omniture

Bond No. 9 lancar haruman pantai terbaharu, Shelter Island

Bond No. 9 New York
2014-05-01 21:37 144

-- Pertama ialah Hamptons. Kemudian Montauk dan Sag Harbor. Akhirnya, muncul pula Shelter Island, haruman pantai Musim Panas 2014 oleh Bond No. 9 ('oud' marin yang menakjubkan). East End kini harum sepenuhnya.

NEW YORK, 1 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Di Bond No. 9, kami sentiasa tahu saat musim panas menjelang. Itulah saatnya kami memperkenalkan haruman baharu berasaskan pantai New York. Musim Panas 2014 tidak terkecuali – dan seperti musim panas sebelum ini, kami mendapat inspirasi daripada East End. Anda tahu. Dua tetanjung daratan dan pantai yang istimewa serta tidak ternilai yang menganjur secara jelas seperti petunjuk arah dari hujung timur Long Island sehingga ke Atlantik Utara. Juga dikenali sebagai Percabangan Utara serta Percabangan Selatan, inilah bentuk muka bumi yang menjadi legenda dan dicari-cari, tempat sejumlah penduduk Manhattan memilih untuk meluangkan masa untuk berehat sekali-sekala pada hujung minggu bulan Julai dan Ogos. Kami telah pun menghasilkan 'eaux de parfum' untuk Hamptons yang amat bergaya dan sesekali dilihat; Montauk yang dahulunya merupakan pangkalan luar tempat memancing tetapi masih agak funki; serta perkampungan yang aneh tetapi menarik di Sag Harbor yang masih kekal dengan daya tarikan lamanya itu. 

Bagi melihat aset multimedia berkaitan siaran ini, sila layari: http://www.multivu.com/mnr/7205951-bond-no-9-shelter-island-summer-2014-beach-scent 

Foto – http://photos.prnewswire.com/prnh/20140501/82828

Shelter Island, seluas 27 batu persegi yang terletak di antara Percabangan Utara serta Percabangan Selatan, lengkap dengan kawasan simpanan alam semula jadi yang luas, anak sungai kecil yang berliku, rusa yang lalu-lalang serta rumah agam Queen Anne dan rumah agam Colonial Revival, merupakan haruman pantai Musim Panas 2014 kami, mula dipasarkan pada Hari Peringatan. Inilah tempat ajaib yang bersifat tersendiri dalam pelbagai cara. Seperkara yang istimewa ialah kesemuanya seakan-akan bergerak perlahan di pantai ini.

Shelter Island, harumannya mempunyai keajaiban tersendiri yang menarik. Oud marin pertama di dunia, ialah pembaharuan. Wangian untuk lelaki dan wanita yang bergaya, bergemerlapan, menggabungkan oud dengan gaya tersendiri – kayu keras dunia Timur yang istimewa dan memikat serta semakin mendapat tempat dalam pembuatan minyak wangi di Barat – dengan ekstrak alga, bauan nautika yang memukau dan bertenaga. Seperti Shelter Island yang sebenar, minyak wangi ini membawa isyarat eksotik yang bersahaja. Bauan pemula ialah wangian sitrus yang segar serta lada hitam yang ditumbuk halus; gabungan keduanya menghasilkan campuran hebat yang nyata. Kemudiannya pula peralihan kepada bauan pertengahan yang bertentangan: teratai putih yang lembut dan memanggil disertai dengan ekstrak alga yang bersedia dan masin. Bayangkan taman berhampiran pantai. Inilah kesannya. Bagi mengukuhkannya: Oud, digabungkan dengan satu lagi bauan kayu ikonik, cendana serta ambar, mirh dan kesturi – kesemuanya ialah bauan asas andal yang dapat menambahkan kehangatan bauan akuatik Shelter Island. Namun, oud adalah yang paling utama kerana menyediakan wangian tersendiri Shelter Island ini.

Kesederhanaan keadaan teratur dipersembahkan, dengan reka bentuk botolnya. Di satu sisi botol superstar Bond No. 9 dengan bangganya memaparkan jalur putih dan biru gelap yang menawan. (Berapa kerapkah anda melihat jalur dalam reka bentuk botol minyak wangi? Pastinya jarang sekali, bukan?) Pusingkan botol tersebut, dan reka bentuk itu bertukar kepada warna putih semata-mata yang kelihatan suci. Para pengguna Shelter Island benar-benar akan menghargai setiap ciri tersebut.

Latar Belakang Bond No. 9 New York: Setelah menjalankan perniagaan selama sepuluh tahun, Bond No. 9 merupakan pembuat minyak wangi pusat bandar yang inovatif, komited dalam menghasilkan haruman berseni yang membangkitkan gambaran suasana kejiranan serta jalanan di New York – dari Riverside Drive sehingga ke Chinatown dan Coney Island. Bond No. 9 mempunyai dua misi: Untuk mengembalikan kesenian dalam bidang minyak wangi serta untuk meninggalkan wangian tersendiri bagi setiap kejiranan di New York. Setiap wangian mewakili tempat tertentu di pusat bandar, tengah bandar atau pinggir bandar mahupun daya kepekaan yang merangkumi seluruh bandar raya.

Shelter Island boleh didapati melalui kaunter: Hari Peringatan. Harga: 100ml, $260; 50ml, $195

Source: Bond No. 9 New York
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements New products/services