-- Jenama perkakasan global Electrolux dan agensi DDB yang berpusat di Berlin, telah memperkenalkan 'Ramuan Rahsia': platform komunikasi baharu yang menonjolkan minat mendalam Electrolux terhadap makanan yang lazat.
BERLIN, 2 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Dengan lebih 90 tahun pengalaman menyediakan perkakasan dapur yang menerajui industri ini kepada lebih separuh daripada semua restoran bertaraf bintang Michelin, Electrolux merupakan pilihan yang amat bertepatan dalam pencarian ramuan rahsia yang paling sukar ditemui dan menguja di dunia. Platform jenama Ramuan Rahsia yang dibangunkan oleh agensi Berlin DDB, mengajak para hadirin untuk menyertai dan turut menyumbang kepada beberapa ramuan rahsia paling sukar ditemui dan dipelihara dalam komuniti masakan.
Platform jenama 'Ramuan Rahsia' mengandungi pelbagai aset kandungan termasuk tayangan perdana webisode sinematik selama 17 minit. Webisode ini merupakan cebisan kandungan yang menerajui untuk pelancaran kempen tersebut dan memaparkan Rosie Lovell, tukang masak bercita-cita tinggi yang memiliki kafe deli di Brixton Market, London serta Tom Kitchin, pemilik restoran bertaraf bintang Michelin yang berpusat di Edinburgh, dalam pencarian mereka untuk mendapatkan ramuan rahsia bagi rasa yang hebat.
Bersama filem tersebut, platform komunikasi yang dipacu kandungan itu, yang turut dibangunkan oleh agensi DDB, meliputi komunikasi berdasarkan pengalaman, aset digital, cetakan, pengaktifan B2B yang luas serta komunikasi dalam kedai. Penglibatan pengguna diaktifkan melalui pelbagai saluran media sosial. Kempen ini juga akan dilancarkan di seluruh Eropah, bermula di UK pada awal bulan Mei sebelum diikuti dengan Itali, Poland, Perancis serta Rusia.
Toby Pschorr, Pengarah Urusan agensi Berlin berkata: "Platform jenama Ramuan Rahsia merangkumi pelbagai pengguna dan perdagangan serta titik pertemuan maya dan juga fizikal. Pengeluarannya mencerminkan kerjasama rapat antara Electrolux EMEA serta agensi penyenaraian."
Webisode dalam talian: www.electrolux.co.uk/secretingredient
Potongan daripada webisode: http://we.tl/224exQPKYh
Penghargaan:
Pelanggan:
Electrolux Appliances AB, Stockholm
Lars Hygrell, Pengarah Pemasaran, Electrolux Major Appliances EMEA
Annika Priou, IMAP dan Pengarah Jenama, Electrolux Major Appliances EMEA
Annika Sigheim, Pengurus Jenama, Electrolux Major Appliances EMEA
Tom Astin, Pengurus PR, Electrolux Major Appliances EMEA
Agensi:
DDB Tribal Berlin
Toby Pschorr, Pengarah Urusan
Nils Haseborg dan Veit Moeller, Pengarah Kreatif
Ricardo Müller, Pengarah Seni
Gry Sagvolden, Penulis Iklan
Jens Mecking dan Cordula Schrenk, Penerbit TV
Kamila Smechowski, Peniaga Seni
Franka Mai, Perancangan Strategik
Falk Lungwitz, Christoph-Lenard Struck dan Paul Dombek, Pengurusan Akaun
Syarikat penerbitan:
Soup Filmproduktion GmbH, Berlin dan Archers´s Mark Ltd., London
Mike Brett dan Steve Jamison, Pengarah
Marcus Nilsson, Jurugambar
Latar Belakang DDB
DDB Worldwide (www.ddb.com) ialah rangkaian pengiklanan dan pemasaran terbesar di dunia serta yang paling banyak menerima anugerah. Pada tahun 2012, DDB telah menerima anugerah sebagai Rangkaian Pengiklanan Terbaik oleh Campaign serta Agensi Terbaik dan juga Agensi Digital Terbaik oleh majalah Strategy. Pada majlis Pesta Kreativiti Antarabangsa Cannes 2013 yang berprestij, DDB berjaya menerima 93 anugerah Lions, jumlah anugerah yang paling banyak diterima oleh rangkaian tersebut. Di samping itu, The Gunn Report telah menyenaraikan DDB sebagai salah satu Rangkaian Global 3 Teratas untuk tahun ke-12 bagi tempoh 15 tahun lalu. Pelanggan agensi tersebut termasuklah Volkswagen, McDonald's, Unilever, Mars, Johnson & Johnson, Exxon Mobil, dan banyak lagi.
DDB telah diasaskan pada tahun 1949 dan merupakan sebahagian daripada Omnicom Group (NYSE) serta mempunyai lebih 200 pejabat di lebih 90 negara dengan pejabat utamanya di New York, NY.
Latar Belakang Omnicom Group Inc.
Omnicom Group Inc. (NYSE-OMC) merupakan syarikat komunikasi korporat dan pemasaran yang menerajui pada peringkat global. Rangkaian jenama Omnicom serta sejumlah besar firma pengkhususan menyediakan perkhidmatan pengiklanan, perancangan dan pembelian media strategik, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan promosi, perhubungan awam serta perkhidmatan komunikasi pengkhususan yang lain kepada lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Omnicom dan jenamanya, sila layari www.omnicomgroup.com.
Bagi maklumat lanjut sila hubungi:
Laura Maroldt
Pengurus Komunikasi Korporat
DDB Tribal Group GmbH
Willy-Brandt-Strasse 1, 20457 Hamburg, Jerman
T: +49 40 328 08 372, F: +49 40 328 08 5372
presse@ddb-tribal.com, www.ddb-tribal.com