omniture

Shanghai Electric Dinamakan Salah Satu daripada 500 Jenama Paling Berharga China oleh World Brand Lab

Shanghai Electric
2023-06-28 20:43 75

SHANGHAI, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) ("Syarikat") telahpun diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 Jenama Paling Berharga China, mengikut senarai tahunan yang diterbitkan oleh World Brand Lab, sebuah institut penyelidikan yang terkemuka di dunia yang mengkhusus dalam pemasaran digital dan penilaian jenama. Edisi 2023 laporan tersebut, yang mengukur status jenama syarikat-syarikat berdasarkan kepada data kewangan, kekuatan jenama dan tingkah laku pengguna mereka, menunjukkan bahawa Shanghai Electric menduduki kedudukan ke-48 dengan nilai jenama RMB 172.58 bilion (USD 23.99 bilion), menandakan tahun ketujuh berturut-turut Syarikat ini berjaya meraih kedudukan antara 50 Teratas.

Shanghai Electric Named One of China's 500 Most Valuable Brands by World Brand Lab.
Shanghai Electric Named One of China's 500 Most Valuable Brands by World Brand Lab.

"Kedudukan tersebut sekali lagi membuktikan komitmen Shanghai Electric terhadap inovasi teknologi sebagai asas Syarikat. Kami melihat inovasi sebagai daya penggerak di sebalik pembangunan pesat kami, memperkukuh daya saing kami sebagai sebuah syarikat berfokus hijau di samping meneroka penemuan teknologi untuk memperkasa China dan selanjutnya demi mencapai sasaran rendah-karbon. Sementara itu, kami turut menjadikan keterbukaan dan kerjasama saling menguntungkan sebagai teras strategi perniagaan kami ketika kami berusaha untuk membawa lebih nilai kepada rakan kongsi kami dan mempercepatkan pembangunan industri global," kata Liu Ping, Presiden Shanghai Electric.

"Tatkala kami berusaha untuk memangkinkan inovasi dalam industri peralatan canggih China, Shanghai Electric mengukuhkan kedudukannya sebagai pengusaha penting di peringkat global. Sejak beberapa tahun yang lalu, kami mengambil bahagian dalam lebih 100 produk kejuruteraan kuasa di bawah inisiatif Jalur dan Jalan, meneroka model dan pengalaman pembinaan dan pengurusan yang berkesan dan cekap yang memperhalusi kepakaran kami dan melengkapkan kami dengan penyelesaian peneraju industri," tambah beliau.

Memanfaatkan Inovasi Hijau untuk Menyahkarbon Industri-industri

Berada di bahagian hadapan dalam memacu pertumbuhan mampan untuk sektor-sektor tenaga dan perindustrian, Shanghai Electric komited untuk memajukan pembangunan sistem kuasa baharu dan penyelesaian taman perindustrian karbon-sifar dengan matlamat untuk membantu pelanggan dan rakan kongsinya mengurangkan emisi karbon. Tambahan pula, Shanghai Electric aktif meluaskan dan mempelbagaikan portfolio penyelesaiannya, mempermudah rakan kongsi dalam peralihan mereka ke arah sumber kuasa yang lebih hijau.

Melalui perkongsian bersama kerajaan perbandaran Bandar Nantong, Shanghai Electric menubuhkan Hengxi Photovoltaic Technology Co., Ltd sebagai batu loncatan untuk melonjakkan industri tenaga baharu Nantong ke tahap lebih tinggi. Syarikat baharu itu akan memainkan peranan penting dalam membentuk kluster industri fotovolta dan memperkukuh sinergi sektor solar bandar tersebut, dengan fasa awal projek ditetapkan untuk memiliki kapasiti pengeluaran 4.8 GW untuk sel dan modul solar heterosimpang (HJT) berkecekapan tinggi.

Berbekalkan pengalaman selama tujuh puluh tahun dalam reka bentuk industri, Shanghai Institute of Mechanical & Electrical Engineering (SIMEE) memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan rendah karbon dengan membawakan penyelesaian yang membantu rakan kongsi serta pelanggannya mengurangkan emisi karbon mereka. Institut berkenaan, yang telah merangkul lebih 300 anugerah kebangsaan dan wilayah, memegang lebih 110 paten dan melabur sebanyak RMB 100 juta dalam inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menaik taraf proses pembuatan, pembangunan peralatan dan formulasi standard reka bentuk baharu. Kilang Changsha Volkswagen yang direka bentuk oleh institut tersebut telah diberikan Sijil Label Bangunan Hijau China kerana mencapai standard hijau tertinggi dan mengguna pakai pengurusan reka bentuk BIM untuk seluruh proses.

Memandangkan revolusi perindustrian keempat mendorong inovasi dalam IoT, data raya, robotik dan AI untuk memacu pengeluaran rendah-karbon, Shanghai Electrics turut memanfaatkan kehebatan teknologinya dalam bidang-bidang ini bagi menyediakan penyelesaian automasi pembuatan pintar untuk industri-industri seperti bateri litium, aeroangkasa, automobil dan sekuriti. Barisan pengeluaran bateri litium Shanghai Electric mencapai 30% penjimatan tenaga dan 60% pengurangan kos, manakala penyelesaian automasi penerbangannya, yang merangkumi peralatan pengeluaran bateri litium, robot industri dan sistem automasi aeroangkasa peneraju industri, menyediakan perkhidmatan sehenti untuk membina kilang-kilang pintar.

Mendorong Revolusi Kuasa dengan Kerjasama Saling Menguntungkan

Selama berdekad-dekad lamanya, Shanghai Electric mempelopori inovasi tenaga global bagi memacu pembangunan hijau untuk sektor kuasa, membawakan kedua-dua faedah ekonomi dan sosial kepada pengguna di seluruh dunia menerusi penyelesaiannya yang membuka kemungkinan baharu.

Tahun 2023 melambangkan satu pencapaian baharu apabila Syarikat ini menyempurnakan operasi percubaan 168-jam bagi unit 2 stesen janakuasa arang batu 660 MW dalam projek integrasi arang-batu-elektrik Yanghuopan. Direka bentuk oleh Shanghai Electric–SPX Engineering & Technologies Co., Ltd., projek berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya yang dikuasakan oleh sistem penyejukan langsung pengudaraan semula jadi (NDC) yang menyampaikan prestasi yang luar biasa lebih baik dari segi kecekapan tenaga, pengurangan emisi, pengurangan hingar, rintangan fros dan kefleksibelan operasi berbanding dengan sistem penyejukan langsung pengudaraan mekanikal (ACC) dan sistem penyejukan tak langsung pengudaraan semula jadi (ISC).

Shanghai Electric Power Engineering Company telahpun dipilih sebagai kontraktor am bagi projek-projek Fasa I dan Fasa II stesen janakuasa tenaga boleh baharu di Selangor, Malaysia. Sebuah projek penting yang ditugaskan oleh kerajaan negeri untuk merangsang ekonomi tempatan di samping meningkatkan kesejahteraan penduduk, stesen janakuasa tersebut berupaya memproses 2,900 tan sisa sehari, selain membantu menyahcemar dan menggunakan semula separuh daripada sisa pepejal yang dihasilkan dalam negeri tersebut.

Di UK, Projek Low Farm 20.8 MW, bahagian ketujuh antara siri lapan projek fotovolta di negara tersebut yang dibina oleh Shanghai Electric, telah disambungkan ke grid, menyumbang kepada kapasiti tenaga boleh baharu UK dan menyokong usaha negara tersebut untuk beralih ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari. Operasi rasmi projek tersebut memperkukuh kedudukan Shanghai Electric sebagai peneraju dalam pasaran tenaga baharu global dan menunjukkan keupayaannya dalam membina projek-projek fotovolta berskala besar dalam pasaran Barat yang mendukung standard kualiti yang tinggi untuk pembinaan infrastruktur.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan rendah-karbon dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/

 

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Advertising Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards