SINGAPURA, 2 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Aman Group, syarikat pegangan koleksi tempat peranginan mewah antarabangsa Amanresorts, mengumumkan pengasasnya yang berwawasan, Adrian Zecha, telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Johan Eliasch, pemimpin perniagaan global dengan kepakaran membina jenama yang luas, telah dilantik sebagai Pengerusi Aman Group manakala Vladislav Doronin pula, pemaju bertaraf dunia untuk harta tanah kediaman dan komersil berkelas tinggi serta pelabur utamanya, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
"Kami bersyukur dengan pencapaian Adrian Zecha yang menakjubkan dan kami komited untuk melanjutkan legasi beliau bagi meneruskan kegemilangan asas Amanresorts sebagai jenama tempat peranginan global mewah," kata Johan Eliasch. "Sebagai seseorang yang sangat arif dengan pengalaman Aman yang nyata berbeza, saya teruja untuk mengambil alih jawatan ini sebagai Pengerusi."
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Vladislav Doronin berkata, "Falsafah Aman Group adalah untuk membuatkan tetamu merasa asyik dengan pengalaman yang tersendiri dan mesra. Kami ingin mengekalkan semangat Aman sambil memajukan jenama itu melalui peluang pembangunan strategik masa hadapan termasuk lokasi eksotik yang sudah sinonim dengan jenama itu serta destinasi metropolitan utama. Sebagai ketua pelabur dan Ketua Pegawai Eksekutif, saya bertekad untuk memastikan organisasi ini mempunyai sumber yang diperlukan untuk mengekalkan dan turut meningkatkan kedudukannya sebagai perintis industri. Masa hadapan menjanjikan kehebatan untuk jenama ikonik ini."
Rancangan sedang dijalankan bersama pasukan pengurusan baharu ini bagi melabur dalam infrastruktur dan kemampuan syarikat itu yang sedia ada untuk menyokong pasukan Aman yang bersemangat tinggi bagi membantu mengekalkan tahap kecemerlangan yang memacu evolusi jenama ini.
Latar belakang Aman
Setelah ditubuhkan pada tahun 1988, Aman Group mengendalikan 26 harta tanah tempat peranginan mewah di bawah jenama Aman di 18 negara. Setiap satu harta tanahnya yang lain daripada yang lain mempunyai bahan sumber tempatan, mencerminkan persekitaran semula jadi tempat peranginan itu serta tradisi budaya tempatan di Thailand, Bhutan, Kemboja, China, Perancis, Greece, India, Indonesia, Itali, Laos, Montenegro, Maghribi, Filipina, Sri Lanka, Turki, Kepulauan Turks & Caicos, AS, dan juga Vietnam.
Latar belakang Johan Eliasch
Johan Eliasch ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Head N.V., kumpulan barangan sukan global, dan merupakan bekas Perwakilan Khas Perdana Menteri United Kingdom. Beliau ialah Pengerusi Equity Partners, Cool Earth, serta London Films dan turut merupakan Pengarah Bukan Eksekutif CV Starr Underwriting Agents. Beliau juga merupakan Presiden Global Strategy Forum, pemegang amanah Yayasan Kew, ahli Majlis Penasihat Datuk Bandar London dan Majlis Penasihat Perniagaan Rom serta salah seorang ahli lembaga penasihat untuk Pusat Keadilan Sosial.
Latar belakang Vladislav Doronin
Vladislav Doronin ialah pemaju harta tanah bertaraf dunia yang merupakan Pengerusi dan Pengasas Capital Group, yang beliau tubuhkan 21 tahun lalu dan yang beliau bina sehingga menjadi salah satu syarikat pemaju harta tanah yang paling berjaya di Rusia. Portfolio Capital Group terdiri daripada lebih 70 projek besar dengan jumlah luas kawasan yang melebihi 70 juta kaki persegi atau 7 juta meter persegi, termasuk beberapa bangunan yang paling signifikan di Moscow hari ini: pusat perniagaan, hotel, kediaman, kedai serta kompleks serba guna.
Hubungi:
Aman Group
Carolyn Turnbull
+65-6419-3838
cturnbull@amanresorts.com
Kekst and Company
Lissa Perlman
+1-212-521-4830
lissa-perlman@kekst.com
Todd Fogarty
+1-212-521-4854
todd-fogarty@kekst.com