebagai peneraju dalam bidang masing-masing, perkongsian yang strategik ini menandakan satu kejayaan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan perniagaan kedua-dua syarikat. Selain itu, ia merupakan langkah strategik dalam mendayakan pelanggan mereka di seluruh dunia. Melangkah ke hadapan, WuXi Biologics dan Pharmadule Morimatsu akan terus meninjau kerjasama yang selanjutnya dan mencari lebih banyak peluang kolaborasi di peringkat global.

Chris Chen, Ketua Pegawai Eksekutif WuXi Biologics (Kiri); En. Weihua Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Morimatsu LifeSciences (Kanan)
Chris Chen, Ketua Pegawai Eksekutif WuXi Biologics (Kiri); En. Weihua Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Morimatsu LifeSciences (Kanan)

WuXi Biologics ialah syarikat CRDMO global yang terkemuka. Memanfaatkan platform akses-terbukanya yang komprehensif, WuXi Biologics menyediakan perkhidmatan penyelidikan, pembangunan dan pembuatan hujung-ke-hujung untuk antibodi monoklon, bispesifik, ADC, vaksin dan ubat-ubatan biologik lain kepada pelanggan globalnya. Sejak tahun 1986, Pharmadule Morimatsu berjaya menyerahkan lebih daripada 80 kemudahan modular untuk industri farmaseutikal dan biofarmseutikal di seluruh dunia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pharmadule Morimatsu menyerahkan sejumlah besar modul dan skid pengeluaran modular untuk pengeluaran jenis ubat biologik termaju yang berbeza ke Amerika Syarikat, China, Maghribi, Mesir, Mexico dan negara-negara lain. Pharmadule Morimatsu menyediakan kepada pelanggan dengan "Penyelesaian dan Perkhidmatan peralatan/Jentera teras + Nilai tambahan + Kilang kecerdasan digital keseluruhan" ("Penyelesaian & Perkhidmatan MVP"), membawa kepastian kepada pelanggan untuk mencapai pengeluaran komersial yang pesat dan masa ke pasaran yang lebih singkat.


Kerjasama strategik ini bermula dengan kilang modular bersepadu dua kemudahan pengeluaran yang penting di Singapore CRDMO Center WuXi Biologics dan akan melibatkan reka bentuk, pembuatan, FAT, pemasangan, pentauliahan dan pengesahan. Projek tersebut akan mengguna pakai generasi baharu fabrikasi modular dan sebahagian besar kerja akan dibina, dipasang dan diuji dengan FAT di bengkel Morimatsu. Kualiti, jadual, kos dan risiko projek akan diurus dan dikawal dengan sebaiknya. Berbanding dengan pembinaan konvensional, kaedah ini memendekkan kitaran projek dengan ketara.

Chris Chen, Ketua Pegawai Eksekutif WuXi Biologics, mengulas, "Singapura ialah salah satu hab farmaseutikal yang paling maju di dunia, serta bahagian yang penting dalam rangkaian biopembuatan global kami. Dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman Pharmadule Morimatsu, kami yakin Singapore CRDMO Center kami akan menyumbang kepada rekod prestasi kami dalam menubuhkan tapak global dengan jayanya seperti yang ditunjukkan oleh tapak lapangan hijau kami di Ireland, mengupayakan selanjutnya rakan-rakan kongsi global dengan perkhidmatan dan penyelesaian berkualiti yang ulung."

En. Weihua Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Morimatsu LifeSciences, mengulas, "WuXi Biologics ialah rakan kongsi penting syarikat kami, kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka sekali lagi. Melalui kerjasama ini, Pharmadule Morimatsu akan menggunakan kaedah fabrikasi modular generasi baharu untuk membantu WuXi Biologics meluaskan kapasiti pengeluaran, mempercepatkan pemerkasaan syarikat-syarikat farmaseutikal global, mengurangkan kos R&D serta memberi manfaat kepada pesakit seluruh dunia."

Latar Belakang WuXi Biologics

WuXi Biologics (kod saham: 2269.HK) ialah Organisasi Penyelidikan, Pembangunan dan Pembuatan Kontrak (CRDMO) global terkemuka yang menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung yang membolehkan rakan kongsi menemui, membangunkan dan mengeluarkan biologik – daripada konsep kepada pengkomersialan – demi manfaat pesakit di seluruh dunia.

Dengan lebih 12,000 pekerja mahir di China, Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan Singapura, WuXi Biologics memanfaatkan teknologi dan kepakarannya untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian penemuan, pembangunan dan pembuatan biologik yang cekap dan berkesan kos.

WuXi Biologics melihat tanggungjawab Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai komponen penting dalam etos dan strategi perniagaan kami dan kami bermatlamat untuk menjadi peneraju ESG dalam sektor CRDMO biologik. Kemudahan-kemudahan kami menggunakan teknologi biopembuatan generasi seterusnya dan sumber tenaga bersih. Kami juga menubuhkan jawatankuasa ESG yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif kami untuk mengemudi strategi ESG yang komprehensif dan pelaksanaannya, lalu meningkatkan komitmen kami terhadap kemampanan.

Untuk maklumat lanjut tentang WuXi Biologics, sila kunjungi: www.wuxibiologics.com

Latar Belakang Morimatsu LifeSciences

Morimatsu LifeSciences ialah subsidiari Morimatsu International Holdings Limited (Morimatsu International, kod saham: 2155.HK), meliputi industri farmaseutikal, biofarmaseutikal, FMCG, kosmetik, kimia elektronik dan industri-industri lain, menyediakan kepada pelanggan dengan "Penyelesaian dan Perkhidmatan peralatan/Jentera teras + Nilai tambahan + Kilang kecerdasan didigitalkan keseluruhan" ("Penyelesaian & Perkhidmatan MVP"), terutamanya termasuk Shanghai Morimatsu Pharmaceutical Equipment Engineering Co., LTD., Morimatsu (Suzhou) LifeSciences Co., LTD., Shanghai Morimatsu Biotechnology Co., LTD. dan Pharmadule Morimatsu AB., Morimatsu Pharmadule (Singapore) Private Limited serta subsidiari-subsidiarinya. Morimatsu LifeSciences memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan, pembuatan serta penjualan produk dalam bidang-bidang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut tentang Morimatsu LifeSciences, sila kunjungi: www.morimatsu-eng.com

Latar Belakang Pharmadule Morimatsu

Sejak penubuhannya pada tahun 1986, Pharmadule (ahli Morimatsu Group sejak tahun 2011) telah menyerahkan lebih daripada 80 kemudahan pengeluaran dalam industri farmaseutikal dan biofarmaseutikal di peringkat global serta menyiapkan lebih daripada 300 reka bentuk kejuruteraan dan pengesahan penyelesaian yang memperlihatkan kami sebagai kemudahan bersepadu yang holistik serta penyedia utama peralatan proses teras di dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Pharmadule Morimatsu, sila kunjungi: www.pharmadule.com 

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan tertentu. Kenyataan ini sememangnya tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar. Apabila digunakan yang berkaitan dengan Syarikat, perkataan-perkataan "menjangkakan," "percaya," "meramalkan," "mengharapkan," "berhasrat" dan ungkapan lain yang serupa bertujuan untuk menunjukkan bahawa ia merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan ramalan ini dari masa ke masa.

Kenyataan pandang ke hadapan adalah berdasarkan kepada pandangan, andaian, jangkaan, anggaran, unjuran dan pemahaman semasa tentang pengurusan Syarikat berhubung peristiwa masa depan ketika kenyataan tersebut dibuat. Kenyataan ini bukan jaminan perkembangan masa depan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain, sesetengahnya berada di luar kawalan Syarikat dan sukar diramalkan. Justeru itu, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada maklumat yang terkandung dalam kenyataan pandang ke hadapan, tertakluk kepada perubahan dan perkembangan masa depan dalam perniagaan kami, persekitaran persaingan, keadaan politik, ekonomi, undang-undang dan sosial.

 

 

 

Source: Morimatsu LifeSciences
Related Stocks:
HongKong:2155
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements