ST. PAUL, Minnesota, 1 Mei 2014 /PRNewswire/ -- CHS Inc. (NASDAQ: CHSCP, CHSCO, CHSCN), koperasi milik petani yang menerajui di Amerika Utara dan syarikat tenaga, bijirin serta makanan peringkat global, hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bersama Sinav Limited, London, England, bagi memperoleh 100 peratus saham milik syarikat tersebut, termasuklah Illinois River Energy, LLC, kilang etanol yang menghasilkan 133 juta gelen setiap tahun di Rochelle, Illinois.
Sekiranya kesemua syarat dapat dipenuhi, transaksi itu akan selesai pada bulan Jun ini.
"Illinois River Energy merupakan kilang etanol terkenal, berkedudukan baik di kawasan pertumbuhan strategik yang dapat menambah nilai kepada pemilik petani kami menerusi pengasalan bijirin yang diperluas, tambahan bahan api boleh diperbaharui dalam jumlah gelen dan juga hasil sampingan bijirin penyulingan," kata Mark Palmquist, naib presiden eksekutif CHS dan ketua pegawai operasi Ag Business.
CHS memasarkan bahan api boleh diperbaharui kepada pelanggan sumber tenaga di seluruh A.S. menerusi 1,400 cawangan petroleum jenama Cenex termasuk lebih 1,000 kedai serbaneka Cenex®, dan turut memasarkan bijirin penyulingan kering dengan bahan terlarut (DDGS) pada peringkat global, mewakili lebih 20 kilang etanol di seluruh Amerika Syarikat.
"Kami beroleh manfaat daripada hubungan perniagaan yang mantap bersama CHS memandangkan mereka telah bertindak sebagai pemasar etanol kami sejak awal operasi Illinois River Energy lagi pada tahun 2006. Kini, kami amat berharap dapat menyertai CHS secara rasminya, lalu menambahkan nilai kepada koperasi global itu sebagai pengeluar etanol, DDGS dan minyak jagung penyulingan," kata Richard Ruebe, Ketua Pegawai Eksekutif, Illinois River Energy.
CHS Inc. (www.chsinc.com) merupakan perniagaan pertanian yang menerajui pada peringkat global milik petani, peladang serta koperasi di seluruh Amerika Syarikat. CHS yang mempunyai kepelbagaian sumber tenaga, bijirin dan juga makanan, amat komited untuk membantu para pengguna, pemilik petani serta pihak berkepentingan lain mengembangkan perniagaan mereka menerusi operasi tempatan dan operasi global. CHS, syarikat Fortune 100, membekalkan tenaga, nutrien tanaman, perkhidmatan pemasaran bijirin, makanan haiwan, makanan dan juga bahan makanan, berserta penyelesaian perniagaan termasuk insurans, serta perkhidmatan kewangan dan pengurusan risiko. Syarikat tersebut turut mengendalikan saluran paip/penapisan petroleum dan turut mengeluarkan, memasarkan serta mengedarkan bahan api ditapis, pelincir, propana dan juga produk tenaga boleh diperbaharui jenama Cenex®.
Ascendant Financial Partners bertindak sebagai penasihat eksklusif Sinav dalam bidang penggabungan dan pengambilalihan. Ascendant merupakan penasihat perniagaan dan kewangan yang menerajui bidangnya dengan menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan dalam industri perniagaan pertanian, makanan serta tenaga boleh diperbaharui. Ascendant Financial Partners juga merupakan broker/pengedar FINRA yang berdaftar.
Dokumen ini mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan menurut pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 yang berdasarkan jangkaan dan andaian semasa oleh pihak pengurusan. Kenyataan berpandangan ke hadapan ini juga adalah tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza daripada keputusan berpotensi menurut kenyataan berpandangan ke hadapan itu. Syarikat tersebut tidak bertanggungjawab untuk menyemak apa jua kenyataan berpandangan ke hadapan secara terbuka untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan masa depan. Bagi perbincangan faktor tambahan yang boleh memberi kesan ketara terhadap anggaran dan ramalan pihak pengurusan, sila lihat laporan tahunan CHS Inc. yang difailkan pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Ogos 2013, yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (www.sec.gov) atau melalui laman web CHS di www.chsinc.com.