omniture

Artis dari Serata Dunia Beraksi di Pentas di Osaka, Jepun bagi meraikan Hari Jaz Antarabangsa 2014

Thelonious Monk Institute of Jazz
2014-05-01 01:15 107

- ACARA BERLANGSUNG DI 196 NEGARA SELURUH DUNIA

OSAKA, Jepun, 1 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa siri acara yang belum pernah berlaku di seluruh dunia, Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta Thelonious Monk Institute of Jazz bergabung bagi meraikan muzik jaz sebagai bahasa sejagat untuk kebebasan pada 30 April. Pelbagai acara berlangsung di setiap negara seluruh dunia sempena Hari Jaz Antarabangsa 2014, diakhiri dengan konsert malam di Osaka, Jepun iaitu Bandar Hos Global bagi tahun ini. Konsert All-Star ini yang berlangsung di Osaka Castle Park telah disiarkan secara langsung kepada jutaan penduduk di seluruh dunia dan turut memaparkan pertunjukan oleh Toshiko Akiyoshi, John Beasley (Pengarah Muzikal), Kris Bowers, Dee Dee Bridgewater, Jonathan Butler, Terri Lyne Carrington, Theo Croker, Sheila E., Pete Escovedo, Roberta Gambarini, Kenny Garrett, James Genus, Shuichi Hidano bersama TAIKO Masters, Roy Hargrove, Lalah Hathaway, Terumasa Hino, Chris Thomas King, Earl Klugh, Takuya Kuroda, Marcus Miller, T.S. Monk, Makoto Ozone, Courtney Pine, Gregory Porter, Troy Roberts, Claudio Roditi, Oumou Sangaré, John Scofield, Wayne Shorter, Esperanza Spalding, Lew Tabackin, Steve Turre, Joe Louis Walker dan juga Dionne Warwick. Konsert tersebut telah disiarkan di seluruh dunia melalui laman web UNESCO, jazzday.com, Jabatan Negara Amerika Syarikat serta laman web Thelonious Monk Institute of Jazz.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140428/82503

Hari Jaz Antarabangsa diwujudkan bagi memberi penghormatan kepada muzik jaz serta peranan diplomatiknya dalam usaha menyatukan individu di setiap penjuru dunia. Acara tahun ini berlangsung di kesemua 196 Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO berserta kesemua 50 negeri di A.S. Dari Syria, Ukraine dan juga Republik Afrika Tengah ke Venezuela, Iceland serta Filipina, ribuan acara telah berlangsung di kesemua tujuh benua, termasuk Stesen McMurdo di Antartika. Di luar planet bumi pula, anak kapal Stesen Angkasa Antarabangsa pula telah menghantar pesanan istimewa berkaitan keamanan dan muhibah kepada seluruh penduduk dunia yang meraikan Hari Jaz Antarabangsa.

Bagi mengiktiraf Hari Jaz Antarabangsa tahunan kali ketiga ini, Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova menyatakan, "Jaz bukan sekadar muzik. Ia merupakan gaya hidup dan wadah untuk dialog serta perubahan sosial. Sejarah muzik jaz menunjukkan muzik berperanan besar dalam menyatukan artis daripada pelbagai latar belakang budaya, sebagai kekuatan bagi perasaan saling menghormati dan perangkuman."

Sambil mengiktiraf pergerakan jaz yang semakin rancak pada peringkat global ini, ikon jaz dan Duta Muhibah UNESCO, Herbie Hancock berkata, "Saya amat berbesar hati dengan reaksi positif yang mencurah-curah terhadap kepentingan Hari Jaz, yang terus menyampaikan pesanan tentang sifat optimistik, maruah diri serta kemungkinan untuk mewujudkan hubungan antara budaya yang harmoni dengan menggunakan muzik jaz sebagai model diplomasi."

Hari Jaz Antarabangsa telah diterima oleh Negara Anggota UNESCO hasil inisiatif Duta Muhibah UNESCO, Herbie Hancock bagi menggalakkan dan turut menyerlahkan kuasa tersendiri muzik jaz dalam menggiatkan dialog serta kefahaman antara budaya di serata dunia. Hari Jaz Antarabangsa turut diiktiraf dalam kalendar rasmi UNESCO serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bagi maklumat lanjut/biografi artis:   www.jazzday.com.  

Bagi foto:   http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr223655663

Bagi video:     https://www.dropbox.com/sh/d3izp4df9shch6s/abdoD8UAeq

Source: Thelonious Monk Institute of Jazz
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Not for profit