omniture

utu Tutup Tawaran AS$33 Juta, Peroleh CardsPal yang Diinkubasi oleh SCVentures untuk Merekayasa Semula Membeli-belah Bebas Cukai Secara Global

UTU
2023-06-29 09:00 134

SINGAPURA, 29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi-pelancongan berpangkalan di Singapura utu hari ini mengumumkan pemerolehan CardsPal olehnya — sebuah platform berpangkalan di Singapura — berserta penutupan tawaran bernilai AS$33 juta dalam nilai transaksi tergabung. Tawaran tersebut, yang terdiri daripada pemerolehan dan pusingan pendanaan, terdiri daripada kedua-dua bahagian pembiayaan baharu, dengan SC Ventures mengambil bahagian dan peralihan pendanaan yang lebih awal daripada pelabur-pelabur berpangkalan di Singapura, yang menyokong syarikat ini sepanjang pandemikDengan banyak promosi ganjaran yang amat disetempatkan serta infrastruktur sedia ada daripada CardsPal, pemerolehan ini khususnya akan membolehkan utu mempercepatkan pertumbuhan dengan memanfaatkan teknologi mengutamakan ciri mudah alih unik platform ini dan bakat yang hebat. Hal penting terhadap keputusan utu untuk memperoleh CardsPal ialah sokongan daripada SC Ventures menginkubasikan syarikat pemula menjadi platform teknologi yang mantap sepenuhnya yang boleh dimanfaatkan oleh utu bagi meluaskan jangkauannya dalam pasaran-pasaran membeli-belah bebas cukai yang utama di Asia Tenggara, Asia Timur dan seterusnya.

Pelancongan telahpun pulih selepas pandemik dengan World Travel and Tourism Council (WTTC) meramalkan industri ini mencapai nilai AS$9.5 trilion pada tahun 2023, atau 95% daripada kemuncak pra-pandemik 2019. Biarpun dengan pusing balik yang luar biasa ini, McKinsey melaporkan bahawa hanya kira-kira 1% daripada pembiayaan usaha niaga sejak 15 tahun yang lalu telahpun diperuntukkan kepada pelancongan, kebanyakannya dalam hospitaliti sewa jangka pendek. Sektor membeli-belah bebas cukai tertakluk khususnya kepada ketinggalan inovasi dan kos tinggi pemprosesan bayaran balik cenderung untuk menghapuskan faedah-faedah bayaran balik untuk pengembara.

Merekayasa semula membeli-belah bebas cukai bagi membawa lebih nilai kepada pekongsi dan pengembara

utu, ditubuhkan secara bersama oleh veteran peruncitan pelancongan dan bayaran balik VAT Asad Jumabhoy, menangani halangan ini. Daripada sekadar bersaing dengan pengusaha-pengusaha sedia ada, utu berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi industri bayaran balik dan pelancongan, meningkatkan nilai bayaran balik melalui penyelesaian B2B dan B2C yang inovatif. Dengan pendekatan direkayasa semula yang menghubungkan pembayaran, ganjaran dan membeli-belah, utu memperkenalkan nilai baharu kepada seluruh rantaian nilai membeli-belah bebas cukai.

Asad Jumabhoy, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif utu, berkata: "Pasaran pelancongan rentas sempadan sudahpun matang untuk mengalami transformasi berpandukan teknologi, dengan membeli-belah bebas cukai menonjolkan potensi amat besar yang belum diterokai. Dengan meningkatkan nilai bayaran balik VAT dan GST untuk pengembara, kami telahpun membayangkan semula pengalaman runcit rentas sempadan dan mencipta model perniagaan berasaskan teknologi bagi membuka nilai yang tidak boleh diakses sebelum ini."

utu menawarkan kepada pengguna dengan dua faedah bertumpukan nilai utama apabila mereka memilih untuk menerima bayaran balik cukai melalui Kad Bebas Cukai utu mereka. Pengembara dapat memperoleh sehingga 40% lebih banyak nilai dengan memilih batuan pengguna penerbangan kerap (frequent flyer mile) atau mata hotel berbanding bayaran balik tunai. Kedua, utu boleh mengeluarkan baucar kedai segera yang bersamaan sehingga 120% daripada cukai.

Buat rakan-rakan kongsinya — seperti peruncit, syarikat penerbangan dan pengusaha industri pelancongan yang lain — utu berpotensi meningkatkan pendapatan mereka daripada aktiviti membeli-belah pelancong sebanyak sehingga 40% dan telahpun menyampaikan nilai ini melalui hubungan penting dengan 10 syarikat penerbangan global yang terkemuka, termasuk Singapore Airlines, Emirates, EVA Air dan Thai Airways, serta jenama hospitaliti terbesar Eropah, Accor.

Kapasiti dan capaian yang berkembang pesat

Pemerolehan CardsPal melengkapkan utu dengan pasaran digital, enjin promosi yang unik, portal pendaftaran peniaga layan diri dan banyak lagi. Teknologinya dan bakat teknologi yang mengutamakan ciri mudah alih akan mempercepatkan pelancaran utu dalam pasaran membeli-belah bebas cukai yang utama seperti Thailand, Singapura dan Australia, menawarkan bayaran balik VAT dan GST.

Gautam Jain, Ahli, di SC Ventures berkata: "CardsPal ialah contoh hebat mengapa kami di SC Ventures percaya terhadap kuasa inovasi dan menyokong kakitangan kami untuk memberi impak transformasi. Melalui Program Usaha Sama SC Ventures, CardsPal berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar dengan UX yang memenangi anugerah. Kami tidak sabar menantikan kejayaan berterusan utu dalam meluaskan produknya di seluruh dunia menggunakan teknologi CardsPal."

Latar Belakang utu

utu (disebut "you-too") mentransformasikan aktiviti membeli-belah bebas cukai di seluruh dunia dengan memperkasa pengembara dengan kebebasan untuk memperoleh bayaran balik VAT yang lebih tinggi, dengan melangkaui sekadar mendigitalkan bayaran balik bagi merekayasa semula rantaian nilai membeli-belah bebas cukai demi faedah pengembara. Ditubuhkan pada tahun 2015 di Singapura, utu kini boleh digunakan di lebih 50 negara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.utu.global atau muat turun aplikasi utu di https://utu.global/get-the-app/.

Latar Belakang SC Ventures

SC Ventures ialah unit perniagaan yang menyediakan platform dan pemangkin untuk Standard Chartered bagi menggalakkan inovasi, melabur dalam teknologi kewangan disruptif dan meneroka model perniagaan alternatif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.scventures.io dan ikuti SC Ventures di LinkedIn.

 

 

 

 

Source: UTU
Keywords: Travel