BEVERLY HILLS, California, 1 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Swift Endeavor mengumumkan pemeteraian perjanjian sedunia bersama Hobart Ocean, kumpulan rock dari Amerika. Hobart Ocean yang telah berjaya menarik perhatian kumpulan Swift Endeavor serta ramai lagi dalam industri muzik antarabangsa, secara rasminya telah menandatangani perjanjian bersama Swift Endeavor di Los Angeles. Kumpulan sensasi ini terdiri daripada penyanyi utama, Travis Leonard, pemain gitar utama, Steven Hopkins, pemain gitar bas, Jaron Lancaster dan juga pemain dram, Mattias Hagstrom.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140430/82230
Edward Su, Pengurus Bersekutu Swift Endeavor berkata, "Kami amat teruja apabila Hobart Ocean bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama kami. Kumpulan yang berbakat tersendiri ini telah berjaya menarik perhatian saya apabila saya menyaksikan persembahan mereka buat julung kalinya di Los Angeles. Hobart Ocean ialah kumpulan rock yang hebat. Mereka telah dilahirkan untuk menjadi kumpulan superstar peringkat global dan merupakan salah satu kumpulan pemuzik terbaik yang pernah saya lihat sejak sekian lama. Bersedialah! Mereka akan menonjol tidak lama lagi dalam kedudukan teratas muzik dan kami sangat berbesar hati dengan peluang untuk bekerjasama dan menyertai pengembaraan ini bersama mereka."
Hobart Ocean telah menandatangani perjanjian bersama Swift Endeavor setelah beberapa kali cuba didekati oleh label lain. Penyanyi utamanya, Travis Leonard berkata "Saya amat teruja dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Swift Endeavor. Akhir sekali, kami hanya inginkan dua perkara: untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang lebih hebat berbanding kami, dan untuk menghasilkan keajaiban menggunakan muzik. Swift Endeavor merupakan kumpulan yang paling sesuai untuk bersama-sama berkongsi pengalaman ini."
Layari Hobart Ocean di Facebook.com/HobartOcean dan Instagram.com/HobartOcean.
Swift Endeavor ialah label rakaman bebas dan firma pengurusan bakat yang mewakili artis daripada seluruh sektor hiburan, terutamanya muzik. Bidang lain termasuklah filem, televisyen, teater, pengiklanan, sastera dan juga media digital. Ia turut menyediakan khidmat nasihat untuk jenama pengguna terkenal serta memberikan penyelesaian pemasaran tersendiri kepada para pelanggan merentasi platform media sosial, mudah alih dan juga permainan. Swift Endeavor turut bertanggungjawab menghubungkan jenama dan khalayak ramai menerusi penajaan, pelesenan, media, perundingan, acara, latihan, pengurusan bakat serta pelbagai lagi perkhidmatan pelanggan lain dalam seluruh bidang kepakarannya yang berkepelbagaian.