omniture

Huawei di MWC Shanghai 2023: Merangsang Evolusi 5G Ke Arah 5.5G bagi Menggiatkan Semula Ekonomi Digital

Huawei
2023-06-30 14:12 136

SHANGHAI, 30 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Huawei telah muncul dengan penuh semangat untuk MWC Shanghai 2023, dengan aktiviti-aktiviti mereka kesemuanya jatuh di bawah tema mereka "GUIDE to the Intelligent World" ("PANDUAN ke arah Dunia Pintar"). Tahun ini aktiviti-aktiviti syarikat melibatkan jelajah pengalaman yang membawa audiens ke pelbagai bandar untuk mempelajari tentang teknologi dan perniagaan mereka serta pelancaran produk dan penyelesaian inovatif terbarunya untuk 5GigaGreen, rangkaian teras pintar 5G, Intelligent OptiX Networks, talian persendirian + produk X dan penyelesaian transformasi digital pintar yang lain.

Melalui aktiviti-aktiviti ini, Huawei akan turut menjadi tuan rumah kepada pelbagai perbincangan meja bulat dan dialog bersama operator global, rakan kongsi industri dan pemimpin pendapat, bagi meneroka pelbagai topik termasuk mempercepatkan kemakmuran 5G, memajukan transformasi digital pintar dan melangkah ke arah era 5.5G bagi merealisasikan nilai perniagaan, industri dan sosial. Syarikat ini berkata matlamatnya adalah untuk mencipta nilai baharu untuk pelanggan dan menggiatkan semula ekonomi digital melalui inovasi yang mampan.

Huawei's booths at MWC Shanghai 2023
Huawei's booths at MWC Shanghai 2023

Sabrina Meng, Pengerusi Bergilir dan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Menerima transformasi 5G". Beliau berkata, "Infrastruktur digital bagi dunia pintar masa depan akan disepadukan secara mendalam ke dalam setiap aspek kehidupan, industri dan masyarakat kita. Ia tidak akan didasarkan pada kemajuan dalam teknologi individu, sebaliknya ke atas sistem yang luar biasa besar dan kompleks – penumpuan antara berbilang elemen. Ia akan memerlukan pemikiran dan reka bentuk peringkat-sistem. Apabila menonton permainan catur, anda boleh melihat gambaran besarnya. Namun apabila anda sedang bermain catur, anda memberi tumpuan pada butiran yang terperinci. Begitu juga dengan keupayaan sistematik untuk menyepadukan teknologi dan mentransformasikan pengurusan menjadi kritikal untuk kejayaan masa depan 5G. Mula-mula, mari kita berbicara tentang menyepadukan teknologi-teknologi yang berbeza. Kita boleh mencapai sinergi yang lebih besar merentas awan, rangkaian, pinggiran dan peranti melalui reka bentuk sistematik dan inovasi merentas domain. Apabila digandingkan dengan pengoptimuman merentas perisian, perkakasan, cip dan algortima, kita boleh menangani cabaran yang berkaitan dengan membangunkan penyelesaian rumit untuk senario perindustrian yang jauh berbeza. Seterusnya, transformasi pengurusan. Transformasi digital dan pintar bukan sekadar tentang teknologi itu sendiri. Ia lebih kepada mentransformasikan pendekatan anda terhadap pengurusan. Menuju digital memerlukan pentafsiran semula hubungan antara orang ramai, peristiwa, benda dan teori serta menerima pakai pendekatan pengurusan yang lebih terbuka dan berpandangan jauh bagi mengatasi cabaran pada masa akan datang."

Ketika ini, terdapat lebih 1.2 bilion pengguna 5G di seluruh dunia dan operator yang melangkah dengan pantas untuk membangunkan 5G telahpun menyertai gelombang faedah yang pertama. Hal ini adalah hasil daripada keperluan rangkaian yang semakin meningkat yang ditetapkan oleh aplikasi baharu dalam pelbagai pasaran. Dalam pasaran pengguna, perkhidmatan baharu seperti Panggilan Baharu (New Calling), telefon awan dan 3D tanpa kaca mata memerlukan kadar data lebih pantas dan kependaman lebih rendah, manakala dalam pasaran perindustrian, ekosistem RedCap telahpun matang, pasaran IoT yang pasif sedang berkembang dan Internet Kenderaan (IoV) memerlukan kelajuan pautan naik yang lebih tinggi. Aplikasi semua-senario ini dijangka menghasilkan 100 bilion sambungan. Model-model perkhidmatan baharu ini turut dijangka memacu penaiktarafan industri yang akan mencetuskan gelombang faedah kedua.

Perkhidmatan 5G komersial memasuki pasaran empat tahun lalu dan sejak itu diperkenalkan kepada lebih daripada 17,000 projek rangkaian-persendirian di serata dunia. Kedua-dua hasil daripada rangkaian 5G persendirian dan bilangan sambungan industri telah meningkat tiga kali ganda. Di samping itu, banyak operator memanfaatkan hasil sebanyak CNY10 bilion yang diperoleh daripada rangkaian persendirian 5GtoB untuk memacu peningkatan sebanyak CNY100 bilion dalam hasil DICT daripada awan, storan data serta perkhidmatan platform. Biarpun banyak perkhidmatan 5GtoB telahpun dijalankan secara perintis di China, sejak itu ia berkembang ke pelosok dunia yang lain dan direplikasikan secara komersial di Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan industri mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan, di samping mengupayakan transformasi digital pintar dalam industri-industri seperti pembuatan, pelabuhan, lombong, medan minyak dan rawatan kesihatan.

5.5G juga sedang menghampiri industri komunikasi dengan pantas. Teknologi 5.5G dijangka meningkatkan keupayaan rangkaian 10-kali ganda dan mencipta 100 kali ganda lebih banyak peluang perniagaan untuk operator. Di MWC Shanghai pada tahun ini, Huawei mempamerkan empat ciri utama 5.5G – 10 Gbit/s pautan turun, 1 Gbit/s pautan naik, 100 bilion sambungan dan AI natif. Ia turut meninjau lima bidang ketersambungan yang dijangka menjadi arus perdana dengan 5.5G – ketersambungan untuk orang ramai, untuk benda, untuk kenderaan, untuk industri dan untuk rumah. Huawei telahpun mula membantu beberapa operator di serata dunia memulakan pengesahan komersial 5.5G. Industri 5.5G akan terus berkembang pantas memandangkan keluaran standard 5.5G pertama dijangka dibekukan dalam separuh pertama tahun 2024 dan teknologi-teknologi yang berkaitan telahpun disahkan secara meluas.

MWC Shanghai 2023 berlangsung mulai 28 Jun hingga 30 Jun di Shanghai, China. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran E10 dan E50 di Dewan N1, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC). Bersama-sama operator global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami menyelami topik-topik seperti mempercepatkan kemakmuran 5G, melangkah ke arah era 5.5G dan transformasi digital pintar. 5.5G mencipta nilai perniagaan baharu dalam bidang-bidang seperti menghubungkan orang ramai, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Internet Kenderaan (IoV), menyokong industri yang tidak terkira banyaknya tatkala ia melangkah menuju dunia pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwcs2023.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news